Episod 25 : Mak-Angkat | MakAnan

“Maka makanlah yang halal lagi baik dari rezki yang telah diberikan Allah kepadamu; dan syukurilah nikmat Allah, jika kamu hanya kepada-Nya saja menyembah.” (Surah An-Nahl : 114)

Mee Sup 10x Pedas adalah yang paling melazatkan

Hari ini satu-satunya waktu lapang saya di waktu cuti satu minggu, cuti pertengahan semester UIAM. Pada hari inilah waktunya saya meluangkan masa untuk bertemu dengan keluarga angkat saya, bekas pihak kantin SMKA Pedas. Selepas puas berpesta dengan buah semalam, saya beralih untuk pergi bertemu dengan keluarga angkat saya di Linggi, yang begitu berjasa dan sangat memelihara saya ketika saya di bangku sekolah, tinggal di asrama. Terfikir saya hari ini untuk menulis satu entri tentang makanan.

Menyebut tentang makanan, apakah dominannya dalam kehidupan manusia? Ada di antara kita yang makan semata-mata dengan menikmati kelazatan, ada diantara kita pula menghukumkan makanan cukup sekadar menghilangkan lapar, untuk terus hidup. Namun, adakah sekadar ini ciptaan Allah dengan segala rempah ratus, garam, gula, herba dan sebagainya, semata-mata mengisi kekosongan perut? Sedangkan dalam Al-Quran sendiri Allah telah membuktikan segala benda yang boleh dimakan oleh yang dicipta-Nya adalah berguna untuk hamba-Nya. Sebagai contoh, madu;

 

“kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu ke luar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan” (Surah An-Nahl : 69)

Bahawasanya Allah menjadikan madu, terdapat baginya penawar untuk manusia. Hal ini jelas menunjukkan manusia itu makan bukan hanya memuaskan nafsu lapar. Kekadang terfikir juga, bagi seorang yang ingin berjuang di jalan Allah, begitu perlunya mereka menjaga makan agar kesihatan yang ada padanya menjadikan kekuatan dalam segenap perkara. Apa yang akan terjadi jika imam asyik selalu sakit, tentera lemah, atau suami tidak cukup kekuatan untuk membela keluarga? Malah yang lebih utama lagi, apa pula bagi mereka-mereka yang sedang belajar, alangkah sia-sianya kekuatan ingatan lemah kerana pemakanan yang tidak seimbang. Tentunya kecuaian ini juga boleh membawa kesan buruk untuk sosioekonomi Islam!

Kadang-kadang saya pernah ditegur kawan-kawan, zalimnya saya terhadap diri saya sendiri hanya makan dua kali, tak sampai RM5 sehari di UIA. Buku berpuluh-puluh boleh pula. Saya akui, tetapi saya hanya bermaksud untuk tidak berlebih-lebih dalam makan. Makan hanyalah cukup pada kadar dietary-nya, sebagai pelajar lebih-lebih lagi keadaan sekarang yang mengasak diri ini untuk berjimat-cermat. Rasulullah sendiri pernah ada orang offer untuk seorang doktor sebagai hadiah tetapi baginda menolaknya. Rahsianya, baginda tidak sakit selagi amalan pemakanannya ‘berhenti sebelum kenyang’, atau makan pada kadarnya. Kalori nasi dan lauk pada kebiasaannya sudah cukup memadai keperluan bagi pelajar. Lebih baik lagi kalau mengamalkan kismis seperti yang disarankan oleh Rasulullah untuk menguatkan otak. Yang penting, jangan amalkan makan-makanan segera. Anda makan seolah-olah anda makan untuk dapatkan barah. Bak kata James Bond “Licence to kill!”.

Alang-alang menyebut tentang keluarga angkat tadi, teringat saya kisah lama di sekolah pula. Saya yang baru sahaja lepas cuti, mula berbaik-baik dengan pihak kantin ketika itu, baru sahaja dua hari, Subhanallah, sudah dioffer untuk menjadi anak angkat mereka! Saya sendiri pun tak tahu rahsianya. Cuma, katanya mereka tertarik, saya tak pasti atas dasar apa. Tadi, mak angkat saya ada cerita sedikit dialog mereka dengan pelajar lain, tak boleh dilupakan situasinya;

 

“Mak cik, saya peliklah. Dalam ramai-ramai budak dalam sekolah ni, kenapa Akmal Hakim sorang yang terpilih jadi anak angkat mak cik? Saya tak puas hati la..”

 

“haa?kenapa?” balas mak cik sambil senyum kambing.

 

“Yela, tak aci la mak cik. Dia sorang aje yang dapat macam-macam. Mak cik tak nak anak angkat perempuan ke?” balas budak tu tersengih-sengih. Materialistik betul budak perempuan ini pada fikiran saya. Hehe.

 

“Mak cik dah ada anak perempuan dah..”

 

“Habis tuu.. mak cik pun ada anak laki kan?” tanya budak tu lagi tak puas-puas.

 

“Mak cik memang suka anak laki, senang sikit”. Haha.

 

Itu baru satu cerita. Belum lagi budak-budak yang minta borang untuk jadi anak angkat. Geli hati saya dengar cerita-cerita seperti ini. Heboh satu sekolah. Tak terlintas pun dalam fikiran saya untuk mengambil kesempatan, makan lebih-lebih. Bagi saya ini satu hadiah daripada Allah, sebahagian dari rezeki-Nya. Dah memang Allah pilih saya nak buat macam mana? Syukur, cukup beruntung. Bukan setakat makan percuma, ubat, duit saku(macam mana nak guna kalau dah free?), barang-barang, malah baju melayu Hari Raya pun mereka support! Bukan setakat itu, ada additional untuk baju raya lain J. Tambahan lagi, pernah mereka adakan jamuan satu asrama termasuk warden-warden untuk menyambut kelahiran anak mereka. Barakallahufikum. Masih ada juga manusia yang wujud semurni ini. Kata mereka, rezeki mereka tak berkurang buat semua-semua ini, malah bertambah! Untungnya saya kan?

keluarga angkat. Dua adik lagi di rumah, siapkan kerja rumah.

Selepas selesai makan di sebuah restoran bersama mereka, saya pelawa mereka untuk datang bertemu keluarga saya. Lama tak berjumpa sejak hari raya lepas. Sepatutnya, saya diajak untuk menyertai mereka bercuti di Bagan Lalang esok. Kehadiran ini sahaja yang dapat membayar ketidakmampuan saya hadir bersama bercuti lantaran jadual yang padat. Alhamdulillah, dapat juga mereka saya berikan sesuatu sebelum balik, Manggis yang saya kutip semalam!

 

Ya Allah, kau permudahkanlah jalan hidup mereka, murahkanlah rezeki mereka, berikanlah mereka kehidupan yang tenang. Amin.

my cute lil bro

p/s: Alamak.. kini nombor akaun bank saya pula.. I wonder..

 

 

 

Untuk rujukan isu makanan berkaitan Islam dan sebagainya silalah melayari :-

http://islam.sukeri.com/category/pemakanan/

2 Responses to Episod 25 : Mak-Angkat | MakAnan

  1. amierwan berkata:

    u r very lucky person, dear

  2. aireensamirah berkata:

    hehe..
    mmg rmi pun bdk2 wondering nape ko jd ank angkt mak cik kantin tu..
    huhuhu..
    xpe2..aku x jeles..
    aku juz jeles ko dpt mkn free je..
    haha..
    em ko mkn 2 kali 5 rggt??
    aku kat cni, skali mkn pun da 5 rggt..
    huhuhu..
    ni la mslh kolej ank org kaye..hu..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: