Episod 24 : Buah-Buahan Sedang Berpesta!

“kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dipermudahkan (bagimu)..” (Surah An-Nahl : 62)

“Gedebuk!” Buah manggis yang diambil di atas terjatuh dari bakul, melambak-lambak.

“Adoi…Saya dah cakap dah.. Abang la yang cabutkan(tali).. Saya ni cuai sikit” kata saya kepada akhi Luqman. Nasib baiklah saya sempat pegang tali bakul sebelum habis terburai manggis di dalam bakul itu, hampir-hampir terjatuh kerana tidak stabil. Sebahagian daripada manggis yang kami kutip di atas pokok jatuh, kami biarkan tanpa mengambil kembali kerana khuatir isinya rosak. Meskipun tali itu dapat saya sambut, melecet tangan saya. “Allah, pedihnya..” Kami teruskan mengutip apa yang masih ada di atas. “Adoi, enta ni..” kata akhi Luqman sambil tersengih melihat gelagat saya yang sedikit gelabah.

tak lupa bawa camera sekali

Beginilah kami, dua orang gara-gara neomaskulin memeras keringat di kampung Akhi Luqman alang-alang musim buah-buahan berpesta. Alangkah nikmatnya makan buah manggis dengan usaha sendiri berbanding makan manggis yang tersedia dijual di pasar. Daripada zuhur kami bermula sehingga asar, tanpa henti sehinggalah bakul, kotak dan baldi terisi. Keadaan ini mengingatkan saya kembali suasana di kampung dahulu.

sempat lagi ambil gambar atas pokok?

Selesai beberapa pokok yang kami sapu habis manggis yang masak, kami berhijrah ke tempat lain. Kali ini disertai oleh dua orang kanak-kanak sekolah rendah, sepupu Akhi Luqman. Begitu ceria sekali, kali ini mereka memecahkan kesunyian di waktu petang yang hening dengan kelakuan nakal yang menggelikan hati.

“Apa yang jadi kerja elok?” nyanyi Aiman

“Kerjaaasama!” sambung si Nabila

“Apa yang jadi kerja buruk?”

“Tak kerjaaaasama!” sambung Nabila lagi

Ketawa saya seorang diri di atas pokok manggis yang lebih lebat dan mencabar. Akhi Luqman di atas pokok manggis yang satu lagi. Bila tengok telatah mereka berdua, tersenyum saya sendirian sambil memegang manggis yang sedap, mengingat kembali keadaan saya zaman kanak-kanak bersama-sama dengan sepupu-sepapat main galah panjang, baling selipar, main sorok-sorok dan tenteng. Semua permainan ini kian lenyap hari ini digantikan dengan permainan video, televisyen, dan sebagainya menghilangkan tradisi kreatif kanak-kanak zaman dulu. Yela, orang kata, dulu lain sekarang lain. Tapi bagi saya, watak kanak-kanak moden hari ini yang akan menjadi dewasa jauh berbeza dengan watak kampung yang akan dewasa kelak. Bezanya, dari aspek common sense, contohnya; melayan tetamu, hormat orang-orang tua, komunikasi dan sebagainya. Huh, orang-orang tua kata “Biar mati anak jangan mati adat”. Sampaikan anak sanggup dikorbankan demi menjaga adat, metaforanya. Misteri tapi bermakna bukan? Satu sahaja yang memang tak ubah-ubah keadaan di kampung sejak dahulu. Kehadiran tahi lembu di tengah-tengah jalan. Hehe.

budak ini tak jauh beza perangai dengan saya waktu kecil-kecil dahulu =p

Sentuh bab buah kembali. “Makanlah buah-buahan tempatan” satu frasa yang tidak akan dilupakan oleh penduduk Malaysia, lebih-lebih lagi kata-kata ini dipapar di signboard dengan kartun buah-buahan seolah-olah makhluk yang benar-benar hidup. Begitu berusahanya kami kononnya menyahut industri tempatan dengan mengutip hasil buah-buahan tradisional. Almaklumlah, musimnya hanya sekali setahun. Bayangkan, dengan dikelilingi dengan kulit yang hitam, dinding yang merah darah, dan isi yang begitu putih mewangi, subhanallah. Begitu juga buah tempatan yang lain, yang dipagar mahkota berduri, isinya semerbak, berlemak dan energizing, yang biasanya kita buat tempoyak(favourite!). Rambutan? Langsat? Kuini? Oh, sedapnya!!

Sebut tentang buah-buahan, teringat pula saya dengan sahabat-sahabat yang baru berlepas ke Mesir. Belum sempat menikmati buah-buahan tempatan, dah bertolak. Setahu saya, kawasan mediterranean di Afrika akan mengalami musim panas dari bulan May hingga September. “Kat sini lagi panas berbanding Malaysia, dahla kena jalan kaki jauh ke tempat kursus” kata Sakinah Shapenie di dalamYahoo!Messenger. pelajar jurusan perubatan di Mesir. Terbayang-bayang saya di sana dataran pasir yang panas, pohon palma, tamar yang ditanam dan oasis di tengah padang pasir. Tak banyak buah yang terdapat di sana. Cukuplah buah tamar yang menggantikan rindu buah-buahan yang lain, disebut lagi dalam Al-Quran;

“Di bumi itu ada buah-buahan dan pohon kurma yang mempunyai kelopak mayang”

(Surah Ar-Rahman : 11)

Cairo merupakan kawasan Mediterranean

Malah menjadi sunnah lagi jika makannya selalu. Tak mengapa, biarlah kita sama-sama cemburu. Itu sahaja point untuk entri kali ini. Hehe. J

“Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanam-tanaman; zaitun, korma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan.” (Surah An-Nahl : 11)

Akhirnya.. Inilah hasil usaha kami

7 Responses to Episod 24 : Buah-Buahan Sedang Berpesta!

  1. amierwan berkata:

    nak maakaan maanggissssssssssssssssssssssssssss!!! jelesnyer!!!!!!

    haha. i am away…apa nak buat… minum jus manggis kat KL pun RM100+ sebotol. mahal giler.

    hehe..akim, tau x kulit manggis tu ada orang buat jus jadikan treatment utk ubat pelbagai jenis penyakit? haha. I got this from my colleague here.

    so, apa lagi..kulit manggis tu jgn buang..gi la blend pastu minum airnye..nti bley buat ubat hilang rindu orang kat Egypt…

    so, jd fokus balik..

    haha. no offence ya!

  2. senikehidupan berkata:

    Huk aloh… meh la sini bro.. Banyak manggis ni..hehe.. Terlebih-lebih plak makannye.. :p
    owh.. pasal kulit manggis tu.. tau je🙂 technology japan yang buat.. tak payah susah2 nak beli kat KL tu.. Orang Melayu semua boleh. Satu je tak leh.. tak boleh bla!-ayat akhi luqman huhu..

  3. bahiyah berkata:

    hmmm…jeles nyer akak..
    nape akak tak dapat manggis tu pun..????
    xpelah xde rezeki..
    hakim,
    teruskan perjuangan ye..
    belajar rajin2…..
    smile always…^_^

  4. aireensamirah berkata:

    akmal..
    nak ckit..
    smpi ati ko mkn manggis x ajak aku..huhu..
    jelesnyer..
    bnyk gler manggis tu..
    wat jual ke??

  5. Teech Airil berkata:

    Assalamualaikum Saudara,

    “…dua orang gara-gara neomaskulin memeras keringat di kampung Akhi Luqman”

    Sekadar bertanya tentang perkataan aneh ‘neomaskulin’ yang digunakan di atas, dan apa pula kaitannya dengan buah-buahan tempatan? Menarik rasanya.

    Apa pun saya sekadar tumpang lalu saja, salam hormat.

    Airil H

    http://www.teechconsult.wordpress.com
    http://www.teechconsult.blogspot.com

  6. jom baca info pasal jus manggis kat sini.. –> http://www.hafzantaib.blogspot.com

  7. Qurratul 'Ain berkata:

    teringat kngan lucu pulang bercuti ke kg tokwan roommate di kedah time musim buah satu ketika dahulu. sorg rakan menumbangkan sepohon pokok rambutan, bukan dahan tapi POKOK(kenangan yang pasti tak terlupa sampai bila2)

    *sengih sorang2 MODE ON😀

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: