Sambungan Cerita Kumbang Episod 22 & 23 : Inilah kata kuncinya

“Duhai anakku, aku sebenarnya seekor perantau. Aku sentiasa tercari-cari kewujudan aku di dunia ini. Aku tidak suka bersama dengan kumbang-kumbang yang lain kerana mereka cukup berbeza denganku. Aku merasakan hidup bersendiri adalah lebih layak buatku.”

“Tahu tak anakku, hingga sekaranglah hakikatnya aku masih bersendiri?”

Aku bertanya, “habis tu kenapa pak cik terima kedatangan saya ini?”

“Kan aku dah kata, raut wajahmu aku kenal. Aku hanya menunggu masa untuk menemui ajalku. Jadi, tak salah untuk aku menunaikan sedikit tanggungjawabku untuk kumbang-kumbang yang lain agar tidak menjadi sepertiku”Jawab kumbang tua.

Kumbang tua menyambung dengan nada yang hiba,

“Sebagai seekor perantau, sudah tentu aku tahu matlamatku. Aku telah terbang merata tempat. Namun aku masih tak jumpa apa yang aku kehendaki. Sehingga satu saat, aku…”

“Kenapa pak cik?” kumbang muda mula menangkap apa yang kumbang tua maksudkan

“Aku terperangkap di sebuah taman yang penuh dengan bunga-bunga, begitu cantik dan menawan hati. Aku berhasrat untuk tinggal di sana selama-lamanya. Aku pergi dari satu bunga ke satu bunga. Semua meriah dengan kehadiranku. Aku merasakan bahawa aku akan menjadi agen untuk menambahkan lagi bunga-bunga di taman ini. Hasilnya, benih-benih itu mula bercambah dengan baik”

Berderum hati kumbang muda. Memang benar apa yang difikirkan telah dibaca oleh kumbang tua. Bukankah niatnya betul?

“Tapi anakku, malang sekali.. Bunga-bunga yang aku duduki semuanya akhirnya layu. Aku begitu kecewa, pelbagai perasan aku lontarkan. Aku sedih dan tak dapat terima keadaan sebegini. Bunga-bunga itu tak mampu dijaga olehku.”

“Habis tu, bagaimana pula dengan benih-benih yang kau sebarkan?”Sekali lagi soalan dilontarkan

“Bersabar nak, aku belum habis bercerita. Kemudian aku kejar ke kawasan benih-benih yang aku sebarkan. Semuanya rosak sebelum berbunga. Baru aku tahu. Semua ini angkara petualang-petualang yang merosakkan dunia. Jangan gopoh anakku. Apa gunanya benih yang banyak, tetapi kau tak mampu jaga, akhirnya rosak? Barulah aku teringat kembali. Aku lari dari matlamat perantauan aku.”

Tersedar aku dari lamunan. Aku masih lagi baru. Aku perlukan lagi pengalaman. Perjalananku masih jauh.

“Pak cik, terima kasih atas ceritamu. Aku begitu terkesan. Tapi, sebelum kita berpisah apakah nasihat yang pak cik boleh berikan kepadaku??Adakah aku hanya perlu redha ketentuan ilahi??”

“Begini. Untuk kau memahami erti redha, bukanlah seperti itu anakku. Tuhan telah menetapkan sesuatu ketentuan, tetapi engkau bertanggungjawab untuk mencari apakah ketentuan tuhan itu. Kau boleh tidak boleh membiarkan semua yang berlaku ke atas engkau, semuanya atas ketentuan tuhan. Jika kau beranggapan demikian, kau sebenarnya lalai. Ingatlah kata kunci ini…”

Belum sempat si tua itu menghabiskan kata-kata, tiba-tiba“Boom!” satu dentuman kuat di pohon tempat mereka berdua berehat. Dua ekor burung kecil hitam kelihatan mencari mangsa makanannya. Seekor kumbang merah gelap berjaya ditangkap oleh satu burung. Semua kumbang yang hinggap di pohon itu terbang ketakutan. Kumbang muda cemas.

“Anakku, cukup, mari ikut aku!” Si tua dengan cemas memanggil kumbang muda mengikutinya. Aku tidak tahu bahaya yang datang.

Akan tetapi, dalam banyak-banyak kumbang, kami yang dikejarnya!

Sang Burung yang menggerunkan itu lebih laju dari kami. Aku sangat cemas sehinggakan aku hanya mengikut kehendak hatiku, terbang ke tanpa mengikut arahan Kumbang Tua. Si tua itu kemudian merempuh badanku.

“Anakku, dengarlah cakap aku! Kau masih muda, jangan terlalu mengikut perasaan!”

Aku ditegur dengan nada tegas. Si tua membawaku ke dalam semak. Aku dan Si Tua berjaya menyorokkan diri di tempat yang tidak kelihatan. Namun, keadaan masih belum selamat. Burung hitam itu masih mematuk-matuk tempat persembunyianku. Aku takut sangat. Aku tak mahu matlamat hidupku seperti Si Tua, gagal. Kerana kebodohanku, aku lari terbang ke tempat lain tanpa berfikir panjang.

“Oi Kumbang, jangan! Kau nak pergi mana tu??”Aku tak begitu layan kata-kata Si Tua itu lagi. Keegoan dalam ketakutan menguasai diri ini. “Prrrrrr” Aku terbang lari dari kawasan tadi. Aku beranggapan tindakanku betul, lari dari masalah. Rupa-rupanya, burung tadi beralih perhatian kepada ku pula!

“Oh tuhan.. Selamatkan aku!!” Aku dah tak tentu arah. Aku begitu kesal kerana tidak mendengar kata Si Tua tadi. Sang Burung semakin mendekatiku, dekat..dan dekat.. Sang Burung mematuk-matuk lagi ketika terbang. Aku cuba mengelak. Di hadapanku ada semak lagi, aku tergesa-gesa ke sana.

“Fuh..” Lega akhirnya aku dapat menyelamatkan diri. Burung gagal memasuki semak. Aku letih sangat. Penerbanganku dilambatkan. Tiba-tiba..

“Arghh!!..”Aku meronta-ronta. Aku terlekat dengan sarang tebal yang membuatku gagal bergerak. Burung tadi masih lagi berusaha. Apa yang perlu aku buat? Aku masih berusaha..usaha untuk keluar dari sarang yang Si Bodoh lain yang membuatnya. Argh!!

Rupa-rupanya, Si Burung tadi bukan seekor. Ramai lagi yang datang cuba menggugat diriku. Aku menggigil kembali. Kenapa aku tidak teruskan perjalananku tadi? “Huh..Memang nasibku menjadi makanan buat mereka..”

Tiba-tiba aku teringat kembali kata-kata Si Kumbang Tua tadi, Allah memang telah mencatatkan ketentuan, tapi, aku tidak boleh membiarkannya tanpa usaha. Ya! Aku mesti gagah. Aku cuba melawan perasaan takutku. Walaupun situasi semakin cemas, aku cuba bertenang. Tidak.. Sarang itu bukan mudah untuk aku lepas!

“Oi Budak!” Subhanallah! Kumbang tua datang juga akhirnya.

“Pak cik, maafkan saya! Tolong, lepaskan saya dari sarang labah-labah ini! Burung-burung itu semakin berusaha untuk menjadikan kita mangsa mereka!!”

“Kau degil, tak bolehkah kau mendengar kata-kataku?”kata Kumbang Tua tadi sambil memotong benang-benang labah-labah dengan cepat. Malang tak berbaur Sang Kaki Lapan pula datang mendekati kami, ahhhh… Aku terlepas, tetapi kini Si Tua pula yang terjerat.

“Puff!” Kumbang tua menolakku kuat, hingga aku terjatuh ke bawah. Aku kembali terbang menghampiri Si Tua,

“JAUH!” herdik kumbang tua, aku cuba menyelamatkannya pula tetapi Sang Labah-Labah lebih dekat dengan Si Tua menyebabkan Kumbang Muda ragu-ragu. “Jangan bahayakan dirimu lagi, cukuplah. Selamatkan dirimu anakku! Kau punyai matlamat yang jelas!” Jerit Si Tua.

Aku tak tahu nak buat apa. Aku begitu serba salah. Labah-labah tadi telah mula mengeluarkan cairan sarangnya mengelilingi Si Tua. Si Tua memang akan menjadi mangsanya!

“Pak cik, kenapa kau putus asa? Kau tak sepatutnya mati, bahkan aku! Lepaskan dirimu!!”

“Anakku pergi! Tolong dengar kataku kali ini! Usah kau bertanya lagi, aku bukan berputus asa, tapi ini dah memang saatku pergi.”

Kumbang muda menangis, menyesal. Tak mampu berbuat apa-apa. Burung-burung yang tadinya berusaha untuk memasuki kawasan semak akhirnya berjaya. Tak ada pilihan lain, aku mesti lari juga! Maafkan aku Si Tua. Aku tanpa lengah lagi, lari terbang kehadapan

“Anakku, kata kunciku tadi, SABAR, IKHLAS dan REDHA! Berjalanlah tanpa henti! Kau hanya hidup sekali!”

Aku yang terbang tanpa menoleh ibarat tidak menghiraukan kata-kata Si Tua. Hanya tangisan yang mampu berbicara hatiku ini. Nampaknya, Si Tua termasuk Sang Labah-Labah tadi menjadi mangsa burung tadi. Aku tak mahu menjadi mangsa yang ketiga! Sekarang, ada 2 pula yang mengekoriku. Instinct burung. Mereka dapat mengesanku walau aku jauh lebih kecil.

Kedua-dua burung tadi semakin mendekatiku. Tenagaku semakin lemah. Aku cuba membuat helah. Di hadapanku ada satu pokok, di tengah-tengahnya ada celah yang cukup-cukup muat untukku masuk. Aku semakin hampir. “Tum!” Ya, helahku berjaya! Kedua-dua burung kecundang. Namun, aku masih ingat, aku tidak boleh hentikan perjalanan seperti yang dikatakan oleh Si Tua.

Nampaknya, seekor dari burung-burung tadi masih tak berputus asa, seperti yang kujangkakan. Aku akan buktikan sekecil-kecil aku, aku mampu buat sesuatu! Biarlah sekelumit tenaga ini digunakan untuk menumpaskannya! Satu demi satu helah aku gunakan, namun gagal. Burung yang satu ini kelihatan seperti sudah masak dengan taktikku. Malang. Tenagaku dah sampai pada tahapnya. Kawasan ini tanah lapang melainkan satu pohon lebat di hadapan.

Tiada apa lagi yang mampu aku buat. Aku tetap yakinkan diriku, bukan miliknya. Aku sudah tiada pilihan melainkan masuk ke dalam pohon itu. Samada Sang Burung itu akan masuk atau tidak, itu bukan ketetapan diriku. Aku dah usaha semampu yang boleh.

Memang benar, burung tadi gagal menjadikan aku mangsanya. Pohon ini berduri, lantas memudaratkan Sang Burung terbang dekat lantaran saiznya yang agak besar. Aku selamat akhirnya..

Sabar, ikhlas dan redha. Terngiang-ngiang di benakku kata-kata hikmah ini sambil keletihan berehat di pohon ini. Aku secara kebetulan mengalaminya. Rupa-rupanya Allah membawaku ke situasi ini untuk buatku terfikir supaya menjadikanku sempurna dan bijaksana. Teringat Si Tua tadi, sebak rasanya. Memang tidak patut dia mati kerana kesilapanku.

Aku cuba mengelilingi pohon berduri ini. Masya-Allah.. Ini adalah pohon mawar kuning yang berduri! Tak sangka. Mawar ini begitu mekar dan sangat terpelihara. Aku turut terpelihara kerananya. Tak kusangka. Aku pasti menjaganya!

“Dan bahwasanya kepada Tuhanmulah kesudahan (segala sesuatu),

Dan bahwasanya dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis,

Dan bahwasanya dialah yang mematikan dan menghidupkan,

Dan bahwasanya dialah yang menciptakan berpasang-pasangan lelaki dan wanita”

(Surah An-Najm : 42-45)

One Response to Sambungan Cerita Kumbang Episod 22 & 23 : Inilah kata kuncinya

  1. aireensamirah berkata:

    cerita kumbang..
    digarap dgn baik..
    lpas ni leh la wat novel plak..
    huhu..gurau je..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: