Episod 23 : Mulakan Persiapan, Bersedialah!

 Minggu peperiksaan (sekadar gambar hiasan)

“Dan persiapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu dan orang orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah niscaya akan dibalasi dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan).” (Surah Al-Anfaal : 60 ) 

Andainya seorang isteri yang baru sahaja dapat keputusan positif dalam pregnancy test, pastinya antara pasangan ini begitu gembira kerana mendapat satu kurniaan yang teramat berharga, hadiah daripada Allah lantaran cinta yang halal iaitu qurratul ain yang dinanti-nantikan bagi setiap pasangan yang berkahwin. Maka, dengan sebab ini, mulalah bakal ibu dan ayah memulakan persediaan menyambut kedatangan ahli baru dalam keluarga mereka dengan mengkaji, bertanya dan lain-lain. Artikel-artikel kesihatan dari surat khabar, majalah dan buku telah mula diberi perhatian.

 

“Bang, tengok surat khabar ni, ‘dia’ kata orang pregnant elok makan kismis banyak-banyak, nanti insya-Allah anak kita boleh jadi pandai, abang beli la kismis banyak-banyak”

 

Maka si suami pun bersetuju tanpa banyak soal. Tak sabar-sabar rasanya nak membelai timangan dalam perut itu. Nasihatlah apa pun, mereka pasti akan lakukan demi persediaan menantikan cahaya mata ini, yang terbaik secara pastinya.

 

Anda akan melihat, mereka telah mula prihatin dari sudut kesihatan untuk orang yang mengandung, sekalipun buku nama-nama bayi pun, habis ditelaahnya.

 

Begitu juga pasangan yang BAKAL berkahwin, dalam erti kata lain, bertunang. Ada yang bertunang dalam jangkamasa yang tidak lama, hanya berbulan-bulan, ada juga yang yang mengambil masa yang agak lama hingga ada yang sehingga 4-5 tahun. Maka masa-masa yang inilah pastinya digunakan untuk mengasah diri masing-masing kononnya bakal menjadi hero dan heroin dalam rumah tangga. Pada ketika ini juga mulalah berjinak-jinak membaca buku-buku best seller untuk kemahiran dalam berpasangan. Antara yang dibeli, Law of Attraction(Michael J. Losier), Men are from Mars, Women are from Venus(John Gray), Aku Terima Nikahnya(Ustaz Hasrizal), Maskahwin yang Hilang(Suhaimy Othman) dan sebagainya.

 

Semua ini adalah satu contoh buku-buku persediaan sebelum menempuhi gerbang perkahwinan supaya dapat melaksanakan sepenuhnya tanggungjawab sebagai seorang isteri atau suami yang romantis, dalam masa yang sama sebuah keluarga yang baik dapat dibentuk. Samada dari aspek ekonomi, tanggungjawab, komunikasi dan psikologi, sesebuah pasangan pastinya akan prihatin. Secara pastinya, dalam kursus perkahwinan juga mereka selalunya memberikan komitmen yang sangat memberangsangkan!

 

Eh,eh? Bagaimana saya tahu ya? J Main taram je?

 

Cukup berceloteh tentang kekeluargaan. Fokus pada entri ini lebih pada persediaan. Satu perkara yang amat perlu diberi perhatian adalah setiap matlamat itu perlunya ada persediaan yang kukuh, seperti contoh di atas. Bagaimana jika seorang pelajar inginkan kerjaya yang begitu bagus, sedangkan dia seorang pelajar yang begitu malas, main-main dan sambil lewa? Islam sendiri telah memberikan panduan;

 

 

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang Telah diperbuatnya untuk hari esok; dan bertakwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.(Surah Al-Hasyr : 18 )

 

Dalam ayat ini, Allah suruh hamba-Nya memperhatikan setiap tindakannya untuk hari esok. Ini jelas menunjukkan peripentingnya setiap tindakan kita agar kita bersedia dalam menghadapi segala yang ditentukan oleh Allah, sebagai contoh, hari Akhirat. Orang yang beriman sudah tentu takut akan balasan Allah di hari Akhirat, maka persediaan untuk menghadapinya pasti memerlukan usaha yang lebih, mencari bekalan-bekalan supaya tidak menyesal di hari kelak.

 

Antara yang lain, persediaan dalam ekonomi. Keadaan ekonomi Malaysia yang tidak terjangka seperti hari ini boleh memberi kesan kepada simpanan seseorang yang telah menyimpan wang 10- 20 tahun lepas. Boleh jadi semua simpanan itu memberi makna, boleh jadi juga tidak membawa kesan apa-apa. Bagaimana pula bagi yang tidak menyimpan langsung? Kemungkinan pada ketika inilah mereka mula menyesal, ditaut lagi dengan hutang yang yang berbagai-bagai, tanggungjawab dalam keluarga, bil-bil, dan sebagainya. Sudah terhantuk baru terngadah!

 

Mak, meskipun seorang farmasi perubatan, telah berjaya dalam peperiksaan pelaburan saham menjadikan beliau ejen saham Public Mutual(Unit Trusts). Kerana tahu betapa pentingnya kedudukan ekonomi, mak sedikit sebanyak mengajar saya menguruskan kewangan. Orang lain boleh tanya, apa erti ‘budak’ 18 tahun yang perlu tahu tentang kewangan? Bukankah lebih baik tumpukan lebih pada pelajaran, kemudian apabila tiba waktu bekerja, nak berkahwin, dalam umur 28 tahun, barulah implementasi konsep ekonomi. Sedangkan bagi saya, sekiranya setiap bulan saya labur hanya RM25 saham (sebagai contoh), setahun RM25 x 12 = RM300, maka sepatutnya pada saya berumur 28 tahun, duit saya telah mencecah RM3000 dalam wang pelaburan saham! Mungkin pada ketika itu, saya telah bekerja, wang pelaburan  semakin meningkat, tambah tolak, tambah tolak, kemungkinan wang pelaburan saya mencecah RM8,000 pada ketika ini saya akan berhenti melabur. Ini belum lagi kira %10 kenaikan setiap tahun(bukan riba)! Ketika saya berumur dalam lingkungan 50-60 tahun, duit yang telah disahamkan itu mencecah puluhan ribu malah mungkin ratusan ribu!(saya tak ingat bagaimana mak saya terangkan,  tapi lebih kurang macam tu lah J)

 

Begitu juga usahawan-usahawan yang berjaya hari ini berjaya dibuktikan bahawa kebanyakan di antara mereka telah membaca pelbagai buku-buku ekonomi melebihi 200 buah. Tentu pelik, dan menakutkan bunyinya. 200? Sebuah buku pun belum tentu dapat baca dalam sebulan, apatah lagi dalam seminggu! Penyelesaiannya mudah, tetapkan disiplin setiap hari sekurang-kurangnya 1 jam membaca buku-buku ekonomi. Secara puratanya, sebuah buku dalam satu minggu. Jadi, dalam satu tahun ada 49 minggu = 49 buah buku. Maka, tak sampai 4 tahun, anda akan menjadi pakar ekonomi!! J

 

Ini sahaja cebisan idea saya yang tak seberapa. Persediaan yang saya maksudkan ini bukanlah setakat ini, malah lebih lagi. Saya tidak berniat nak tulis panjang-panjang(padahal dah panjang dah!) cuma cukup sekadar sedikit point untuk situasi lain;

 

·         Tabiat Pemakanan – Hari ini kanser semakin hangat diperkatakan di media massa terutama bagi mereka yang berusia. Cara mengelakkannya boleh dikawal(antikarsinogenik) berdasarkan tabiat pemakanan seseorang, sebagai contoh sayur-sayuran. Begitu juga jika sejak dari awal lagi seseorang itu banyak makan makanan/minuman yang manis-manis, tentu sekali lambat laun dia akan menghidap diabetes jika tidak terkawal. Lain-lain fikir-fikir sendirilah ya?

·         Komunikasi/Berbahasa – Jika seorang anak dilahirkan dan dibesarkan di Mesir(sebagai contoh)  selama 8 tahun di sana, sudah tentu lama kelamaan anak ini begitu pasti begitu fasih dalam berbahasa Arab, malah mampu berbicara dengan Arab ‘Amiyyah(bahasa kampung). Tapi yang ‘kerek’nya mungkin berat pula untuk berbahasa tanah airnya dengan mudah kerana dilatih dalam suasana timur tengah. Begitu juga pelajar-pelajar yang mengambil jurusan medik atau bidang agama, tidak perlu takut sebenarnya jika khuatir tak mampu berbahasa Arab. Insya-Allah, lama kelamaan mungkin dah sama taraf dengan penyampai radio IKIM yang lidahnya.. uhu.. Tak terkata hebatnya J!

·         Penulisan – Contohnya saya sendiri, dahulunya langsung tidak menunjukkan minat dalam bidang penulisan, malah begitu takut mencuba terutamanya menyentuh bab-bab isu semasa. Tetapi nasib baik saya berani, walaupun penulisan yang agak entah apa-apa, saya mencuba blogging dalam bahasa Melayu, gaya SMS. Sebulan demi sebulan saya menulis satu entri yang pendek di blog friendster. Akhirnya saya berjaya istiqamah menulis hingga hari ini dengan penulisan yang sedikit sebanyak, kurang kesalahan tatabahasa(eh, ye ke?). Saya memulakannya sedikit demi sedikit!

·         Dakwah – Pastinya orang mukmin mengimpikan negara yang ditadbir bawah pemerintahan Islam, mengamalkan syari’atullah, telus, bersih dan sebagainya. Oleh sebab ini, segala usaha untuk menegakkannya adalah wajib. Biarpun usaha yang kecil, seorang demi seorang. Sekiranya tenaga kecil-kecilan ini dilakukan dengan begitu ramai, dengan penuh keikhlasan, pastinya matlamat itu akan hampir dan akhirnya tercapai!

 

Itu hanya sebagai contoh. Belum lagi dari aspek pelajaran, politik, peperangan, sosial dan lain-lain. Yang paling penting sebagai remaja perlu ingat sentiasa pesan Rasulullah;

 

“Ambillah peluang lima perkara sebelum datangnya lima perkara:- Usia muda kamu sebelum tua,

masa sihat sebelum sakit, harta kekayaan kamu sebelum papa, masa hidup kamu sebelum mati,

dan masa kosong kamu sebelum sibuk.”(Al-Hadith)

 

Sediakan payung sebelum hujan!

 

 

 

 

 

 

 

 

——————————————————————

(sambungan kisah entri yang lalu)

 

“Anakku kumbang, aku amat kagum pada engkau. Benarkah kau BERSEDIA untuk menghadapi bunga yang kau impi-impikan itu?” berkata kumbang yang berusia itu.

 

“YA, benar tekaan saudara. Aku sudah mula melebarkan sayapku ke arah bunga yang kuimpi-impikan. Inilah yang pertama kalinya. Aku telah mula mengimpikan bumi ini indah dengan bunga-bunga yang banyak hasil usaha dan tanggungjawabku. Aku begitu tertarik dengan kecantikan bunga itu!”jawabku.

 

“Anakku..anakku..”

“Aku begitu faham tentang engkau. Pada peringkat engkau, engkau masih lagi di peringkat awal untuk menjelajah bumi indah ini.”

Kumbang junior ragu-ragu dengan kumbang yang tua itu.

 

“Aku sangat faham, niatmu untuk menyebarkan benih-benih itu agak baik. Begitu juga naluri seekor kumbang yang sentiasa nakkan bunga yang paling cantik dan harum untuk diduduki. Tapi tahukah kau bahawa tindakanmu ini agak memudaratkan pada keadaanmu?”

 

Kumbang junior garu kepala tak faham.

 

“Saya tak berapa faham pak cik” tanya si kumbang kecil itu.

 

“Begini anakku. Adakah kau pasti bahawa bunga yang kau jumpa itu, benar-benar sesuai denganmu?”

 

“adakah kau pasti bahawa harum dan indahnya warna mawar itu menjamin kemanisan madunya?”

 

“hmmm…inginkah kau mendengar ceritaku? Tak jauh larinya dari pengalaman yang kau sedang alami ini. Mungkin berguna juga untuk kau menilai mana yang baik dan buruk untuk situasi kau sendiri.”

 

Kumbang muda semakin tertarik. Apakah kerunsingannya selama ini akan terungkai maka teranglah pilihannya itu? Dia tekun mengharap kata-kata selanjutnya dari kumbang berusia itu. Dalam masa yang sama fikirannya tak dapat lari dari membayangkan bunga yang menjadi igauan fitrahnya. Si tua menyambung bicara kisahnya.

 

“ Aku yakin dari raut wajahmu anakku, aku nampak kecerahan sinar agamamu. Dan dari itu juga ku dapat membaca apakah yang kau inginkan dalam hidupmu. Percayakah akan dikau kata-kataku ini anakku?”

 

Kumbang muda menghela nafas ketat. “ aku bersedia percaya atas alasan kau lebih berusia pakcik. Dan aku pula sekarang masih mencari jawapan yang meyakinkan dan tak salah jika aku memberi peluang untuk menilai kata-katamu.”

 

 

——————————————————————

(bersambung…)

 

p/s : Semoga Allah bersamamu sahabat-sahabatku yang ke Mesir, bertolak dari KLIA pukul 4:15 tadi. Persiapkanlah dirimu di jalan Allah, di bumi Anbiya’ yang dirindui

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: