Episod 22 : Sebuah Cerita; Seni Hidupku, Generasi Harapan

“Apakah mereka tidak memperhatikan berapa banyak generasi yang Telah kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) Telah kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, yaitu keteguhan yang belum pernah kami berikan kepadamu, dan kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, Kemudian kami binasakan mereka Karena dosa mereka sendiri, dan kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain.”

(Surah An’am : 6)

 

 

Kelmarin saya balik ke rumah, atas seruan tanggungjawab. Saya SMS mak.

 

“Dear my beloved mom. I’m on journey 2 home. I’m at Seremban, in bus. It will depart after several minutes..Sry about da banking.. I’m here bcoz da call of responsibility.. See you after dis =)”

 

Mak balas:

 

“Thank you my son. At least u keep me a company”

 

Dengan menghabiskan sisa-sisa sen di dalam dompet sehingga yang tinggal dalam dompet hanyalah kad pengenalan dan kad-kad ahli kedai buku, akhirnya saya sampai ke rumah.

 

Di rumah, hanya mak seorang. Abah hantar keretanya ke USM Penang, untuk kakak saya. Dari Negeri Sembilan hingga ke Penang dengan berkereta Kancil kemudian kembali ke rumah dengan menaiki bas. Ketika di tengah-tengah perjalanan, kereta itu rosak. Melambatkan lagi perjalanan. Namun perjalanan harus diteruskan demi menyokong perjuangan anak tercinta. Itulah dia seorang lelaki bernama ayah.

 

Mak dan abah kini hanya tinggal berdua di rumah yang mempunyai 5 bilik ini(kosongnya!). Sebelum ini ditemani oleh adik saya, Anwar yang kini tinggal di asrama, SMKA Pedas. Memikirkan tentang ini, barulah terdetik dalam benak fikiran saya, bahawa pengorbanan ibu bapa itu, tiada tolok bandingnya. Tak akan dapat dibalas biarpun banyak mana kita bayar. Pada harapan jiwa mereka, kejayaan anak-anak adalah segala-galanya. Mereka tak ingin balasan berupa apa sekalipun, cukuplah dengan tanggungjawab mereka sebagai mencantikkan permata yang terjaga sekian lama, sebagai hiasan yang berkilau di dasar lautan, khazanah yang dicari-cari. Generasi yang berjaya di tengah-tengah umat. Itulah yang dapat kutafsirkan.

 

Teringat kembali nostalgia hitam sekolah rendah, sikap buruk saya yang sentiasa menjadikan tumpuan guru-guru dan rakan-rakan sebaya. Saya gembira dengan bersikap ‘gangster’ dan panas baran, dalam masa yang sama saya merupakan top student di SK Paroi. Saya lambat dalam suatu aktiviti dalam kursus pelajar-pelajar elit, menjadikan Cikgu Zarina panas;

 

“Akmal. Kamu ni tak ubah-ubah. Saya dari dulu perhatikan kamu..(singkatkan cerita)..Kamu tahu tak apa yang ayah kamu cakap kat saya, ha, Akmal Hakim?”

 

Saya diam membisu.

 

“Dia bagi tau saya sebelum ni, personally, dia lebih rela kamu ni BODOH asalkan kamu ni BAIK! Kamu memang tak pernah nak menghargai akal yang tuhan bagi”

 

Ketika itu, bertakung air mata saya. Saya akur, tapi saya masih tak ubah.

 

Namun hari ini, segala-galanya berubah. Semua atas keizinan muqallibal qulub(Sang Pengubah Hati). Andai saya tidak muhasabah, saya tidak menjadi seperti hari ini. Manakah hilangnya ‘gangster’ dan panas baran dulu, hasad, dan sebagainya. Semuanya ini berlalu dengan ujian-ujian berat yang datang terhadap diriku. Itulah bukti cinta Allah. Ujian itu didatangkan bukan kerana Allah murka, tetapi Allah telah menjadikan ujian itu satu platform untuk hamba-Nya berubah menjadikan pencinta-Nya yang sejati! Terima kasih Allah kerana meletakkan aku di tempat diriku di sebuah sekolah yang melatihku mengejarMu..

 

kejayaanku adalah untukmu ayahku..

(Tokoh Kepimpinan Pelajar Asrama Peringkat Kebangsaan)

 

 

Hari ini, tidak ramai anak-anak  yang sedar bahawa merekalah generasi harapan yang bakal membina tangga kejayaan. Tangga kejayaan ini kemudiannya pasti akan dipanjat oleh generasi terkemudian. Tetapi apakah yang berlaku jika ramai anak-anak hari ini terjebak dengan gejala sosial? Nescaya akan kuranglah anak-anak yang berpemikiran Islam lantaran lebih cepatnya tersebar virus-virus negatif ke minda anak-anak muda. Lihatlah berapa ramai anak-anak ustaz, pak lebai dan imam yang benar-benar mengikuti langkah orang tua mereka? Inilah buktinya, anak-anak mengejar keseronokan, bukan tanggungjawab. Inilah dia kesudahan orang yang menjadikan agama sebagai permainan;

 

“Tinggalkanlah orang-orang yang menjadikan agamanya sebagai permainan dan senda gurau. Dan mereka telah tertipu oleh kehidupan dunia…” (Surah Al-An’am : 70)

 

Menyebut tentang generasi,

 

Saya teringat lagi sebuah filem bertajuk Umar Mukhtar; perbualan antara Umar Mukhtar dan ketua angkatan tentera Itali,(terjemahan)

 

“Lebih baik kau meminta maaf Umar Mukhtar. Kami akan bebaskan kau. Jangan risau, ini perjanjian antara kita berdua. Kau pasti akan dilepaskan daripada kau di sini terseksa. Kaummu pasti akan menyesal dan sedih akan kematianmu kalau engkau enggan.” Pelawa ketua tentera.

 

“Saya tidak akan meminta maaf walaubagaimana keadaan sekalipun, meskipun maut datang menjemput saya. Itu bukan salah saya. Kaum saya tidak akan bersedih ke atas saya, malah mereka akan menuntut bela atas kematian saya. Jika saya mati, pasti generasi yang akan datang yang akan menggantikan saya, kemudian generasi itu akan bertambah dan bertambah..”

 

Tentu kita sedar, betapa kuatnya mereka-mereka ini memperjuangkan agama yang haq ini, meskipun al kafirun membenci, seperti Umar Mukhtar sendiri akhirnya di tali gantung, lebih dahsyat lagi, depan kaumnya sendiri! Sangat menyayat hati. Saya tidak akan lupa mesejnya, iaitu generasinya pasti akan bertambah dan bertambah.

 

Sebut tentang generasi, sekali lagi saya teringat satu hadis Rasulullah riwayat Muslim;

 

“Akan ada segolongan dari umatku yang akan menegakkan kebenaran dan berjuang menentang musuh mereka. Barangsiapa yang cuba menghampakan mereka tidak sesekali akan melukakan mereka meskipun  oleh kesusahan yang menimpa mereka sehingga datang keputusan Allah dan mereka akan tetap sedemikian”

 

Tanya para Sahabat

 

“Ya Rasulullah, di manakah mereka?”

 

Kemudian jawab Rasulullah,

“Mereka ada di Baitul Maqdis dan sekitarnya”

 

Dalam hadis yang sama riwayat Abu Dawud,

 

“Bahawa golongan ini akan tetap menegakkan kebenaran sehingga pejuang terakhir diantara mereka akan menentang berjuang menentang Al-Masih Ad-Dajjal”

 

Itulah cita-cita buat serikandi ibu-ibu Palestin. Pastinya mereka akan berusaha meramaikan umat Rasulullah, dan mengasah anak-anak mereka sehingga menjadi golongan seperti yang disabdakan Rasulullah. Subhanallah.

 

 Saya akui, remaja seperti saya masih lagi samar-samar. Adakah dengan memikirkan masa depan, pasangan hidup, anak-anak belum lagi pada tahap untuk difikirkan? Andai ini benar, maka kita belajar hari ini berniat untuk apa? Inilah minda yang dibasuh dengan hidup yang penuh bermodul kononnya remaja perlu menghayati atau kata orang Rembau enjoy hidup membujang daripada mulakan rumahtangga yang penuh tanggungjawab. Duit dikejar-kejar bagaikan matlamat terakhir yang akan dibawa bersama ke kubur.

 

Sebab itulah sewaktu saya di tingkatan 1, saya dipanggil oleh abang Hafiz Basri(Tingkatan 5) bersama dua orang rakan lain untuk menyebarkan satu ayat Al-Quran yang wajib dihafal. Tugasnya mudah. Kami perlu menyuruh sahabat-sahabat lain menghafal ayat ini, dalam masa yang sama arahkan mereka menyebarkan sekali ayat-ayat ini kepada sahabat-sahabat yang lain. Sekiranya abang Hafiz memilih rakan-rakan yang lain secara rawak tetapi masih ada yang tidak menghafalnya lagi, maka kami bertiga pasti akan di denda L! Apakah ayatnya dimaksudkan itu?

 

 

>u‘ ÓÍ_ù=yèô_$# zOŠÉ)ãB Ío4qn=¢Á9$# `ÏBur ÓÉL­ƒÍh‘èŒ 4 $oY­/u‘ ö@¬6s)s?ur Ïä!$tãߊ ÇÍÉÈ

 

 

 

 

“Ya Tuhanku, jadikanlah Aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan shalat, Ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.” (Surah Ibrahim : 40)

 

Saya tertanya-tanya. Kenapa perlu dihafal? Saya kan masih budak-budak? Saya belum bersedia!

 

Abang Hafiz kata; “Suatu hari mustahil tak kau ada anak?”

 

Barulah saya mendapat idea. Setiap tindakan saya hari ini, setiap apa yang saya pelajari hingga hari ini, saya sedang melakar sejarah untuk anak-anak(bakal) saya tatapi dan contohi kelak!

 

 

 Baiti Jannati

(Sekadar gambar hiasan)

 

 

 

 

Ya Allah kurniakanku hiasan dunia yang terbaik disisimu buatku..

Amin Ya Allah..

 

—————————————————————————————

 

Mungkin harapan hatiku adalah sekuntum mawar berduri yang mampu melahirkan benih-benih yang subur dan mampu bertebar luasnya (menyebarkan dakwah) lalu mewujudkan pohon  baru yang lebih kukuh(golongan mujahid Islam). Cukup penting peranan sekuntum mawar itu dalam mewujudkan pohon-pohon lain, perlulah ia harum mewangi dan subur mekar indah agar dapat ia menghasilkan benih-benih lebih baik darinya. Namun, adakah mawar itu sudahku temui? Apakah mawar itu sudi membiarkan kumbang ini menjadi agen pendebungaannya? Jawapan yang sukar untuk ku perolehi.

 

Hakikatnya, ku tahu bahawa sukar untuk kumbang itu menemui mawar seumpamanya, yang pernah membiarkan harumannya dihidu untuk seketika. Sudah tentu haruman itu membuatkan kumbang itu terpikat dan ingin mencicip manisan sekuntum mawar itu. Tapi, perlulah ia mendapat keredhaan mawar itu sendiri agar ia tidak dilukai duri-durinya yang jelas tajam dan mampu melukakan. Kumbang terus menanti. Pelbagai sangkaan hadir dalam benak si kumbang, apakah mawar itu benar-benar subur? Adakah ia belum lagi menerima kumbang lain untuk mendekatinya? Adakah kumbang itu layak untuk mawar seindah itu?

 

Sangkaan demi sangkaan hadir menyebabkan si kumbang hampir berputus asa untuk cuba terbang megah mengelilingi kuntuman itu. Akhirnya, si kumbang membuat keputusan untuk mengambil helaan nafas seketika dan hinggap di sebatang pohon kayu yang agak usang. Di situlah ia bertemu seekor lagi kumbang yang nampaknya lebih berusia darinya.

 

“ Mengapakah kau kelihatan agak runsing wahai saudaraku?”

 

“ Bagaimana kau dapat membaca fikiranku?”

 

“Sesungguhnya raut wajah itu pernah menopengkan wajah yang kau tatap ini”

 

Inilah seni kehidupan..

Bersambung..

—————————————————————————————

 

6 Responses to Episod 22 : Sebuah Cerita; Seni Hidupku, Generasi Harapan

  1. amiratul nadiah berkata:

    salam..
    akmal, walaupun aku x paham ape yg terjadi..
    tp aku harap ko tabah utk hadapi semua dugaan yg mendatang ye..(^_^)

  2. amierwan berkata:

    teringat sms lama daripada…

    seorang sahabat lama yg setia ;

    “Bila dikau letih dan hilang semangat dalam kemanisan amal, Allah tahu betapa engkau telah mencuba sedaya upayamu, bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu dalam kedukaan. Allah mengira setiap titisan air matamu, bila engkau merasakan hidupmu kesunyian, dan masa telah meninggalkan, ingatlah Allah masih setia disisimu…”

    seorang ‘hiasan dunia’ yg didamba

    “Indahnya dunia hanya sementara
    Indahnya cinta hanya seketika
    Indahnya mimpi kadang2 tak pasti
    Tapi indahnya iman ia kekal abadi”

    seorang ‘mentor’ yg ceria

    He who knows much about others may be learned, but he who understands himself is more intelligent. He who controls others may be powerful, but he who has mastered himself is mightier still” – Lao-Tsu

    Stay FOCUS..you only live once.

  3. ibnurashidi berkata:

    salam ziarah..

    apa khabar?smga enta sihatlah yer..Iman tidak boleh dijual beli..juga tidak boleh diwarisi..

  4. ija berkata:

    “Aku minta kepada TUHAN setangkai bunga segar,
    DIA beri kaktus berduri.
    Aku minta rama-rama,
    DIA beri ulat bulu, kecewa…
    namun kemudian,
    kaktus itu berbunga indah sekali
    dan ulat itu menjadi rama-rama yang cantik”.
    itulah jalan TUHAN,
    indah pada masanya,
    DIA tidak memberikan apa yang kita harapkan,
    tetapi DIA memberikan apa yang kita perlukan.
    Kadang-kadang kita sedih,kecewa,terluka,tapi jauh di atas,
    DIA mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita…

  5. kakkamilah berkata:

    congrates kim..coz diberi petunjuk utk m;jd seperti skg:)

  6. ain kot berkata:

    i’m proud of u.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: