Episod 20 : Pudarnya pesona bahasa ibunda

 

Saidina ‘Ali as berkata:

 

“Orang yang menuntut ilmu adalah bagaikan seorang pejuang di jalan Allah.”(Bihar al-Anwar, jilid 1, hal. 179)

 

Sewaktu menunggu ceramah disciplinary briefing di UIA, saya ada berbual dengan seorang sahabat yang kebetulan dia ketika itu terlambat, mengambil tempat untuk duduk di sebelah saya.Dia merupakan pelajar jurusan dentistry, jarang-jarang untuk terjumpa dentistry student di UIA ni lebih-lebih lagi majoriti dalam bidang kejuruteraan. Sambil-sambil berkenal-kenal, kami berbual dan menyentuh isu bahasa dalam negara ini. Setelah lama berfikir, saya sudah bersedia untuk menulis hari ini!

 

Memang tidak dinafikan, bahasa Inggeris atau ramai memanggil sebagai Lingua Franca itu sangat penting lebih-lebih lagi bahasa ini digunakan dengan begitu meluas sekali. Tetapi pada pandangan saya sendiri, dengan meletakkan pembelajaran matematik dan sains dengan platform bahasa Inggeris membawa kesan yang negatif pada pelajar sendiri. Memang pada asalnya niat untuk meningkatkan kemahiran berbahasa itu adalah begitu baik, namun kaedah yang dijalankan ini tidak betul dan boleh melenyapkan bahasa kita dari aspek istilah-istilah sains dan matematik dalam bahasa melayu. Suatu hari, kita akan lihat istilah-istilah ini akan hilang dari kamus bahasa Melayu, kerana bahasa kita telah dijajah. Benarlah kata sahabat saya dari Darul Quran jurusan pergigian itu, Malaysia tidak mempunyai identiti dalam bahasa.

 

Saya masih ingat lagi,sebagai batch yang pertama mengambil pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris, kami mengalami kesukaran terutamanya istilah yang begitu jarang dijumpai. Keadaan ini bukan sahaja mengundang masalah kepada yang kurang arif dalam bahasa Inggeris, tetapi yang sudah masyi turut terkena tempiasnya. Kami terpaksa membawa buku rujukan sains dan matematik, dalam masa yang sama membawa beban  kamus bahasa. Di samping itu, keadaan ini turut membawa masalah kepada guru-guru yang sudah lama mengajar dalam bahasa kebangsaan, tiba-tiba terpaksa pula mengajar dalam bahasa Inggeris, nak tak nak. Kalau sengaja nak teruskan mengajar dalam bahasa kebangsaan, tak boleh pula kerana peperiksaan tetap dalam bahasa inggeris, guru-guru ini juga dibayar gaji untuk bercakap dalam bahasa Inggeris! Kesudahannya, kualiti pelajar-pelajar yang cekap matematik dan sains tidak seramai kualiti pelajar-pelajar dahulu kerana virus bahasa ini, terpaksa bergantung lebih melalui sesi P&P.

 

Menurut pendapat bekas Perdana Menteri ketiga, Tun Dr Mahathir sendiri menyatakan perlaksanaan PPSMI itu dilaksanakan dengan ‘kelam kabut’ tanpa tujuan yang benar-benar jelas, tanpa kajian empirikal, tanpa rujuk ahli akademik yang benar-benar berwibawa dan sebab itulah alasan bagi mewajarkan PPSMI selalu berubah-ubah. Saya sangat bersetuju pendapat ini kerana bagi saya kemahiran bahasa Inggeris bukan tidak boleh ditingkatkan melalui kaedah lain. Tambahan lagi, banyak lagi bahasa-bahasa lain yang perlu dipelajari sebagai jalan untuk meningkatkan kualiti pemikiran. Pemikiran yang mengatakan bahasa Inggeris adalah segala-galanya, benar-benar minda berbaur penjajah!

 

Baik, mungkin ada yang mengatakan bahawa dengan pembelajaran dalam Bahasa Melayu ini mengurangkan mutu pendidikan, bagaimana pula dengan satu fakta, badan berwibawa di England pernah mengiktiraf Fakulti Pergigian di Universiti Malaya walaupun pada ketika itu bahasa kebangsaan masih dijalankan. Malah, Universiti Kebangsaan Malaysia pernah mencapai tempat 187 unversiti terbaik dunia suatu ketika dahulu. Kini, kita tengok, tidak ada satu pun universiti di Malaysia yang mendapat 200 universiti terbaik dunia, sedangkan di Singapura sendiri telah ada universiti yang mendapat tempat 50 universiti terbaik dunia! Bagaimana boleh berlaku begini?

 

Sekarang kita lihat fakta negara-negara lain. Antaranya Finland, Sweden, Denmark, Jerman, Perancis, China, Jepun, Korea, Itali, Belanda, Sepanyol, Rusia juga maju dan terus maju tanpa melaksanakan pengajaran dalam bahasa Inggeris. Hatta, Russia yang kita tumpangkan angkasawan juga, Syeikh Muszaphar terpaksa belajar dalam bahasa Russia secara intensif untuk mendalami teknologi mereka.

 

Saya juga berpendapat, ramai ibubapa sekarang begitu ghairah mengajar anak-anak kecil mereka bahasa Inggeris dengan begitu mendalam adalah tidak wajar. Memang benar, banyak maklumat, bahan-bahan, permainan kebanyakannya ditulis dalam bahasa Inggeris untuk kanak-kanak, tetapi bagi saya ibu bapa sendiri boleh mainkan peranan untuk menerangkan kepada mereka. Bukankah sifat kanak-kanak sentiasa tertanya-tanya menyebabkan mereka berfikir banyak? Kanak-kanak juga boleh mudah terdedah dengan budaya kuning yang melalui media menerusi rancangan kartun rancangan aksi-aksi yang memang kebiasaannya tidak akan sah kalau tidak ada budaya negatif. Bukankah satu kelebihan jika kanak-kanak ini tidak faham? Mereka pasti akan kurang terpengaruh. Rakyat negara ini sepatutnya ada rasa malu kerana kita sendiri telah membunuh bahasa kita sendiri sebagai bahasa prioriti!

 

Saya bukanlah menulis entri kali ini sebagai menafikan kepentingan bahasa Inggeris. Saya sendiri belajar di UIAM, begitu ditekankan penguasaan dalam bahasa Inggeris. Belajarlah apa bahasa sekalipun dengan sebanyak-banyaknya kerana ini akan meluaskan pandangan, meluaskan ilmu. Banyak lagi buku-buku yang tidak diterjemahkan. Cuma sebagai seorang blogger, saya melihat perkara ini dari sudut seni, kita sewajarnya mempertingkatkan lagi penguasaan bahasa negara. Perlaksanaan pendidikan yang dalam bahasa Inggeris menjatuhkan mutu bahasa kita yang suatu ketika dahulu pernah menjadi Lingua Franca juga pada era kesultanan Melaka. Kemahiran bahasa Inggeris ini boleh dipertingkatkan melalui pelajaran Bahasa Inggeris sendiri. Wallahua’lam

 

 

Terima kasih Syafiq,

Salam perkenalan,

Salam ukhuwwah.

 

***************************************

 

Alhamdulillah, hari ini saya beli kamus elektronik BESTA versi yang terbaru,

disertakan sekali dengan kamus bahasa arab. RM698.00.

Sedih juga exempted dalam bahasa arab, seolah-olah

tak perlu belajar lagi bahasa arab di UIA ni. Mulakan langkah belajar sendiri!

J

 

***************************************

 

9 Responses to Episod 20 : Pudarnya pesona bahasa ibunda

  1. amiratul nadiah berkata:

    salam..ni entri ke 20 kan??nape tulis 21..kan sblm ni 19..juz remind u..
    btol la ckp ko tu..tp nk wat cane..english sedang menguasai dunia..
    so, utk jd maju n menguasai dunia, perlulah kuasai bahasa ni dlu..
    tp bahasa arab is da best language!hoho..

  2. senikehidupan berkata:

    ehm..tau… entri ke 20 kat UIA.. dlm pc.. tak sempat nak post..

  3. amierwan berkata:

    very well quoted..opps maaf. terguna bahasa inggeris pula.

    entri yg sangat baik. Bahasa Inggeris penting tapi jangan terlalu dipentingkan sehingga menyusahkan adik-adik kita di sekolah rendah.

    p/s :-nanti abg nak hantar anak abg masuk sekolah Cina. Biar dia mahir bahasa mandarin. tambah nilai. hehe.

  4. budakoren berkata:

    em that a nice article,saya anda merupakn antara yang boleh membwa perubahan pada malaysia,namunmasih ada satu perkara yg bermain dalam fikiran saya iaitu bukankah dalam hadis nabi mengatakan seharisnya kita mempelajari bahasa musuh kita,so what your comment?….ok chow dulu

  5. amiratul nadiah berkata:

    owh yeke..huhu..okai!haha

  6. amin berkata:

    wah hakimmm… chayok! aku pun tak tepikir.. anyway congratez!
    bila pikir2 balik betul jugak kan.. cuba tengok balik sistem yg
    malaysia buat ni.. asyik2 dok nak mantapkan bahaso ongputih..
    cuba la kalo kat uni(bertaraf antarabangsa) tu buek abis2 bahasa melayu ke,
    baru la nampak klass, ade identiti masyuk!! for example, kat negara ni sendiri
    kan dah ade cina dgn india.. org2 dr negara india&china pun boley tertarik nak ke
    malaysia ni pastu blajar bahasa melayu kte, sbb bangsa diorg sndiri ade kat
    sini! barula tiba suatu masa nnt bahasa melayu pun dah terknal! fuh..
    okeh, teruskan blogging, aku nak tgk pkmbangan ngko ekk…🙂

  7. senikehidupan berkata:

    amie- opsss kena tukar balik ke entri 20, entri yang nak letakkan tu tak jumpa laa… =(
    abg hazwan-thx..
    farez(budak oren)- hm…betul tu, hadis tu diterangkan dengan maksud penuh, “Belajarlah bahasa musuhmu, jika kamu ingin menakluk dunia” tapi riwayat hadis tak dapat dipastikan.. memang kena belajar bahasa asing, tapi kita tak boleh ketepikan bahasa ibunda…
    amin-yup, aku stuju, tak pulak tulis kat sini pasal cina & india.. good idea =)

  8. amiratul nadiah berkata:

    argh..akmal..
    aku kene improve english aku..
    da msuk cni baru aku taw betapa kurangnya english aku..huhu..
    aku terpaksa wat demi cita2..
    bukan sebab x cintakan bahasa melayu..
    but i have to..huhu

  9. pemikir_islam berkata:

    english?what’s that?it’s an animal or what?hahahaa…if u want excel in your study,u do not have any short cut.u have to learn anything..english,math,islamic studies or another else…so,gud lux in your study!!for all my beloved friends out of there,dont forget our mission to graduate together…ukhwah fillah abadan abada…..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: