Episod 19 : 1001 Kenangan, pintu itu ditutup

Sabda Rasulullah:

 

“Tidak akan berganjak kedua-dua kaki seorang hamba di hari kiamat
sehingga ditanya tentang empat perkara;
Tentang umurnya ke mana dihabiskan?
Tentang masa mudanya ke mana dihabiskan?
Tentang hartanya dari mana hasilnya dan ke mana dibelanjakan?
Tentang ilmunya apa yang diamalkan dari ilmu itu.”

Riwayat At-Tabrani

 

Dalam mencari erti hidup, setiap manusia mengalami jatuh dan bangun. Beginilah pada diri saya. Saya mengerti bahawa apa yang saya belajar hari ini, kejayaan itu tidak mengajar saya, tetapi kegagalan itulah yang menghidupkan saya. Cuti selepas SPM atau orang Jelai kata menganggur, bukanlah satu masa yang sekejap. Cuti-cuti inilah yang mengukur pada tahap mana kita letakkan diri kita, samada dibuai gelombang dunia yang mengasyikkan ataupun mentarbiyah diri kearah kebaikan. Ramai yang memilih jalan keseronokan kononnya melepaskan gian yang ditanam sejak terseksa dengan musim peperiksaan yang penuh dengan bebanan dan tugasan kerja sekolah. Namun berapa ramaikah yang mengorak langkah, dunia lepas SPM inilah dunia makrifah kepada Allah? Semoga saya sendiri tergolong dalam kalangan ini..

 

Esok, tibalah pintu gerbang cuti ini ditutup. Saya memulakan perjalanan baru, yakni hidup dalam suasana universiti. Sebelum saya menutup pintu 1001 kenangan ini, tergerak hati saya untuk menulis dari lubuk hati saya tentang suasana di daerah pengangguran itu.

 

Beberapa hari selepas tamat peperiksaan SPM, saya telah mula mengikuti program jaulah tarbawi ke utara bersama-sama 7 orang sahabat yang dibawa oleh senior-senior kami sambil pembentangan bahan tarbiyah. Pengalaman ini membawa pengertian kepada saya, membugar ukhwah sebelum bermulanya perpisahan antara kami lantaran berpisahnya kami dari sebuah institusi yang menyatukan kami. Tetapi akhirnya keeratan yang dijangkakan kukuh sebaliknya menjadi samar-samar. Adakah ini berpunca dari kelalaian kita? Kenapa..kenapa..

 

(Ya Allah.. mengapa saatku menulis ini mengalir kilauan yang membasahi pipi?)

 

Bermulanya era nafsi-nafsi. Masing-masing dipisahkan. Ada yang menyertai PLKN, ada yang memulakan kursus atau latihan bahasa. Begitu juga mereka yang memulakan era bersosial. Seorang demi seorang beralih dari landasan yang kita bina bersama. Mudah sekali hal ini berlaku, walaupun antara kita menyuruh perkara yang makruf melarang yang munkar sewaktu di sekolah. Adakah hijrah seperti  itu dibanggakan?  Ingatkah pada masa yang telah ditaklifkan pada jiwa masing-masing?

 

Satu perkara yang paling saya sedih, gigantic project, majalah ‘Ruhul Jadid’1, tahukah sahabat-sahabat, majalah ini gagal diterbitkan? Bagi saya kegagalan ini sangat mempengaruhi masa depan projek integrasi antara sekolah. Pada awalnya, pergerakan majalah ini sangat memberangsangkan, namun pada tengah-tengah, antara kita berada dalam keadaan begitu sibuk tanpa khabar menyebabkan tugasan yang diberikan tidak menepati pada tarikh yang dijadualkan. Sehingga pada akhirnya, keadaan begitu darurat, maka perintah kegagalan telah disuarakan. Saya seolah-olah cermin yang tercalar antara kedua-dua buah sekolah yang digabungkan untuk hasil kerja ini. Namun, saya akui masa yang lalu biar berlalu.

 

Namun kegagalan dan kesedihan yang saya kecapi ini begitu mengajar saya, untuk mengorak langkah lebih kehadapan. Saya amat mengimpikan sahabat-sahabat yang telah lama terpisah ini kembali menggelorakan kembali ukhwah yang pernah terjalin suatu ketika dahulu.

 

Sekali Ruhul Jadid gagal, bukan bermakna akan gagal selamanya. Perancangan ini bukanlah semudah yang disangka kerana melibatkan guru-guru, alumni, dan BADAR2 sekolah. Belum lagi aspek perbelanjaan yang dirancang. Tetapi impak yang mampu dibawa, majalah ini mampu menyedarkan sekolah agama seluruh negara untuk mencuba bersatu dalam qiadhi dalam menghasil sesuatu projek. Tambahan lagi, kesatuan guru-guru dan badan dakwah antara sekolah dapat dibentuk. Bukan hanya seperti yang biasa diamalkan, sekolahku tanggungjawabku. BADAR yang ditauliahkan untuk membimbing pelajar-pelajar dari aspek rohani mampu bergerak lebih kuat dengan integrasi qiadhi antara sekolah-sekolah. Itulah sebabnya majalah ini langkah permulaannya!

 

Terima kasih ya Allah kerana memilihku ke UIA. Selamatkanlah diriku dari ujian yang berat. Jauhilahku dari api pengaruh yang melemahkan mawaddah kepadamu..

 

*1 Sila rujuk entri Episod 6, Ruhul Jadid

 

*2 Badan Agama Dakwah Akhlak dan Rohani

 

2 Responses to Episod 19 : 1001 Kenangan, pintu itu ditutup

  1. nuurhakeem berkata:

    welkam to a new world…
    a whole new world…
    a new fantastic point of view..

  2. amierwan berkata:

    selamat jalan akim

    semoga ALlah melindungimu..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: