Episod 18 : Perjalanan mengenal fitrah

Bot yang kami naiki sewaktu merantau ke Penang

 

 

 

“Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya).” (Surah Al-Mulk : 15)

 

Setiap orang sentiasa memerlukan ketenangan dalam hati. Mencari ketenangan hati itu bukanlah sukar, kerana memang bagi setiap racun yang telah Allah jadikan pasti ada penawarnya. Bagi hati, diciptakan-Nya kesusahan, kesempitan dan kegelisahan. Subhanallah, ada hikmahnya dijadikan sedemikian andai kita berfikir. Kerana ini, manusia memulakan perjalanan fitrahnya!

 

Fitrah itu berasal dari kata arab yang membawa pengertian suci. Manusia tidak boleh lari dari keadaan ini, salah satunya mengakui dengan adanya tuhan yang mentadbir, menciptakan alam. Allah adalah Tuhan yang menciptakan manusia. Sudah tentu Allah yang paling mengetahui tentang manusia. Oleh karena itu, agama Allah adalah agama yang paling lengkap dan paling sesuai dengan fitrah manusia atau keadaan asal dalam diri manusia. Diri manusia terdiri dari empat unsur, yaitu fisikal, akal, nafsu dan hati. Hati atau ruh manusia dibekali dengan perasaan bersamaan dengan lahirnya tubuh fisikal. Islam itu indah karena agama Islam sebenarnya sangat sesuai dengan fitrah manusia yaitu sesuai dengan perasaan hati manusia. Apa yang disetujui oleh hati kita, itulah yang diperintahkan oleh Allah. Apa yang tidak disetujui oleh hati kita, itu jugalah yang dilarang oleh Allah.

 

Bagi darah muda, memang secara pastinya ramai diantara kita yang sering berusaha untuk memuaskan hati terutama pada waktu-waktu lapang. Apa yang saya maksudkan memuaskan hati itu adalah hobi. Tetapi kita tidak fikir, apakah sebenarnya yang kita maksudkan hobi ini? Tidakkah kita yang kononnya baru sebentar tadi melakukan aktiviti yang kita suka hanya berhenti setakat kepuasan hati? Sebenarnya yang kita tidak sedari adalah kepuasan hati kita yang kita temui itu adalah fitrah, iaitu dengan satu cara kita mengenal tuhan!

 

Saya ambil beberapa contoh, andaikata ‘Ali’ seorang yang begitu minat mendaki gunung. Setelah beratus-ratus gunung yang didakinya, adakah yang dia peroleh ketulan-ketulan tanah di gunung? Adakah bongkah-bongkah batu yang diinginkannya? Adakah hatinya sekadar gembira berjaya menawan Gunung Everest kononnya? Pada hakikatnya apa yang ditemukan adalah bagi hatinya satu kepuasan kerana secara fitrahnya dia dapat mengenal sesuatu yang dicipta oleh Al-Khalik, Maha Pencipta untuk mewujudkan satu kesejahteraan. Dari kesejahteraan inilah, kita dapat mengenal, As-Salam, Maha Sejahtera. Dengan mendaki gunung yang tinggi, terasa pula ada yang lebih tinggi, Dialah, yang Maha Tinggi, al-aliyyu

 

Mungkin ada yang mengatakan bagaimana pula bagi mereka yang minat mengumpul setem? Ya setem itu adalah ciptaan manusia. Manusia pula memang dijadikan satu fitrah, sentiasa mencintakan keindahan dan kecantikan. Bukankah Allah itu indah dan sukakan keindahan? Dari sini pula anda akan mengenal siapakah Al-Jamil!

 

Baik, sekarang orang boleh beri alasan, bagaimana pula orang yang mencintai maksiat, hiburan yang melalaikan dan sebagainya? Maka dari keadaan ini sudah lari dari maksud fitrah sebenar, tetapi ianya adalah dikategorikan sebagai nafsu. Nafsu itu memang sukakan kejahatan selagi didorong oleh syaitan. Maka dengan nafsu yang tidak terjaga itulah kita lupa dari mengenal siapakah dia Al-Muhsi, yang maha membalas amalan.

 

Sebenarnya, inilah antara hikmahnya apabila kita merantau di muka bumi Allah tercinta ini. Apabila kita meninjau variasi ciptaan indah inilah timbul ketenangan yang menakjubkan. Setelah berhempas pulas menyiapkan tugasan, berprogram, berkerja dan lain-lain, dapatlah juga akhirnya saya merasai nikmat cuti lepas SPM. Memang tepat pada waktunya, sebelum saya masuk ke dunia universiti, saya dapat merasai ketenangan yang menakjubkan merantau bersama akhi Syukri, dan akhi Hazwan sekeluarga.

 

Kami berjalan dari Penang hingga ke Perak sambil melawat beberapa tempat yang istimewa. Antaranya Batu Ferringhi, Bukit Merah, Teluk Batik dan sebagainya. Kami turut menaiki bot, feri, beca, kuda, teksi(eheh), dan sebagainya. Ulang kembali, apakah motifnya semua ini? Bukankah kita banyak membelanjakan duit? Tidakkah ini boros? Jawapan saya tidak sama sekali, kerana pada waktu itu minyak belum naik! J eheh, gurau sahaja. Tour biasanya dilakukan sekali-sekala, dan mustahillah jika kita merantau jauh, tidak membelanjakan duit yang banyak. Disamping menghayati nikmat keindahan alam ciptaan Al-Jamil ini kita turut dapat mengecapi keselesaan.

 

 

3 Responses to Episod 18 : Perjalanan mengenal fitrah

  1. amierwan berkata:

    perjalanan mengenal fitrah, membugar ukhuwah..

    teringat kata-kata naqib dahulu

    “sekali-sekala kita pergi la ke tepi pantai melihat laut. Di kala hati menjadi sempit, kita akan merasai betapa luas rahmatNya untuk kita seluas lautan yang terbentang ”

    Sungguh tiada ruginya himmah ar-rehlah ini. 1001 pengalamnan dan iktibar yang bole kita dapat untuk membina semula iltizam baru.

    Demi meneruskan perjuangan di kemudian hari…

  2. senikehidupan berkata:

    yup.. terima kasih abg hazwan!

  3. Kebetulan hobi ana mendaki gunung dan mengumpul setem . . . Amat terasa🙂

    Inilah yang dikatakan sebagai fikir untuk zikir. Syukran. Post lama tetapi masih berharga!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: