Episod 17 : Apabila Minyak Naik Harga(updated)

Gambar ini saya ambil pada pukul 9.50 malam di stesen minyak Petronas Taman Tasik Jaya

“Dan berikanlah kepada kerabatmu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau.
Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.”
(Surah Al-Isra’ : 26-27) 
  

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan berkuat kuasa tengah malam ini, harga petrol dan diesel masing-masing akan meningkat sebanyak 78 sen dan RM1 bagi setiap liter. Ini menjadikan harga baru petrol dipam adalah RM2.70 seliter manakala diesel RM2.58 seliter. Keadaan ini mengakibatkan kos sara hidup penduduk Malaysia melambung!

 

Setelah diumumkan harga beras naik dengan begitu mendadak, rakyat Malaysia terpaksa menghadapi satu lagi situasi iaitu mereka terpaksa menghadapi situasi kos pengangkutan yang begitu tinggi. Oleh sebab yang demikian, kebanyakan harga barang di pasaran turut naik lantaran kos untuk pengangkutan melambung. Sudah tentu juga industri-industri lain juga terpaksa menerima tempiasnya.

 

Keadaan ini memang menyukarkan kita terumatamanya bagi mereka-mereka yang berpendapatan rendah. Mereka terpaksa bekerja keras lebih untuk menyara hidup keluarga. Alangkah risaunya keadaan ini jika terus berlanjutan.

 

Keadaan harga minyak yang naik ini hanyalah satu ujian kecil bagi orang yang berfikir. Ramai yang memaki-maki pemimpin, merancang membuat rusuhan dan sebagainya sedangkan itu tidak diajar dalam islam. Sedangkan kita tidak tahu asal-usul subsidi, ekonomi dunia dan sebagainya. Keadaan ini secara pastinya akan berlanjutan, itulah seni kehidupan. Turun naik adalah perkara biasa. Cuma yang menjadi satu perbezaan adalah usaha masing-masing. Mengapa manusia sentiasa menggila-gilakan hidup yang penuh selesa di dunia? Diuji sedikit, berdalil-dalil pula keluar. Kita semakin agresif.

 

Pada hari ini, saya masih 18 tahun, masih lagi panjang perjalanan dan liku-liku yang masih ghaib di masa-masa hadapan. Sekiranya usia mudia kita ini lalai dengan sifat semulajadi seorang remaja, maka sudah tentu mudah sekali kita boros. Remaja hari ini sewajarnya sudah mula memikirkan perancangan ekonomi yang sistematik, supaya mereka tidak menggunakan duit dengan sepuas-puasnya. Ramai di antara remaja kita seolah-olah menyimpan dendam membara terhadap duit sejak poket kosong. Setelah poket itu terisi, mereka menggunakan sepuas-puasnya. Inilah punca paling dominan berlaku mengapa remaja seringkali tidak mempunyai pengurusan kewangan yang memuaskan.

 

Ingatlah pesanan Imam Hasan Al-Banna;

“Saudara mestilah menyimpan sebahagian dari pendapatan saudara untuk masa-masa kecemasan sekalipun sedikit dan jangan sekali-kali saudara berlebihan dalam perkara-perkara mewah”

****************************************************

Updated 6th June 2008 8:15 p.m

 

Selepas baru dua hari diumumkan kenaikan harga minyak, ramai yang menyatakan ketidakpuasan hati dengan keadaan sebegini. Namun terdapat juga di antara mereka, datang dari entah mana yang menyatakan keadaan ini berpatutan berbanding negara jiran yang kadarnya harga minyak lebih tinggi satu liter.

 

Soalnya, kita sendiri adalah negara pengeluar minyak. Jika dibandingkan dengan negara-negara pengeluar minyak yang lain, kita boleh dikategorikan negara yang paling tinggi harga minyaknya. Negara lain seperti Thailand, memang tidak dinafikan lebih tinggi harga minyak, tetapi negara tersebut tidak mempunyai tol berbanding dengan negara kita.

 

Implikasi keadaan ini, seluruh negara mungkin akan menghadapi masalah kenaikan harga yang tidak terkawal, termasuk berita yang saya dengar tadi, iaitu sektor pengangkutan awam pula mengada-ngada menaikkan tambang. Akan datang elektrik pula yang akan naik. Belum tahu lagi apakah yang akan naik lagi selepas beras, gula, tepung dan sebagainya. Cukai-cukai belum lagi. Inilah hakikat dilema Malaysia yang kita kena hadapi.

 

Saya tidak bermaksud untuk menentang, cuma sebagai satu saranan dan nasihat terhadap rakyat Malaysia, ini adalah ujian yang menguji kita yang sentiasa alpa dan separa sedar. Jangan sekali-kali mengambil kesempatan untuk menaikkan harga andai kita berniaga, walaupun anda tidak khuatir langsung dengan Akta Kawalan Harga yang telah sedia ada. Biar kita sama-sama hadapi keadaan ini. Sekarang tibalah masanya untuk memulakan penjimatan dan perancangan kewangan yang lebih sistematik.

 

****************************************************

 

 

 

3 Responses to Episod 17 : Apabila Minyak Naik Harga(updated)

  1. azim hamir berkata:

    Minyak minyak..
    Rakyat Malaysia nampaknya segelintir tidak dapat menerima perubahan dengan baiknya. Pada hakikatnya kita patut bersyukur kerana masih lagi mendapat harga minyak yang boleh dianggap berpatutan kalau nak dibandingkan dengan negara2 jiran. Sepatutnya Pak Lah naikkan sahaja harga minyak bagi kenderaan luar negara, bukannya hanya sekitar 50 km dari sempadan. Kalau kereta Singapore isi minyak di Kuala Lumpur dengan harga yang sama seperti kereta tempatan mana nak untung. Barulah dia orang takut sikit nak isi minyak kat Malaysiaku ini. Jadi, bagi kita yang muda-muda, ni fikir-fikirkanlah macamana nak sahut cabaran kerajaan dalam kes minyak.

  2. amierwan berkata:

    Akan tiba satu masa nanti kita akan kembali menggunakan cara lama-BERBASIKAL! percayalah.

  3. senikehidupan berkata:

    hehe…yeke?? saya nnt naik sampan je..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: