Episod 16 : Tarbiyah Seorang Abang; Mari Ke KLCC!

“Maka, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya dengan melihat kesan-kesan tersebut – mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada.” (Surah Al-Haj : 46)

 

Hari ini menyelusuri kota menara berkembar bersama adik, Anwar. Saya ke sini untuk membeli buku-buku multimedia, sambil tu, saya ada matlamat lain. Inilah ceritanya!

 

Baik, sebenarnya saya hanya berdua dengan adik, sebagai satu langkah untuk membuka mindanya dan mengkaji serba sedikit tahap metakognitif mindanya. Yup, masih dalam umur 13 tetapi, masih tidak memecahkan lagi, tahap minda sedar yang patut ada selepas mencecah umur 12 tahun. Mana taknya, inilah kali pertama adik saya ini dibawa berjalan! Pergi ke Seremban pun belum pernah jalan sendiri-sendiri, berbeza dengan abangnya ini, sejak kanak-kanak, 5 tahun lagi sudah dibiasakan dibawa berjalan oleh saudara mara walaupun nakal sangat J. Baik, ini adalah satu kesimpulan metakognitif minda kanak-kanak;

 

Kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun adalah satu tahap di mana proses minda mereka hanya menerima maklumat, ataupun sami’na wa ato’na (kami dengar, kami patuh). Maknanya setiap kali apa-apa yang kita sebut, mereka tidak banyak berfikir samada perkara itu benar atau tidak. Pada umur 7 – 10 tahun pula, ada tanda-tanda untuk membezakan baik dan buruk, walaupun tidak menganalisa dan membuat inferens dengan tepat. Pada umur  4-10 tahun bagi saya keadaan ini amat tidak sesuai dibawa menonton siri televisyen yang seram. Yup, tahu tak kenapa? Sebabnya, hantu@setan@jin adalah ghaib selagi Allah tidak membuka hijab. Dengan menjadikan segala yang ghaib itu menjadi sesuatu yang divisualkan, ini boleh menyebabkan kanak-kanak boleh dilanda trauma! Sama seperti saya sendiri sewaktu kecil-kecil dahulu sentiasa terfikir-fikir wajah yang menakutkan tersenyum-senyum muncul sebelum saya tidur!

 

Apabila masuk umur 11-12 ini adalah satu fasa kearah kematangan, walaupun masih mula mengenal dunia menganalisis dan sebagainya, mereka masih perlu dibimbing dengan lebih kerana fasa baligh semakin hampir. Kanak-kanak perempuan biasanya matang lebih awal berbanding lelaki. Bagi mereka yang telah baligh awal, maka hormon pun sudah mula bertindakbalas. Pada ketika ini, kematangan itu sudah mula membuah!

 

Sekarang ini yang paling penting perlu digarapkan adalah tindakbalas mereka. Ramai yang menganggap dengan membawa keluar berjalan-jalan adalah satu cara yang mempercepatkan kematangan kanak-kanak. Memang saya tak nafikan sepertimana yang saya lakukan pada adik saya sendiri. Tetapi, elok juga jika uji kanak-kanak ini dengan mendidik mereka bijak memilih, contohnya menyuruh mereka membuat pilihan untuk pakaian-pakaian, kasut, beg dan sebagainya, bukan ibubapa yang memilih. Sekiranya ini berterusan, mereka menjadi tidak pandai memilih, seperti adik saya tadi, masih lagi memakai baju KIKO yang mak saya belikan hari raya 2 tahun lepas J

 

 

Banyak lagi sebenarnya proses untuk mendidik. Sekarang, tibalah masanya untuk saya sebutkan peranan adik-beradik, sepertimana saya dan adik saya tadi. Kebiasaannya anak bongsu, lebih mengikuti abang atau akak atasan mereka. Setiap tindak-tanduk abang-abang kebiasaannya dicontohi, cuma dalam sesetengah keadaan, ada juga yang tidak mengikut, terutamanya, ingin melampaui kemahiran sedia ada pada abang atau akaknya. Ini adalah satu usaha yang saya cuba letakkan pada adik saya. Saya lihat, penghafalan dia terhadap Al-Quran adalah lebih tinggi berbanding saya. Perempuan selalunya lebih berperanan dan merasakan lebih bertanggungjawab menjaga adik-adik. Hal ini kerana sifat keperempuanan yang ada. Lazimnya, ramai pasangan-pasangan yang sudah berkahwin, inginkan anak lelaki sebagai anak pertama bukan? Eh, anak perempuan ok apa?

 

Ibu bapa memang biasa mengawal tingkahlaku anak-anak kecil mereka. Untuk menjadikan usaha pentarbiyahan ini lebih terlaksana, maka adik-beradik juga perlu menunjukkan tauladan. Bukan setakat itu, malah perlu tunjukkan kasih sayang yang lebih. Adik beradik perempuan kebanyakan yang buat seperti ini, contohnya memberi hadiah, belanja makan, tulis mesej, wish birthday sedangkan saya akui sendiri sebagai seorang lelaki, saya tidak pernah buat demikian! Dengan perkara sebegini, adik pasti akan rasa dihargai, lama-kelamaan, kekuatan hubungan antara keluarga itu semakin rapat.

 

Wallahu a’lam

 

 

*****************

 

Tentang multimedia?

 

Alhamdulillah, hari ini saya dah dapat pelbagai maklumat

di KLCC tadi terutamanya tentang multimedia. Saya membeli

sebuah buku Dreamweaver CS3 RM150.00

Semoga dapat dimanfaatkan

 

 

Actionscript ditangguhkan dulu

 

4 Responses to Episod 16 : Tarbiyah Seorang Abang; Mari Ke KLCC!

  1. mohammad firdaus bin muhammad berkata:

    eh mal,ko pegi jln2,xajak aku kn?aku tgh borg duk umah ni…..huhu.xpe r…bku yg ko bru bli 2,aku dah abis bce dah…bgus bku 2,bnyk manfaatnye…bku yg ko tgghkan dlu pun,aku dah abis bce…hahahahahahahahahahahahaha……….aku nak bce bku cm2??tggu siti nurhaliza wat album la mal….hahaha..xmemasal je…

  2. amiratul nadiah berkata:

    akmal..x bek r ko kate adik ko cmtu..die budk baik la..ikut je pilihan mak..huhu..ala nnt die pndai r tu..adik ko tu sebaya r ngn adik aku..tp die da pndai pilih bju sendri r..haha..ish kalo da mls nk membace tu ckp je la..x yah la nk tggu siti wat album lak..xmemasal je..huhu..

  3. rahim berkata:

    bro, adik kau mmg camtu ye perangai…. tarbiyah banyak sikit kat dia..

  4. Farteen berkata:

    sian ko nuar..ahah!tabaik uuh abg akeng..kejam!hahah!kire nuar tu untung gak la..dpt abg haziq yg fashionable..abg akeng yg pndai agme..kak zaiti yg pndai.kire best la tuh!haha..well..kim salm kat sume:D

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: