Episod 15 : Program – Fokus

Sabda Rasulullah:

“Agama itu nasihat”. Kami bertanya; “Bagi siapa?” Ia bersabda : Bagi “Allah dan bagi kitabNya dan bagi rasulNya dan imam-imam kaum muslimin dan bagi orang ramai mereka” (Riwayat Muslim)

 

Kali ini, saya masih setia berprogram, mungkin satu program yang terakhir buat saya sebelum menjejakkan kaki ke Universiti Islam Antarabangsa, Inilah dia, program ‘Kem Remaja Muslim’. Saya secara tidak sengaja dipilih untuk menyertai program ini sebagai fasilitator, mengisi ruang sebagai pengalaman pertama program yang saya sertai bawah anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA). Program ini diadakan di Kolej UNITI Port Dickson, bertarikh 23-25 Mei 2008. Majoriti peserta adalah dari SMKA Pedas sendiri, begitu juga fasilitator, sebagai alumni. Peserta muslimin dan muslimat diasingkan keseluruhan program kecuali sesi ceramah.

 

Saya sebenarnya ada program lain yang saya jadualkan untuk minggu ini, tetapi dari sudut fiqh aulawiyatnya, program ini adalah lebih perlu diutamakan. Namun begitu, masa yang saya luangkan di sini begitu menguntungkan saya, seolah-olah berada di bawah modul akhi Hazwan Mohd Nor, program yang menyuruh saya menjadi FOKUS!

 

Ya, hampir keseluruhan program ini mempunyai aktiviti menarik yang melibatkan kepentingan ketelitian dan fokus. Semua dilarang memasukkan kedua-dua belah tangan ke dalam poket, letak di belakang, dan berpeluk tubuh. Arahan ini bukan hanya untuk peserta tetapi fasilitator pun kena, untuk kelancaran program ini dengan lebih adil. Barangsiapa yang secara tidak sengaja melakukan larangan tersebut sekiranya diperhati, mereka akan didenda pumping (ketuk ketampi) 5x. Yup, saya sendiri pernah terkena J.

 

Pada hari yang pertama, kami menetap di sebuah tempat yang agak eksklusif, mungkin dari asrama pelajar-pelajar UNITI sendiri. Di sini, kami tinggal dalam sebuah bilik yang mempunyai pendingin hawa. Namun pada keesokan harinya, kami terpaksa berhijrah merempuh hutan sejauh 8km ke sebuah destinasi lain untuk perkhemahan, meninggalkan bilik yang selesa. Beg-beg kami telah dieksport dengan kereta-kereta ikhwah. Walaupun bagi saya melayari hutan ini kurang mencabar berbanding hutan-hutan lain, saya masih merasakan ini satu pengalaman yang cukup menarik kerana saya ditugaskan mengambil gambar keseluruhan perjalanan dalam waktu yang sama, saya memimpin peserta-peserta bersama seorang renjer di posisi paling hadapan.

 

Antara modul yang menarik adalah War Game, peperangan belon air yang menggunakan fokus dan strategi untuk membantai pihak musuh, seterusnya merampas bendera pihak lawan. Seperti biasa, para fasilitator turut terlibat sebagai trump card bagi setiap kumpulan. Aktiviti ini dijalankan pada waktu tengah malam, supaya peserta-peserta terpaksa mengerah kekuatan minda pada tahap maksima untuk strategi yang sistematik, dari segi menyimpan peluru, penyerang dan pertahanan. Tanpa fokus pula, peserta berkemungkinan menyerang kawan sendiri.

 

Pada hari terakhir, ada lagi satu aktiviti, iaitu eksplorace islam. Saya ditugaskan sebagai checkpoint yang ke-6, untuk teka silang kata. Selesai menjawab, saya mengambil masa yang masih ada untuk mencipta modul saya sendiri, sebagai ujikaji psikologi, iaitu modul yang melibatkan fokus. Peserta diminta tutup mata menggunakan kain yang telah dibekalkan. Saya menguji satu demi satu demi satu peserta sambil dalam keadaan tidak nampak, warna pakaian sendiri, warna kasut sendiri, baju rakan sebelah dan sebagainya. Hasil ujikaji, memang ramai juga tidak fokus, hatta mengenalpasti warna baju sendiri pun ada yang gagal. Alang-alang ada waktu yang terluang inilah saya mengambil waktu untuk menulis entri kali ini sambil menunggu kumpulan-kumpulan yang lambat.

 

Terima kasih ikhwah-ikwah

 

Terima kasih akhi Hazwan

***

 

::Berita Gembira::

Semakin ramai ikhwah baru dikenal!

 

::Berita Sedih::

Quran Tafsir tertinggal T_T

 

***

5 Responses to Episod 15 : Program – Fokus

  1. amiratul nadiah berkata:

    what a good program..akmal..penat aku menelaah ko nye blog ni..huhu..crik idea utk blog aku lak..xtau pe nk tulis la..huhu..

  2. fakhri muhammad berkata:

    bermakna sungguh jika dapat turut serta dalam program…

  3. senikehidupan berkata:

    heheh.. rilex la.. banyak lagi program2 akan datang kan??

  4. nuurhakeem berkata:

    apsal nmpk gelap jer muka?
    pegi progrem ke..pegi piknik kat pd?
    hahahah!!!!

  5. afnan berkata:

    SAlam akmal ,,ana rindu anta…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: