Episod 14 : Dunia Perkahwinan Daerah Cinta Suci

“Dan diantara kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antaramu kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir” (Surah Ar-Rum:21)

 

Nabi Adam a.s. dijadikan Allah seorang diri. Walau mengalir nikmat disyurga, indah, nyaman, segar, tanpa gangguan, Si Adam tetap merasa kekurangan sesuatu. Dialah satu-satunya makhluk yang bernama manusia, merasa sepi, tanpa makhluk yang serupa dengannya. Kerana itu, beliau memohon agar dijadikan pasangan buatnya sebagai penghibur hati, penenang jiwa, berkongsi suka dan duka.

 

Maka diciptakan buatnya, Hawa dari tulang rusuk Adam a.s..

 

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Abang Zarul dan Kak Suraya yang baru sahaja menyelesaikan akad nikah di Masjid Lui Barat sebentar tadi! Semoga Allah memberkati perkahwinan kalian berdua!

 

Menyebut soal perkahwinan, saya berminat untuk membicarakan sesuatu sebagai satu introduksi. Perkahwinan ini adalah satu dari rahmat Allah sebagai sebahagian dari tuntutan agama untuk memenuhi fitrah manusia. Fitrah manusia ini adalah diertikan sebagai keperluan kasih sayang, dalam erti kata lain, cinta. Sebagai teman hidup yang mendampingi di kala gelap dan terang. Memang dijadikan Allah setiap makhluk yang diciptakan-Nya berpasang-pasangan;


” Maha Suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya. ” (Surah Yaasin : 36)

 

Saya tidak berani sebut panjang-panjang bab ini, kerana saya belum lagi melalui fasa ini J, nanti ramai pula yang komen!Lebih-lebih lagi saya ini masih remaja, masih boleh dikatakan lepasan SPM!

 

 Tadi, saya, akhi Syukri dan akhi Hazwan bersama-sama (satu kepala) meraikan majlis akad nikah ini. Bagi saya, ini boleh dikatakan sebagai satu pengalaman kerana inilah kali pertama saya melihat akad nikah versi perkahwinan ustaz dan ustazah! Seperti biasa, kalau bukan tugasan multimedia, saya akan memegang tugas cameraman, walaupun camera *ISO tak cukup tinggi. Untungnya, saya dapat lihat upacara akad ini dengan lebih dekat! Ya Allah, apa yang saya tulis ni..hehe

 

 

Selesai akad nikah, kali pertama juga saya lihat solat selepas nikah. Subhanallah, tak sia-sia juga saya saya datang. Saya melihat keadaan ini,  terfikir satu langkah membina baitul muslim dengan penuh keimanan dan ketakwaan bersama pendamping adalah amat perlu sebagai langkah menuju ke destinasi cinta yang hakiki. Bahkan mereka jualah yang bakal melahirkan generasi-generasi yang akan datang untuk menggarapkan cinta terhadap ilahi. Menyebut keadaan ini, saya terbaca satu tafsir firman Allah dalam kitab-Nya;

 

” ( Mereka diberi sebaik-baik balasan dengan dikatakan kepada mereka ): Masuklah kamu ke dalam Syurga bersama-sama isteri-isteri kamu ( yang beriman ), dengan menikmati sepenuh-penuh kegembiraan dan kesenangan. ” (Az-Zukhruf : 70)

 

Baiklah, mungkin cukup sekadar ini yang saya mampu berikan kata-kata. Saya biarkan tidak menulis banyak-banyak, hehe. Takut-takut, apabila fasa ini saya lalui kelak, tidak ada idea pula untuk menulis. Insya-Allah J.

 

*ISO : International Organization for Standardization (ISO), sensitiviti yang mengukur kelembutan imej kamera. Semakin tinggi nilai ISO, semakin jelas imej yang ditangkap. ISO berbeza mengikut jenis kamera. Mengikut kekuatan sinaran cahaya (light intensity) lagi tinggi adalah lebih baik untuk menghasilkan imej yang jelas. Jika cahaya diluar sudah cukup terang, maka flashlight tidak diperlukan. Saya lebih gemar tidak menggunakan flashlight kerana gambar kelihatan lebih asli. Flashlight akan menganggu imej seseorang yang berpeluh apabila seseorang itu berpeluh. Persekitaran yang gelap kebiasaannya memerlukan segenap tenaga untuk menangkap imej dari lensa kamera, dan mudah sekali imej menjadi blur jika berlaku pergerakan. Ya, cukuplah sedikit ilmu tentang kamera yang dapat saya beritahu.

One Response to Episod 14 : Dunia Perkahwinan Daerah Cinta Suci

  1. amierwan berkata:

    masjid lui selatan la akim, ade ke lui barat =)

    akim ni FOKUS ke x waktu kt g sane aritu.

    akim2x. sabar ye. hehe

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: