Episod 13 : Multimedia pendekatan dakwah terbaru!

“Siapakah orangnya yang akan(mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik(ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNya lah kamu semua dikembalikan” (Surah Al-Baqarah : 245)

 

Alhamdulillah, hari ini saya ke sekolah atas urusan tertentu. Saya mengecop dokumen-dokumen dan sijil saya untuk persediaan ke UIA. Sementara berada di sana, saya sempat bertanya dan berbual dengan bekas anak-anak buah grup multimedia saya, Islah Multimedia Generation(IMG). Kini ‘kami’ telah diiktiraf!

 

Perjalanan saya tubuhkan grup ini agak membuahkan hasil sekarang kerana mereka masing-masing begitu komited walaupun ketiadaan sebagai perintis grup khas multimedia ini =). Cumanya, saya agak cemburu mereka dapat ‘pegang’ makmal komputer sekolah, sedangkan usaha ini merupakan impian saya sendiri sejak di tingkatan 1 tetapi tidak berjaya, mereka pula yang dapat.

 

Perkara yang ingin saya ‘highlight’ di sini adalah, usaha saya untuk menubuhkan pasukan ini sebagai satu peringkat awal ini adalah pakar multimedia yang berpersonalitikan islam, atau saya sinonimkan sebagai pemuda mukmin yang professional adalah satu jalan dakwah menggunakan uslub qudwah hasanah. Mana tidaknya, pemilihan mereka ini sejak dari tingkatan satu saya asah, dengan syarat amalkan ‘mutaba’ah ibadah’ sebagai satu proses ciri-ciri yang perlu ada bagi setiap muslim. Pada keadaan ini, orang lain pula akan menganggap bahawa untuk  menjadi sebahagian ahli kami perlu ada syarat-syarat, dan kami tidak akan melantik senang-senang mereka yang tidak mengambil berat tentang addin! Rasulullah pernah bersabda;

 

“Barangsiapa yang tidak mengambil berat tentang umat islam, maka dia bukan dari kalangan mereka”(Al Hadis)

 

Sebenarnya memang tidak banyak pelajar yang mahir dalam multimedia dalam sesebuah sekolah melainkan sedikit. Dan tidak banyak pula dalam kalangan mereka ini mempunyai kesedaran bahawa sesungguhnya, dengan multimedia ini kita dapat lakukan sesuatu untuk umat Islam! Terutamanya usaha ini dilakukan oleh anak muda. Oleh itu, saya mengambil langkah dengan segera. Saya perlu gilapkan mereka supaya mereka dapat idea yang lebih untuk disumbangkan di tengah-tengah umat yang agak mencabar ini.

 

Kini, ahli kumpulan kami yang mencecah berbelas-belas orang ahli untuk setiap tingkatan ini dibahagikan untuk pengkhususan agar mereka lebih bekerjasama. Contohnya, saya bahagikan kepada dua kumpulan, yakni kumpulan montaj(flash) dan kumpulan grafik(Adobe Photoshop). Setiap kali ada majlis-majlis yang dianjurkan sekolah, pasukan montaj daripada kumpulan kami (IMG) pasti akan turun menyiapkan montaj. Menyebut tentang montaj, saya teringat lagi tentang montaj yang pertama setelah kumpulan ini ditubuhkan(sebelum ini saya seorang sahaja), dan impaknya begitu mengasyikkan! Lagu yang kami mainkan bersama montaj itu menyebabkan lagu ini seringkali diulang-ulang oleh pelajar kerana pada kami, dengan jalan ini kami telah membangkitkan adrenalin para pelajar! Montaj yang saya maksudkan ini adalah, montaj Maulidur Rasul, kami sertakan lagu ‘Adakah Kau Lupa’ oleh Alarme. Selain itu, sebagai contoh, minggu Sains dan Matematik, kami sertakan satu renungan setelah selesai montaj, yakni renungan imbauan sejarah para tokoh ilmuwan Islam yang menguasai ilmu sains dan matematik.

 

Bagi ‘Graphic Team’ kami, mereka pula terpaksa bekerja keras setiap minggu untuk menyiapkan Risalah Jumaat dengan membantu Lujnah Penerbitan BADAR(Badan Agama Dakwah). Mereka dilatih dengan persiapan grafik supaya kelihatan menarik untuk ditonton kepada para pembaca. Saya turut melatih mereka untuk menghasilkan anime versi Islam seperti gambar diatas(saya sertakan logo sekali di laptop itu J).

 

Sebenarnya banyak lagi kalau saya nak beritahu tentang kumpulan kami ini. Tetapi, mata saya seolah-olah ditarik oleh besi yang berat. Otak pula menyuruh mendekati mimpi yang indah. Insya-Allah, andai ada masa saya akan menulis lagi grup ini. Jika ada sebarang komen, sila tinggalkan ya!

3 Responses to Episod 13 : Multimedia pendekatan dakwah terbaru!

  1. nuurhakeem berkata:

    apa2 pun kan akim, jgn buat abg mono dgn abg anas marah yea.
    tu je.faham kan..hahahaha

  2. senikehidupan berkata:

    nta pape… macam la saya ni nakal sgt..

  3. […] Sila baca juga Episod 13 : Multimedia Pendekatan Dakwah Terbaru […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: