Episod 12 : Mengapa perlu menulis?

“Nun. Demi pena dan apa yang mereka tuliskan. Dengan kurniaan tuhanmu engkau(Muhammad) bukanlah orang gila. Dan sesungguhnya engkau pasti mendapat pahala yang besar yang tidak putus-putusnya. Dan sesungguhnya engkau benar-benar, berbudi pekerti yang luhur..” (Surah Al-Qalam : 1-4)

 

Masih lagi teringat, saya dahulu, waktu UPSR, subjek Bahasa Melayu(Pemahaman) saya dapat ‘B’ menjadikan saya 4A1B. Saya tidak tahu mengapa saya tidak langsung cenderung terhadap bahasa ibunda ini malah turut membencinya. Waktu saya di tingkatan 1 – 3 sendiri saya tidak pernah skor A dalam Bahasa Melayu, namun alhamdulillah, saya dapat A akhirnya pada PMR, tetapi subjek yang paling saya selalu skor pula, malah mendapat markah yang tertinggi dalam tingkatan 3 ketika ‘trial’ PMR, Bahasa Arab saya dapat B. Masuk pula menengah atas, lagilah dahsyat. Saya tidak pernah skor sehingga dapat markah C6 dalam BM! Dengan usaha yang tekun, saya masuk tokoh kepimpinan pelajar, saya turut serta bantu sahabat-sahabat dalam forum dan lain-lain, akhirnya, percubaan SPM saya dapat A2 dalam BM! Dan alhamdulillah, SPM sudah tentu A1. Andai cikgu Nafizah baca tulisan saya ini, pasti beliau akan tersenyum=)

Dari aspek penulisan sewaktu persekolahan, memang sudah jadi kebiasaan, saya sangat jarang dapat menyiapkan dengan sempurna terutama tugasan yang selalu cikgu Nafizah berikan. Saya sangat membenci penulisan, sedangkan saya tahu, markah yang paling tinggi dalam Bahasa Melayu adalah penulisan.

 

Tapi, akhirnya, mengapa menulis menjadi hobi selepas SPM ini?

 

*“Saudara seharusnya cekap membaca dan menulis. Saudara hendaklah membanyakkan membaca dan meneliti risalah Ikhwan Muslimin, akhbar dan majalah lainnya .Hendaklah saudara menyediakan khutub-khutub khas untuk saudara sekalipun kecil. Saudara mestilah meluaskan ilmu dan mempertingkatkan pengkhususan saudara dalam satu-satu bidang. Saudara juga mestilah memahami masalah-masalah Islamiah secara umum dengan kefahaman dan membolehkan saudara menggambarkan permasalahan itu dan menentukan hukumnya sesuai dengan tuntutan fikrah kita”

 

Saya meneliti, blog demi blog. Mereka yang menulis sebenarnya mempunyai objektif dan visi yang cukup mengagumkan. Dan saya sendiri sedar, saya menulis, pastinya membuatkan diri saya menjadi ‘alert’ terhadap keadaan sekeliling, lebih-lebih lagi bersesuaian dengan blog saya yang bertajuk ‘Seni Kehidupan’, pastinya mencari sesebuah inspirasi untuk meneruskan penulisan.

 

Sebenarnya saya sendiri pun tidak terfikir untuk menulis. Pada awalnya, saya sendiri memang memulakan penulisan untuk  menulis surat kepada sahabat-sahabat risalah islam, beserta dengan ‘design’ grafik saya😉. Saya ditugaskan untuk menguruskan risalah islam bersama dengan seorang muslimah, ‘Afifah(exSHAMS) yang dulunya memegang exco Penerbitan BADAR. Saya menegaskan dia untuk menulis, dan biarkan saya ‘design’ sepertimana yang sering saya lakukan dahulu menyiapkan ‘Risalah Jumaat’ di SMKA Pedas dengan menggunakan perisian Adobe Photoshop. Namun, keadaannya berakhir dengan membawa minat kepada saya sendiri untuk menulis.

 

Penulisan saya lebih tertumpu kepada ayat Al-Quran, Hadis, dan kata-kata hikmah sebagai intro, saya kaitkan dengan kehidupan harian menyebabkan saya sendiri menjadi tertarik untuk memahami, tadabbur quran. Begitu juga dengan hadis-hadis yang saya suka hafalkan. Sebolehnya saya tidak mahu menulis panjang-panjang, kerana saya perlukan pembaca =) Jadi, cukuplah saya tuliskan terjemahannya berserta dengan rujukan surah apa, hadis bertaraf apa dll. Wallahu a’lam. Saya mengucapkan terima kasih kerana sudi membaca penulisan saya yang tidak seberapa ini.

 

p/s : Saya tidak menulis dengan maksud/penterjemahan Quran dan Hadis yang biasa saya letak sebagai intro andai berlaku salah faham. Quran dan Hadis ini hanyalah satu jalan untuk saya membiasakan diri untuk sentiasa peka dengan ayat-ayat itu.

 

*Kewajipan Al-Akh Muslim, No 14 – Imam Hassan Al-Banna

7 Responses to Episod 12 : Mengapa perlu menulis?

  1. amiratul nadiah berkata:

    akmal..best of luck to you..aku pun minat menulis..tp mcm aku ckp kat ko..blum cukup lg ilmu utk aku kongsikan bersama org lain..cukuplah aku amik inspirasi dr blog ko..tp satu mase nnt..aku pasti akan ikut jejak langkah ko ni..insyaAllah..coz i have passion writing..so no doubt that one day i will have my own blog.hehe..akmal..teruskan perjuangan dlm menegakkan Islam..sesungguhnya Allah pasti bersana org2 yg berada di jalan-Nya..amiin..

  2. amierwan berkata:

    way to go, akim , hehe

  3. mohammad firdaus bin muhammad berkata:

    eh mal,nak menulis ke?aku klo bab tulis menulis ni,aku klo nak menulis cam ko ni,kene tulis tulisan jawi bru aku minat.klo rumi ssh ckit r.xbese sgt…hahahaha..xde r…aku akn try tulis…tapi tulis nota la mal….aku nak sambg blajr ni,doakan aku ek…aku ni malas ckit menulis,tkut effect blajar aku r…..huhu..jumpa lagi!!!!

  4. amiratul nadiah berkata:

    salam..mal..xpe..aku cam ko..minat menulis gak..kalo org yg da x minat or malas tu cakap je la..x yah la poyo2 nk tulis dlm jawi, x pun siap tkot effect blaja..huhu..akmal..chaiyok2..

  5. afnan berkata:

    keep going akmal

  6. ija berkata:

    Selamat maneruskan ranjau kehidupan… good luck=)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: