Episod 11 : Antara Bangunan Dengan Kapal Terbang

komponen elektronik dalam kapal terbang (kokpit)

 

kapal terbang contoh

 

 

“Dan infakkanlah hartamu ke jalan Allah, dan janganlah kamu mencampakkan dirimu kearah kebinasaan dengan tangan sendiri, dan berbuat baiklah. Sungguh, Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik” (Surah Al-Baqarah : 195)

 

Pada hari ini, selesai sudah saya sampai di UniKL Malaysian Institute of Aviation Technology (MIAT), untuk Karnival Aero. Kedatangan saya ke sini untuk mendapatkan secebis maklumat untuk kerjaya yang bakal saya pegang kelak, iaitu bidang ‘Avionics’ atau lebih mudah dikenal Aviation + Electronics. Namun, kedatangan saya ke sini, saya mendapatkan jawapan istikharah, ARKITEK pilihan saya!

 

Begini ceritanya. Menjadi ahli pekerja dalam bidang kapal terbang sebenarnya agak menguntungkan, tetapi untuk sampai ke tahap menguntungkan itu tidaklah semudah yang disangka. Di UniKL MIAT tadi, saya pada mulanya bergerak dahulu bersama sahabat, jiran saya ke sana sebagai mentor dan penunjuk arah saya di sini yang pada mulanya, saya berasa yakin untuk belajar di sana. Saya meneliti, bertanya dan menilai setiap keadaan, persekitaran, sosiologi dan pensyarah di sana. Saya agak tertarik, tetapi, kesesuaian kerjaya ini, untuk manusia bernama Akmal Hakim bin Abdul Khalik, tidak sesuai untuk tugas-tugas berat ini.

 

Abah, mak dan akak menyusul sampai ke sini. Saya kagum kepada mereka kerana seolah-olah menyokong usaha saya di sini. Tapi, rupa-rupanya abah menyimpan kekecewaan yang dia ingin selama ini lantaran betapa yakinnya anak ini akan menjadi seorang arkitek, lebih-lebih lagi mempunyai kemahiran terpendam untuk bidang ini. Abah tak menjelaskan sebenar-benarnya dari lubuk hatinya betapa gembiranya apabila datang surat dari UIA, untuk senibina. Tapi saya tetap menahan, menunggu keputusan dari UniKL MIAT. Sehinggalah sampai menyatakan ketidakyakinan saya untuk meneruskan kerja-kerja praktikal dalam UniKL ini.

 

“Abah tiap-tiap hari sembahyang hajat, biar Akim dapat senibina..senibina.. Dah dapat UIA, kat situ lagi sesuai untuk orang macam Akim.. Dari kecik kau banyak melukis..Tapi Akim dah dapat MIAT, nak pilih sana pulak tiba-tiba.. terperanjat abah..”

 

Saya hanya diam membisu. Bila saya muhasabah kembali, benar sekali, saya telah lari dari landasan yang telah saya lukis sebelum ini!

 

Mari kita imbau kembali sejarah islam;

 

1)      Suatu ketika Bilal menyeru dan memberi ceramah kepada orang-orang Islam. Sehingga suatu masa, datanglah Umar Ibnu Al-Khattab, memukulnya tiba-tiba.

 

“Rasulullah hanya memberikan tugas kepadamu supaya menyeru azan sahaja!”

 

2)      Sa’ad bin Abi Waqqas, antara sahabat yang awal memeluk agama Islam merupakan antara sahabat rasulullah yang begitu hebat dalam selok-belok peperangan. Namun dalam setiap kali peperangan, walaupun beliau dilantik menjadi panglima, beliau tetap di posisi pemanah!

 

3)      Salahuddin Al-Ayubi, daripada beliau kecil, beliau menanamkan jiwa dan raganya untuk menawan kembali Baitul Maqdis yang telah dirampas oleh tentera salibi. Walau beliau ditawarkan harta yang amat banyak oleh pihak musuh untuk menghentikan usahanya, beliau tetap dengan pendiriannya untuk mengambil kembali hak orang Islam itu.

 

Kejayaan mereka kerana yakinnya mereka pada tugas mereka, dan mereka mempunyai kemahiran tertentu. Maka di sini, saya asimilasikan, matlamat itu sebahagian daripada disiplin yang perlu ada bagi umat Islam! Pada keadaan ini, saya teragak juga untuk berjuang untuk ekonomi Islam, kerana peluang kerja ini cukup besar pulangan ekonominya. Tetapi, perancangan saya yang sebelum ini pula terpaksa diubah, sedang saya ada kemahiran yang boleh saya lakukan jika saya memilih senibina..

 

 Nasib baiklah, saya masih sempat membuat keputusan dengan segera, kerana UIA memerlukan keputusan sebelum 15 Mei, hari Khamis ini. Maaf Universiti Kuala Lumpur. Rupa-rupanya, Allah memakbulkan doa saya. Sengaja Dia memberikan saya tawaran kepada dua-dua universiti ini agar saya memikirkan sesuatu. Maka, apa-apa yang telah saya tulis di episod yang lalu, batallah hasrat saya untuk kerjaya sebagai seorang jurutera yang tak pernah saya idamkan sejak dahulu..=)

 

      

4 Responses to Episod 11 : Antara Bangunan Dengan Kapal Terbang

  1. amirfareed berkata:

    selamat dtg kedunia architecture…anda akan menempuh satu alam yg menarik n mencabar,sngt sesuai utk membentuk diri..insyaallah..gud luck

  2. mohammad firdaus bin muhammad berkata:

    semoga berjya mal………nt aku nak wat umah nt,aku pggl ko ek..bkn ape,tolong buat air tuk org2 wat umah aku 2…ko mmg pndi wat air la mal…..hahahahaha…gud lux!!!!

  3. senikehidupan berkata:

    banyaknye ko komen satu hari ni… banyak jugak ko baca ek… tgh online skarang eyh?? ala.. bukak la YM daus…

    eyt! buat friendster skali!

  4. amiratul nadiah berkata:

    akmal..whatever u do..juz be da best..whether it s building or an aeroplane, it still give their own benefit..and also it will give sumthing for Islam..go2 akmal!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: