Episod 10 : Nilai Ekonomi Bagi Seorang Daie

“Sesungguhnya Allah membeli dari mukmin JIWA dan HARTA mereka dengan menggantikan SYURGA. Mereka berperang di jalan Allah, sehingga mereka terbunuh,(sebagai) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan Siapakah yang lebih tepati janjinya selain Allah? Maka gembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikianlah kemenangan yang agung” (Surah At-Taubah : 111)

 

Andai satu ketika dahulu, Bilal bin Rabah berjaya mengubah dunia dengan laungan azan, sehingga kini, seluruh dunia menikmati laungan kalimah cinta itu 5 kali sehari, tidak sesaat pun laungan ini terdiam seketika. Hamba itu telah dieksploitasi Umaiyyah bin Khalaf, yang menyeksanya sehingga kembali menyembah berhala. “Ahad! Ahad!” itulah kalimah cinta hakiki yang menerobos segala tohmah dan seksaan walau nyawa di hujung cemeti Umaiyyah.

 

Kehadiran Abu Bakar untuk membebaskan jiwa ini dari cengkaman si durjana itu, kerana adanya hasil ekonomi demi kemampuannya untuk sekelumit saudara-saudara baru, seperti Bilal ini. Terima kasih wahai Abu Bakar, sejarah Bilal masih tercatat untukku contohi, bukan terhenti setakat seksaan. Andai kau lambat, pasti nyawanya ditarik dahulu..

 

Suatu ketika, dalam sebuah siri peperangan bersama Rasulullah TERCINTA, Abu Bakar sekali lagi menggunakan hasilnya ekonominya, demi perjuangan yang haq ini. Bertanyalah Rasulullah kepadanya,

 

“Wahai Abu Bakar, engkau telah menggunakan seluruh kewanganmu, apakah yang kau tinggalkan kepada anak-anak dan isterimu?”

 

“Aku tinggalkan Allah dan Rasul kepada mereka”-Abu Bakar

 

 

 

Subhanallah.. Tak dapat menahan sebak di dada mengingati dan menulis kisah sahabat ni sehingga mampu mengalir titisan sejuk di pipi ini.

 

Allah tidak melarang hamba-Nya untuk mencari rezeki bahkan Allah menyuruh manusia untuk mencari rezeki yang halal;

 

“Makanlah dari rezeki yang baik-baik yang telah Kami berikan kepadamu, dan janganlah melampaui batas, yang menyebabkan kemurkaan-Ku menimpamu. Barangsiapa ditimpa kemurkaan-Ku maka sungguhm binasalah dia”(Surah Taha : 81)

 

Rezeki ini yang dimaksudkan disini adalah ekonomi bagi umat Islam. Andainya, dengan kukuhnya kewangan umat Islam mampu mengubah sesuatu keadaan umat islam hari ini, mengapa tidak kita berusaha untuk itu? Ramai orang menganggap, dengan banyaknya harta seseorang itu, tercabutlah sifat zuhud, banyaklah masalahnya. Lebih elok menjadi sederhana, supaya tidak menjadi fitnah. Sedangkan kita tahu bahawa peperangan ekonomi sendiri telah berlaku antara agama!

 

Kalau kita rujuk isu semasa hari ini, beberapa Yahudi telah menyumbangkan berbilion-bilion peruntukan untuk penggalian ‘Kuil Nabi Sulaiman’ di Al-Quds dan berhasrat membinanya kembali. Kesannya Al-Aqsha terancam kekukuhannya, umat Islam hanya memendam rasa marah, tak mampu berbuat apa-apa. Mungkin menunggu satu kaum yang akan berusaha menyelamatkan Masjid Aqsha, sehingga keterlambatan dan kecuaian kita, dinding konkrit setinggi 3 meter pula yang telah terbina, apa pula selepas ini?!

 

Itulah sebabnya, dalam keadaan yang haru sedih, saya hanya mampu melihat sahabat-sahabat dengan penuh cemburu meneruskan pengajian di bumi anbiya’, belajar addin tercinta dan apabila kembalinya mereka ke tanah air, mendidik generasi terkemudian mengenal dan mencintai addin. Saya, Insya-Allah bakal jurutera elektronik kapal terbang akan tetap menagih cinta ilahi dengan berjuang dengan ekonomi ini. Bukanlah gaji 5 angka ini saya kejarkan, tetapi, dengan harta inilah pula saya akan lakukan sesuatu. Semoga lamaran keredhaan Allah ini diterima, andaiku tersalah langkah..

 

Ingatlah pesan Imam Hasan Al-Banna;

Saudara mestilah memberi khidmat kepada kekayaan Islam secara umum dengan menggalakkan industri dan perbadanan-perbadanan ekonomi Islam. Saudara mestilah berhati-hati benar supaya satu sen pun wang saudara tidak jatuh ke tangan orang bukan Islam walau bagaimanapun keadaan saudara. Jangan saudara pakai dan makan kecuali barang pengeluaran negara Islam.”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: