Episod 9 : Anak-Anak Tanggungjawab Ibu Bapa

“Didiklah anak-anak kamu pada tiga perkara iaitu mencintai Nabi kamu, mencintai ahli baitnya dan membaca Al-Quran. Sebab orang-orang yang memelihara Al-Quran itu berada di dalam lindungan singahsana Allah pada hari yang tidak ada perlindungan selain perlindunganNya beserta para nabinya dan orang-orang yang suci”.(Riwayat Ad-Dailami)

 

Alhamdulillah, suasana di dalam program sebenarnya tidak menghalang untuk kita mendekatkan diri kepada Allah. Baru-baru ini saya ikuti menjadi fasilitator untuk program Kem Bina Insan di Pusat Pemantapan Akidah JAKIM Jelebu,5-7hb Mei kemudian disusuli program Family Day di Port Dickson pada 7-8hb Mei. Setakat ini, walau sibuk berprogram, saya masih mampu khatamkan Al-Quran beserta tafsir sebanyak 2 juzuk lebih.

 anak

Menyebut tentang program Kem Bina Insan, untuk anak-anak sekolah rendah, saya dapati, anak-anak ini sebenarnya amat memerlukan pendekatan pelajaran tidak formal melalui ibubapa. Proses mentarbiyah anak-anak itu sangat bergantung kepada apa yang diajar pada mulanya dari peringkat keluarga sendiri. Saya sendiri dapati, terdapat juga antara anak-anak ini yang masih buta huruf, tidak mampu menyebut langsung perkataan dari Al-Quran, sedangkan anak-anak ini sudah berumur 10-12 tahun. Bila ditanya mengapa tidak boleh membaca, jawapan tidak lain. Ibu bapa sibuk!

Sikap ibu bapa yang memandang enteng tentang pelajaran kepada anak-anak ini menunjukkan satu kecuaian yang sangat besar kerana boleh jadi anak-anak ini dengan mudah terjebak kepada perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah sehinggakan menjadi orang yang tidak berguna pada masa-masa akan datang, mana tahu? Dengan hanya mengharapkan tanggungjawab guru untuk memastikan anak-anak ini terdidik adalah satu kesilapan yang besar. Guru-guru hanyalah sebagai satu alat untuk memberikan pendidikan sedangkan ibu bapa itulah yang sebenarnya yang mewarnai anak-anak mereka seperti sabda Rasulullah mafhumnya;

 

“Sesungguhnya setiap bayi itu dilahirkan dalam keadaan suci (fitrah) seperti kain putih, maka ibu bapa lah yang mencorakkannya, sama ada Yahudi, Nasrani atau Majusi.”

 

Saya tak ingat hadis ini bawah riwayat siapa, tapi kelihatan hadis ini juga bertaraf masyhur. Jadi anak-anak ini tidak boleh dibiarkan begitu, malah mereka perlu diasah dengan sifat-sifat mahmudah, mengenal rasul-rasul, malaikat, iman, ghaib dan lain-lain yang setaraf dengan umur mereka oleh ibu bapa.

 

 

 

 

 

 anak

 

“Ya Tuhanku, Jadikanlah aku dan anak cucuku orang yang tetap melaksanakan solat, ya Tuhan kami, perkenankan doaku” (Surah Ibrahim : 40)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: