Episod 7 : Kesibukan vs Keseronokan

“Sesungguhnya kebijaksanaan adalah laksana barang yang hilang dari seorang mukmin. Maka di mana sahaja ia temui, dialah yang berhak mengambilnya”-Daripada buku ‘Bahtera Penyelamat’, Fathi Yakan

Pada 19-20hb April lepas, saya dan beberapa ikhwah (Akh Hazwan, Akh Muaz, Akh Helmi, Akh Shukri, Akh Luqman & muslimat..)  ke Maahad Ahmadi untuk program nuqaba’ sebagai fasilitator. Pada asalnya saya menarik diri untuk menjadi seorang fasilitator kerana antara ikhwah semua, sayalah yang paling muda! Heheh.. Sedangkan orang-orang yang kami perlu bimbing termasuk daripada tingkatan 3 hingga tingkatan 6 atas. Namun saya tetap menerima dan memainkan peranan di antara mereka-mereka.

Balik daripada jadi fasilitator, dalam persediaan 2 hari di rumah, saya akan ke Kuala Lumpur tinggal di rumah sepupu buat sementara untuk bersedia interview untuk memulakan pengajian ke UniKL MIAT bahagian Engineer Aviation(kapal terbang). Interview ini termasuk dalam pembiayaan biasiswa daripada MARA. Interview ini melibatkan beribu-ribu calon yang akan masuk kerana kursus aviation ini kritikal. Pada permulaan, alhamdulillah, ‘IQ Test’ saya dapat markah yang agak memuaskan, 40/50. 50 Soalan selama setengah jam. Menurut maklumat yang saya tahu, kebiasaan calon, ‘average’ dalam 20-25 markahnya. Jadi, alhamdulillah, ini satu pertolongan daripada Allah. Kemudian, barulah interview. Nasib baik soalan yang ditanya agak mudah, perkara-perkara asas tentang kapal terbang.

Balik pulak daripada KL, belum sempat jumpa mak, terus kena pergi ke SMKA Pedas untuk program di sana. Jadi AJK Multimedia, ambil foto dan sebagainya. Sepatutnya saya ditugaskan menjadi fasilitator, tetapi beginilah keadaannya bukan? Kurangnya muslim dalam kemahiran multimedia menjadikan orang-orang yang ‘reti’ menjadi satu fardu kifayah daripada yang lain, meskipun saya mempunyai kemahiran untuk berkomunikasi dengan baik. Di sini, multimedia adalah lebih diperlukan. Saya sempat menghabiskan tugas dengan baik, sambil bekerjasama dengan pasukan multimedia sekolah saya dengan harapan untuk mereka turut meneruskan usaha seperti ini kelak.

Yang akan datang pula, pada hari rabu ini, saya sekali lagi akan ke Maahad Ahmadi Gemencheh untuk program ‘Rakan Budaya Belajar Menjana Kecemerlangan’ sebagai Krew. Besar sikit pangkat daripada fasilitator. Saya sendiri ditugaskan untuk menguruskan montaj, kad fasilitator dan juga movie untuk penutup.

 

2 Responses to Episod 7 : Kesibukan vs Keseronokan

  1. كا ملة berkata:

    salam,akim:)
    bravo utk akim..coz dpt wat yg terbek..hope x berhenti di pertghn jln..jdkan diri kite nih ibrt seorg musafir di dlm perjalanan…garaplah sebyk mane ilmu yg ade utk dijdkan manhaj dlm diri kite..utk skrg n mase dpn..all da best!

  2. Hakim berkata:

    InsyaAllah.. terima kasih atas komen akk.. akim hanya buat mana yang termampu..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: