Episod 6: Ruhul Jadid

“Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.” (Surah Muhammad : 7)

Hari bertemu hari, perjalanan untuk menyiapkan majalah ‘Ruhul Jadid’ berjalan lancar bersama-sama sahabat yang mmajalahemberikan komitmen. Namun ada juga pihak yang tidak puas hati dengan tindakan saya menggabungkan kerjasama antara dua buah sekolah SMKA di Negeri Sembilan ini. Antara alasannya, saya menggunakan nama ‘alumni’ sebagai gerak kerja itu adalah satu kesalahan, kerana tidak meminta izin pada pihak atasan yang diiktiraf. Heh, saya cukup gusar dengan daie berfikiran sebegini. Bagaimana seorang daie menghalangi jalan seorang daie yang menggunakan wasilah majalah dan multimedia selagi saya berkuasa dan mampu, lebih-lebih lagi kerja ‘part time’, ‘graphic designer’ dengan hanya mengaitkan undang-undang manusia yang tak kemana??

Teringat lagi kisah ikhwanul muslimun sewaktu di bulan Ramadhan, terdapat beberapa ikhwan berbalah kerana ingin menentukan raka’at solat tarawikh sepertimana yang Rasulullah lakukan. Kemudian, kedatangan Hassan Al-Banna telah di bau. Ikhwan pun bertanya kepada beliau untuk menyelesaikan masalah ini. Imam Hassan Al-Banna dengan tegas menjawab,

“Solat tarawikh itu hanyalah sunat, sedangkan mempersatukan ummah itu adalah wajib!”

Maka senang untuk saya simpulkan, tidak perlu kita berbalah, banyak soal, selagi matlamat dan usaha itu adalah untuk Allah, maka setiap muslim adalah berhak untuk menghulurkan bantuan. Sedangkan menimbulkan lagi persoalan, masalah lain-lain jemaah, dll. kalian menggagalkan rancangan saudara kalian sendiri! Saya tidak akan rancang projek besar ini bersama ikhwan-ikhwan melainkan ingin memulakan kesatuan ummah!

Perjalanan persiapan majalah ini melibatkan perancangan yang cukup ‘detail’. Memang penuh dengan risiko-risiko yang bakal mendatang. Setakat ini, bantuan daripada akhawat bekas SMKA SHAMS dan SMKA Pedas cukup memberangsangkan. Ini memang dijangkakan sepertimana yang telah mak pesan. Akan tetapi, tidak dinafikan juga ada beberapa Ikhwan yang membantu dan memberikan sokongan dengan baik. Selain itu, pihak akhawat, semua berjalan lancar untuk meneruskan tanpa banyak soal. Agak berbeza bagi ikhwan, mungkin mereka terlalu waspada, tapi tiada masalah. Saya sedia menjawab segala persoalan dengan sabar.

“…Sesungguhnya Allah beserta dengan orang-orang yang sabar”(Al-Baqarah : 153)

Perlantikan jawatankuasa, saya terpaksa guna kuasa sendiri kerana bimbang terdapat individu yang kecil hati kerana tak terlibat, lebih-lebih lagi mereka yang pernah jadi Badan Dakwah sekolah. Hal ini kerana kalau saya memulakan syura dari pembuatan majalah, mungkin ada sesetengah pihak yang bertanya mengapa mereka tak terlibat sedangkan mereka layak? Namun, bukanlah saya ketepikan fungsi syura. Saya hanya gunakan kuasa bagi sidang pengurusan majalah ni, bagi membolehkan perjalanan majalah berjalan agak lancar. Bagi mengetuai setiap 11 ruangan, kami bincang menerusi syura, ikhwan dan akhawat yang boleh dipercayai untuk menguruskan ruangan tersebut. Antaranya, ruangan produk & ekonomi Islam oleh Siti Sarah bt Mustaza exSHAMS, Usrah & Tarbiyah oleh Afnan (exPedas) dan Husna Hamid (exSHAMS), Muslimah & Kekeluargaan oleh Dhamirah (exSHAMS ke KISAS) – beliau bekas exco penerbitan BADAR di KISAS. dan lain-lain.

Hakikat majalah revolusi islam ini sebenarnya 80% di tangan BADAR-BADAR sekolah kami. Bekas pelajar SMKA hanyalah mengetuai ruangan yang ditentukan, selebihnya, fungsi adalah lebih di pegang oleh Ketua Lajnah Penerbitan BADAR Pedas dan LATERMEDIA SHAMS. Kami juga cuba sedaya upaya untuk mencari ‘sponsorship’ agar majalah ini dibekalkan setiap kelas, 2 buah percuma. Lebih-lebih, bagi pelajar yang ingin membeli secara individu akan dikenakan sedikit harga.

Insya-Allah, doakan kami berjaya menyiapkan majalah ini sebelum sampai tawaran ke ‘alam baru’!

“Siapa yang menyelesaikan kesulitan seorang mu’min dari berbagai kesulitan-kesulitan dunia, niscaya Allah akan memudahkan kesulitan-kesulitannya hari kiamat. Dan siapa yang memudahkan orang yang sedang kesulitan niscaya akan Allah mudahkan baginya di dunia dan akhirat”

(Hadis Riwayat Muslim)

 

2 Responses to Episod 6: Ruhul Jadid

  1. yus berkata:

    Alumni boleh menyumbang karya..hehehe..😀 sekadar lalu2,,terperasan lak blog ini..k keep it up..

  2. […] Sila rujuk Episod 6 : Ruhul Jadid […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: