Episod 5: Glory Beach Resort Hotel

hotel

 

 

 

“Demi masa!Sesungguhnya manusia dalam kerugian! Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh yang berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran” (Surah Al-Asr : 1-3)

 

(17 Feb 11:58p.m)

Waktu aku menulis sekarang ini, aku berada di hotel Glory Beach Resort. Di sini, Wi-Fi tidak wujud, maka aku hanya menulis menggunakan Microsoft Word dahulu sebelum ‘copy paste’ ke internet. Aku sekarang sepatutnya berada di dewan untuk mengikuti majlis ‘rehearsal’ tapi bagiku ia amat membuang masa, hanya duduk berjam-jam lama, disertai dengan hiburan yang amat membosankan bagi seorang daie. Esok, anugerah itu akan berlangsung, nak tak nak, mesti juga pergi. Namun, pada hari esoklah aku lalai dengan masaku, dengan perkara yang sama. Anugerah ini mungkin bermakna, kerana aku dapat ‘Anugerah Tokoh Kepimpinan Pelajar Asrama Terbilang’ peringkat kebangsaan untuk tahun lepas, tetapi, aku telah tinggal tanggungjawabku selama 2 hari kerana perkara ini. Tetapi, aku tak juga menyalahkan program ini, seolah-olah aku tidak bersyukur mendapat sejumlah rezeki. Tapi, andaikata aku lupa, maka aku jatuh ke ‘gaung lalai’ yang memusnahkan.

 

Aku amat menyesal kerana atas kelalaianku, aku gagal membawa ‘mashaf tercinta’ dan gagal membaca langsung hari ini. Sedangkan aku memilih menginap bersama keluarga di hotel ini berbanding pelajar-pelajar yang lain. Maka jika kumuhasabah kembali, aku telah melebihkan perkara yang tidak sepatutnya aku utamakan, sehinggakan bagaimana aku boleh lupa?

 

Sebenarnya, perkara utama yang aku ingin tulis, adalah berkenaan dengan perbualan aku dengan seorang pelajar cina daripada,em.. Saya tak mahu tulis sekolah mana kerana takut-takut di ‘search engine’ orang lain dapat kesan. Tapi pelajar tingkatan empat itu bersekolah di sebuah SMK Negeri Sembilan. Dia mengambil anugerah Johan melukis poster peringkat kebangsaan. Sambil mengisi kekosongan tadi, pelbagai soalan telah kuajukan kepada dia, terutamanya tentang kehidupan harian dia.

Sebagai seorang pelajar cina, aku lihat, kekuatan dia berusaha begitu menakjubkan, maka tidak mustahillah dia begitu cemerlang dalam kokurikulumnya. Untuk aku bezakan di sini, umat islam yang tidak bersemangat untuk melakukan sesuatu, menyumbangkan sesuatu, dan memandang enteng tentang agama, maka mereka sebenarnya begitu lalai dan sudah pastinya ini penyebab kejayaan kita sukar untuk dicapai. Mereka pasti akan dituntut akan sikap mereka ini kelak.Sebenarnya perubahan dunia yang kita mahukan bukan sekadar keinginan, malah ianya harus direalisasikan oleh setiap umat sebenarnya! Biarlah kita gerak perlahan-lahan untuk membangkitkan kalimah tauhid, asalkan setiap ummah berada di lorong ini. Namun haruslah waspada akan tipudaya syaitan yang lemah. Kita akan mudah terpesong dan tersilap pandang menyebabkan keadaan ini bertambah masalah..

 

(18 Feb 9:34p.m)

Hari ini, hari anugerah itu. Aku tiada masa untuk ‘menghayati’ rehearsal kedua yang dijalankan pada pagi itu, aku hanya tertumpu pada majalah Al-Islam bulan Mac untuk mencari maklumat tentang ekonomi Islam untuk disumbatkan dalam majalah ‘Ruhul Jadid’ yang akan datang. Kadang ada juga aku terleka dengan berbual. Tapi agak perlu kerana keadaan terlalu bising! Agak susah untuk fokus kepada buku yang dibaca. Satu masalah disini, aku terpaksa duduk di sebelah muslimat dari SMKA SHAMS, namun perkara ni tidak dapat dielakkan kerana arahan dari pihak atasan.

 

Pada waktu zuhur, aku telah siap-siap dengan blazer. Mak dan Abah pergi makan luar. Aku begitu pelik keadaan di sana kerana berapa cebis je muslimin yang hadir ke surau yang sempit itu. Ya, mungkin boleh jadi mereka datang pada pukul 1.35++ sedangkan waktu untuk pelajar-pelajar untuk berada di dewan mestilah tepat 1.45p.m.! Budak-budak sekolah rendah ada kelihatan, tapi begitu pelik, mana perginya€ pemuda-pemuda islam?? Agar tidak buruk sangka, setelah zuhur, aku ke ‘customer service’;

 

“excuse me sir, how many prayer room exist here?”

 

“The only one at 2nd floor sir”

 

Aku terfikir sendirian, anugerah ini adalah secebis rezeki daripada tuhan tapi mengapa?..

“Dan dengan nikmat kami apakah yang telah kamu dustakan?”(Surah Ar-Rahman)

“Maka apabila manusia ditimpa bahaya ia menyeru Kami, kemudian apabila Kami berikan kepadanya ni’mat dari Kami ia berkata: “Sesungguhnya aku diberi ni’mat itu hanyalah karena kepintaranku”. Sebenarnya itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka itu tidak mengetahui” (Surah Az-Zumar:49)

“Dan (ingatlah juga) tatkala tuhanmu memaklumkan, sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah(ni’mat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (ni’mat-Ku),maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih” (Surah Ibrahim:7)

 

P/s:baru dapat post hari ini

 

One Response to Episod 5: Glory Beach Resort Hotel

  1. curtian berkata:

    SENI KEHIDUPAN, serulah manusia itu dengan senimu supaya mereka membuat apa yang pertama di suruh oleh Rabbmu, iaitu: IQROK! supaya mereka menjadi bangsa yang membaca dari seni yang dihidangkan untuk mengenyangkan iman mereka.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: