Episod 4 : Hakikat perubahan

daun

“Sehingga, pada gilirannya, tetumbuhan yang menghijau itu akan berubah menjadi kering dan menghitam” (Surah Al-A’ala : 5)

Lihat daripada ayat di atas, sunnatullah, setiap makhluk pasti akan adanya perubahan. Begitu juga perlu untuk aku. Kerana tanpa perubahan, manusia tidak akan berganjak untuk melakukan sesuatu. Situasi dalam persekitaran ini juga mendorong jiwa naluriku untuk berubah dari pemikiran lama menjadi satu revolusi yang perlu dicapai untuk mendalami seni ciptaan Allah ini. 

Lihat kembali PRU baru-baru ini, walaupun BN kekal memerintah, namun situasi 5 negeri yang akan dipimpin oleh pihak pembangkang ibarat tsunami, tidak diduga. Maka, dengan cemasnya, mereka perlu melakukan ‘post mortem’ untuk memahami keadaan ini dan bertindak melakukan anjakan paradigma. Sekiranya hal ini tidak berlaku, maka keadaan di Malaysia tentu akan kekal seperti biasa. Perubahan yang tak kemana. 

Menerusi pandangan minda bawah sedar kita, kita tidak akan perasan perubahan yang berlaku di sekeliling kita. Kucing yang kita bela begitu kecil suatu ketika dahulu tanpa sedari, hari ini besar seperti  bantal peluk(ya kah?). Begitu juga kalau kita teliti di jam dinding rumah. Kita duduk diam lama merenung jam tersebut, jarum pendek itu tidak bergerak langsung. Melainkan setelah sejam, kita dapat perasan perubahan yang berlaku pada jam tersebut. Inilah dia keadaan alam ciptaan khaliq, sunnatullah yang amat menakjubkan. Sepertimana proses kejadian manusia; 

“Kemudian air mani itu menjadi sebuku darah beku, sesudah itu Tuhan menciptakannya, dan menyempurnakan kejadiannya (sebagai manusia)?  Lalu Tuhan menjadikan daripadanya dua jenis lelaki dan perempuan”  (Surah Al-Qiyamah : 38)

Perubahan-perubahan inilah yang sebenarnya telah ditetapkan oleh Allah. Akan tetapi, untuk manusia, Allah telah menjelaskan menerusi kalam-Nya; 

”Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum berkenaan berusaha mengubah nasib mereka” (Surah Ar-Ra’du : 11)

Dalam ayat diatas, perkataan sesungguhnya diterjemahkan kepada ‘inna’. Perkataan ‘Inna’ bertujuan untuk menekankan kesungguhan dan kebenaran perkara yang dimaksudkan selepas itu. Bererti, Allah menjanjikan kepada semua kaum di dunia, Dia (Allah) akan membantu mereka menjadi berjaya sebagai satu kaum yang layak dihormati, jika kaum berkenaan bersatu padu, berusaha mengubah nasib dengan gigih dan lain-lain untuk menjadikan kaum berkenaan bermaruah, segar dan berupaya.  

Kali ini, apa yang ingin kuperkatakan, kadangkala ada baiknya manusia itu memilih jalan perubahan kerana perubahan juga telah dicatatkan dalam sejarah Islam, iaitu penghijrahan Rasulullah dari Mekah ke Madinah untuk meneruskan addin yang suci. Namun demikian, perubahan boleh berlaku sebaliknya, kalau bukan kerana ini, tidak akan kutulis seperti sekarang ini. Hari ini merupakan pengambilan keputusan SPM untukku. Daripada kegembiraan berubah menjadi sebaliknya kerana.. 

Baik, tutuplah buku daripada memikirkan elektroniknya manusia ini.. ini akan menambahkan lagi kekecewaan. Apa yang saya harus lakukan adalah tugas yang lebih aula, supaya semangat untuk memperjuangkan kalimah Allah ini tidak akan pudar, kerana saya hanya membuang masa setakat membiarkan arus mindaku berfikir. Ini membantutkan pergerakanku. Sekadar ini sahajalah episod 4 ku..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: