Episod 3:Kerana Cinta..

 “tiada benda yang akan bergerak didunia ini melainkan padanya ada CINTA ” – Abdullah Nasih Ulwan

Sebagai seorang anak muda yang masih memikirkan jalan-jalan di hadapan, maka kukira, apa tujuan sebenar yang ada dalam pemikiranku untuk menggapai cita-cita itu, sedangkan ia masih di alam ghaib? Sedangkan benda-benda yang ghaib itu juga masih tidak membawa apa-apa untuk keadaanku sekarang, adakah benar begitu? Firman Allah kepada nabiullah s.a.w;

Katakanlah: Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah dan kalau aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib, tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda yang mendatangkan faedah dan (tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan. Aku ini tidak lain hanyalah (Pesuruh Allah) yang memberi amaran (bagi orang-orang yang ingkar) dan membawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman.(Al-A’raf:188)”

Maka, di sini mudah sekali kusimpulkan bahawa tiap gerak hati yang ingin melalui jalan-jalan yang masih ghaib tiadalah berhasrat melainkan hasrat untuk menentukan masa depan sendiri, kerana tiadalah kita berkuasa untuk mendatangkan manfaat mahupun mudarat pada diri sendiri melainkan dengan dengan dua tangan yang telah dipinjamkan. Maka hendakku katakan bahawa semua ini berlaku kerana cinta. Dengan wujudnya cinta, manusia berlumba-lumba untuk melakukan sesuatu meskipun terpaksa melalui jalan-jalan yang payah, mengharungi lembah maut, bahkan yang lebih teruk lagi, sanggup menggadai maruah demi cinta. Maka apakah cinta pada hakikatnya? Sungguh misteri.

” Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: Cinta kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).”

Pada hakikatnya, ‘Sang Pencipta Cinta’ menjadikan cinta itu satu fitrah. Manakah jalan yang benar untuk menuju cinta yang sebenar? Ya, tidak lain dan tidak bukan, Cinta kepada Allah dan Rasul itulah yang paling utama, ia merupakan pintu gerbang kepada cinta-cinta yang lain. Malah kerana cinta kepada Allah dan Rasul-Nya inilah yang paling berharga, malah dibalas meskipun disisi manusia kita dihina. 

Pintu gerbang cinta inilah yang sebenarnya menjadikan cinta yang lain lebih bermakna, membimbing anak-anak cinta yang lain. Bekerja, bersahabat, berjuang malah yang turut indah, cinta sesama manusia, melalui jalan yang diredhai-Nya, akan lebih dinikmati, kerana semua ini adalah sebahagian dari tuntutan agama, tidak lain, CINTA KEPADA PENCIPTA YANG ESA, yang meminjamkan tubuh ini, tubuh yang tidak kekal

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: