Episod 2: Dunia multimedia

“Wahai orang yang beriman! mahukah kamu aku tunjukkan kamu suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?”(Surah As-Sof 10)

Dalam jiwa ini, terasa alangkah indahnya berada di suasana yang tenteram, bebas dari masalah peperangan ataupun eksploitasi antara kaum. Ya, tanah yang kupijak ini majoritinya penduduk islam masih berupaya untuk melakukan sesuatu untuk kepentingan saudara-saudara di tanah arab seperti di Palestin. Namun,hakikat nikmat yang dihayati seketika ini masih lagi gagal saya rasai seperti nikmatnya memilih jalan untuk berjihad untuk menegakkan kalimah Allah, suasana berkobar-kobar mati dijalan Allah bersama pasukan-pasukan tentera yang bersedia untuk syahid menegakkan kalimah Jalallah. Akan tetapi, sebagai seorang anak muda, aku masih memiliki semangat untuk perjuangkan agama Allah ini dengan inisiatif yang turut dikategorikan jihad. Apakah jihad itu?;

“(Yaitu)kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan HARTA dan JIWAmu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui,”(Surah As-Sof 11)

Peperangan yang berlaku di muka bumi ini pada fizikalnya, walaupun tiada hentinya, semakin lama semakin berkurang atas berlakunya hak-hak asasi manusia, pertubuhan-pertubuhan yang membela nyawa dan lain-lain. Namun bagiku, peperangan yang berlaku sekarang adalah lebih dahsyat! ‘Ghazwul Fikr'(Serangan Pemikiran) inilah yang dilancarkan oleh pihak-pihak yang bencikan Islam, menggunakan taktik halus untuk mempengaruhi minda masyarakat, memanipulasi fakta, lantas mendidik masyarakat dunia “Cintakan Dunia Takutkan Mati”. Inilah penyakit wahan seperti yang disabdakan oleh baginda S.A.W. tentang umat islam akhir zaman. Benar sekali kita berada di zaman ini bukan?

Serangan demi serangan dari media massa menyebabkan masyarakat dipengaruh minda mereka akan pentingnya kehidupan duniawi ini. Malah,  keadaan ekonomi yang melambung-lambung ini pula menyebabkan berpusu-pusu manusia mengejar harta ibarat semut-semut yang menetap di rumah seseorang, apabila manisan wujud, maka berbondong-bondong yang datang tanpa memikirkan risiko yang akan menanti. Akan tetapi, semut-semut ini masih mempunyai matlamat. Demi ratu mereka, dan juga koloni mereka. Bukankah dapat dibezakan dengan manusia yang tamakkan duit? Manakah yang lebih buruk?

Aku memilih jalan menerusi kemahiran yang telah Allah kurniakan kepadaku, wasilah membangkitkan risalah islam menerusi aplikasi Flash, Adobe Photoshop, SWiSHmax, Dreamweaver dan aplikasi multimedia yang lain. Aku turut akan merekrut beberapa sahabat mahir yang lain termasuk anak didik yang aku latih sejak di sekolah dahulu. Aku juga bersyukur kerana dengan izin Allah, aku dapat diberi peluang untuk bekerja separuh masa sebagai ‘Graphic Designer’ di salah sebuah syarikat. Satu jawatan yang jarang-jarang pelajar lepasan SPM dapat kerana biasanya memerlukan kelulusan sekurang-kurangnya diploma. Aku hanya inginkan pengalaman dan sedikit wang saku untuk aku lakukan sesuatu. Semoga apa yang aku teruskan jalan ini diberkati Allah dengan petunjuk-Nya dan memperoleh kemenangan;

“Niscaya Allah mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu kedalam syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai, dan ke tempat-tempat tinggal yang baik di dalam Syurga ‘Adnin. ITULAH KEMENANGAN YANG AGUNG” (Surah As-Sof 13)

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: