Episod 1: Seni Kehidupan

“dan Dia (menundukkan pula) apa yang Dia ciptakan untuk kamu di bumi ini dengan berlain-lainan macamnya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang mengambil pelajaran.”(An-Nahl:13)

Kulihat, koloni semut yang berbaris begitu tetap dengan barisan mereka, patuh dengan pemerintah mereka tanpa bantahan dalam mencari rezeki. kulihat si lebah bertungkus lumus di siang hari terbang beribu batu demi mendapatkan madu lebih seribu bunga sehari. Kulihat pokok menari-nari ditiup angin, ombak menghempas pantai, awan berarak melindungi daratan, bumi berputar mengikut paksi, planet berjalan menerusi orbit. Beginilah kesenian ciptaan Allah, sebagai tanda kebesaran-Nya, Dia menyuruh manusia untuk berfikir tentang alam ciptaan-Nya. Tidak ada sedikitpun kecacatan ciptaan yang maha dahsyat ini;

“Dia yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang. Maka lihatlah berulang-ulang, adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang? Kemudian pandanglah sekali lagi, niscaya penglihatanmu akan kembali kepadamu dengan tidak menemukan sesuatu cacat dan penglihatanmu itu pun dalam keadaan payah.” (Al-Mulk: 3-4)

Kehidupan ini begitu indah, malah keindahan yang tiada tara ini tidak dapat dinilai daripada pandangan manusia yang hanya terbatas dengan ungkapan ‘begitu, amat, sangat, cantik’, apatah lagi keindahan alam di taman syurga yang dijanjikan terhadap orang yang beriman;

Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang beriman dan berbuat kebaikan bahawa mereka disediakan syurga yang mana mengalir air di dalamnya..(Al-Baqarah:25)

Saya amat bersyukur kerana telah Allah anugerahkan jiwaku selari dengan seni. Seni yang memerhati aliran dan sunnatullah yang berlaku di dunia ini. Pada tafsiranku, seni yang  saya faham hanyalah 3; seni lukisan, seni sastera, dan seni muzik. Maka saya menafikan seni-seni yang lain termasuklah seni kulinari(masakan), seni mempertahankan diri dan lain-lain. Tetapi aku telah disangkal oleh seniorku yang turut berjiwa seni, yang mengatakan seni ini adalah ‘syumul’, antaranya seni komunikasi, seni psikologi, seni grafik dan termasuklah yang kunafikan itu. Akan tetapi, yang paling menarik adalah.. ‘SENI DAKWAH’. Inilah teknik seseorang menggunakan kemahiran untuk mempengaruhi minda muslim sekarang yang terbuai-buat dengan arus dunia yang lalai kepada jalan yang sebenar.

Sebagai satu introduksi blog ‘Seni Kehidupan’ ini, saya menggunakan inisiatif multimedia untuk meluahkan pandangan saya akan dunia yang fana ini. Dunia yang telah diciptakan untuk manusia agar kita berfikir.

“Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Mahasuci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.” (Ali ‘Imran:191)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: