Seni Kehidupan

“Hidup adalah rangkaian pilihan demi pilihan. Hanya orang yang berusaha memelihara hubungan dengan Allah dan mencari ilmu sahaja yang akan memilih kebenaran. Kerana rezeki, maut dan jodoh setiap manusia telah ditentukan oleh Allah” SMS dari seorang sahabat.

Saya sentiasa terjerat untuk membuat pilihan. Kadang-kadang terasa buntunya fikiran mengalami keadaan sedemikian. Adakah saya hanya perlu ‘redha’ dengan keadaan yang menentukan?

“Hakim, memang betul kita kena redha dengan apa yang Allah tentukan. Tapi kau kena tahu, Allah tak biarkan apa yang dia tentukan camtu sahaja. Biar kita usaha untuk tahu apa yang Allah nak rancangkan”, kata dari lubuk hati Abang Syukri Amin.

Benarlah dunia ini bukan mudah untuk kutafsirkan. Saya terkadang rasa ada perkara yang perlu saya terus usaha lebih. Saya sedih, gementar dan takut. Saya cuba kejar banyak perkara untuk saya fahami kenapa..

“Hakim, kita hidup ni ibarat di atas lebuh raya. Ada yang laju, ada yang perlahan. Tak perlulah kita nak ikut laju diorang”, kata Abang Hazwan.

Perlahan-lahan hari demi hari saya buka lembaran tafsir mushaf tercinta. Saya tatap dan saya amati betul-betul. Sehingga satu saat dalam keadaan separa sedar, saya tertacap pada satu ayat dan lama merenung ayat tersebut;


“Mereka itu bersegera untuk mendapat kebaikan-kebaikan, dan merekalah orang-orang yang segera memperolehnya” (Surah Al-Mu’minun : 61)

Dalam liku-liku perjalanan rumit itu, saya seringkali mentafsirkan kepada lukisan-lukisan yang saya lakar secara surealisme dan impresionisme. Itulah lakaran yang datang dari minda separa sedar saya. Kebanyakan lukisan itu saya sedari, selalunya mempunyai lingkaran-lingkaran berpusat. Rumit mentafsirkannya secara seni.

Apabila merenung alam ciptaan Allah, saya menjadi sangat tenang. Ciptaannya saling berkaitan antara satu sama lain. Gugusan langit lengkap dengan sistem-sistem teratur. Panorama laut biru yang memukau begitu luas terbentang indah. Pokok-pokok hijau berayun-ayun melambai seolah-olah bertafakur memuji Tuhannya. Gunung-gunung terpaku gah di tapak bumi mengingatkan saya satu ayat,

“Kalau sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan ketakutannya kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir” (Surah Al-Hasyr : 21)

Melalui semua keadaan ini, saya menemukan falsafah hidup saya. Life is not to be questioned, but to be answered (Dunia bukan untuk dipersoalkan tetapi untuk dijawab). Terhasillah coretan seni kehidupan untuk saya teruskan perjalanan saya mengenal-Nya.

Saya pada asalnya memilih untuk menulis bagi memahami diri, tetapi Allah memilih untuk saya berkongsi. Saya bukanlah seorang yang berilmu tinggi. Sekadar memenuhi citarasa seni, design for future generation..


(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan Ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, Maka peliharalah kami dari siksa neraka. (Surah Ali Imran : 191)

10 Responses to Seni Kehidupan

  1. amirul arif berkata:

    abg….
    sy nk bce sume hasil penulisan abg dari awal laaa… cane ek>????

  2. anaaisyah berkata:

    terima kasih dgn perkongsian. Maha Suci Allah yg memurnikan ilham buat saudara menulis. sirru ‘ala barakatillah

  3. nur berkata:

    dunia sangat sulit untuk difahami…tetapi beruntunglah manusia yg mempunyai mata hati yg dapat melihat… hanya mampu yakin Allah sentiasa membantu hambaNya yg sentiasa ingin mencari jalan yg lurus, ingin merasa kelazatan iman…. YaAllah, sesungguhnya hambaMu ini lemah dan sentiasa kalah dengan nafsu, jangan Engkau tinggalkan kami walau sedetik…kerna kami xkan mampu.

  4. amyril berkata:

    hidup ni banyak cerita..
    bagi saya xde kehidupan cerita pendek dalam dunia..
    xde tercapai pena nak rekod dalam buku..
    ia akan rekod dalam diri sampai kita mati….end

  5. aizatshare berkata:

    ini yg sama ke dari laman senikehidupan.com tuh..

  6. yusrar berkata:

    same thought..
    same feelings..
    just like me…
    syukran 4 sharing..

  7. ewan berkata:

    Alhamdulillah…ssungguhnye Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Pengasih…kte sbgai hmba prlu lah thu bgai mna hndak magrifatullah

  8. siti najihah sarbani berkata:

    assalamualaikum.. terima kasih sebab bukak minda saya tntg realiti sebuah kehidupan. kekadang Allah mengutus seseorang atau sesuatu untuk menyampaikan sesuatu mesej. saya rasa abg salah satu sumber yg Allah utuskan kpd saya untuk dapat dan memahami mesej t’sebut. Alhamdulillah.. thanks….

  9. Nur lizawati Binti Sukaryanto. berkata:

    saya bersyukur kerana allah telah bagi saya hidup yang sempurna

  10. Nur lizawati Binti Sukaryanto. berkata:

    saya juga nak cakap yang saya sayang kan keluarga saya dan yang saya suka.saya akan doa kan yang kita sekeluarga hidup bahagia.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 94 other followers

%d bloggers like this: