“Dan perangilah mereka itu, sehingga tidak ada fitnah lagi dan (sehingga) ketaatan itu hanya semata-mata untuk Allah. Jika mereka berhenti (dari memusuhi kamu), maka tidak ada permusuhan (lagi), kecuali terhadap orang-orang yang zalim”(Surah Al-Baqarah : 193)
Sekadar Gambar Hiasan
Jika semalam Universiti Islam Antarabangsa cawangan Petaling Jaya meluluskan pelajar untuk mengadakan demonstrasi raksasa, nampaknya jelas sekali kita, orang-orang Islam sudah buntu memikirkan penyelesaian untuk saudara kita di Palestin sana. Tak serik-serik berdemonstrasi sedangkan cara ini tak pernah pun Rasulullah ajar. Belum pernah lagi ada dalam sejarah Islam kita kuat berdemonstrasi, melainkan setelah agenda politik India, yang dipopularkan oleh Mahatma Gandhi.
Bertalu-talu mesej sampai untuk mengajak berdemonstrasi di sana. Ada yang katakan ia satu perkara yang wajib. Ada yang katakan ia adalah jihad. Memang tidak dapat dinafikan, jumlah yang hadir sangat ramai, semestinya kerana demonstrasi dijadualkan selepas solat Jumaat.
Saya bukan seorang pendemonstrasi dan tidak menerima diri saya untuk berdemonstrasi. Saya memilih untuk tidak menyertai.
Tetapi ada juga pihak yang tidak senang, kononnya saya tidak prihatin dengan isu Palestin. Mudah sekali orang menilai jihad. Orang yang teruk, tak solat lima waktu, merokok dan sebagainya dikira berjihad jika sertai? Rata-rata yang datang berdemo itu sendiri seperti itu, kerana imej demonstrasi itu sendiri berbaur agresif!
Demonstrasi mudah dilaksanakan kerana ia TIDAK melibatkan akidah. Cubalah kalau demonstrasi ini disertai dengan solat hajat, doa, zikir barulah relevan!
Kejayaan demonstrasi diukur pada bilangannya bukan kesannya. Saya mencabar, jika benar kita nampak kesan yang cukup baik, kita sahut cabaran pendeta Yahudi, kita akan adakan demonstrasi SELEPAS SOLAT SUBUH SECARA BERJEMAAH, bukan taktik dongeng selepas solat Jumaat. Itu barulah gementar Yahudi!
Namun di sini, tidaklah bermaksud saya menentang habis-habisan berdemonstrasi. Ada perlunya demonstrasi ini sebagai membuktikan kita umat Islam seluruh dunia bersuara di kaca media. Tetapi janganlah pula orang yang membawa sepanduk bantahan sendiri melebih-lebih seolah-olah dia rakyat Palestin.
Sebab itulah kata saya dalam episod yang lepas, berdemonstrasi tidak cukup. Ia hanya satu bentuk kecaman.
Jika demonstrasi adalah satu kecaman dari hati, maka kita seharusnya mencegah. Dalam episod ke 59 yang lepas, saya ada menulis tentang menjauhi dan memboikot barangan Yahudi. Mungkin dengan cara ini kita boleh lumpuhkan ekonomi Yahudi. Lihatlah laporan dari http://www.ifamericansknew.org menjelaskan bahawa regim Zionis yang menjajah bumi Palestin menerima bantuan di antara 10 ke 15 juta US Dollar sehari daripada Amerika Syarikat.
Kita perlu bukan sahaja perlu mengecam dan mencegah, bahkan kita perlu mengubah dunia ini. Jika mengubah dunia itu satu strategi, ini 7 kelengkapannya:
Baca baki entri ini »