Julai 17, 2009
“An architect is the drawer of dreams” [Grace McGarvie]

Debaran ini semakin terasa.
Dalam keadaan bagaimana sekalipun, saya mesti teruskan. Untuk membukti, memberi dan menghargai.
Itulah matlamat hidup saya, setelah tersedar dari ‘kegelapan’. Tawaran biasiswa yang terbaru telah diupdate. Nilai kali ini semakin tinggi, persaingan di sini pula semakin kuat.
Sama ada peluang untuk belajar ke luar negara, atau biasiswa.
Baca baki entri ini »
4 komen |
Dialog Hatiku, Seni Bina |
Pautan Kekal
Dikirim oleh Akmal Hakim
Julai 17, 2009
“A great architect is not made by way of a brain nearly so much as he is made by way of a cultivated, enriched heart.”[Frank Lloyd Wright]

“Aaaaaaaaaaaahhh!”, terdengar jeritan member dari belakang. Giliran dia pula. Masing-masing tergelak.
Agak melucukan dalam meneruskan projek demi projek sekarang ini. Walaupun agak meletihkan akal, memanaskan jiwa, gelagat-gelagat rakan sekursus ini kadang-kadang melegakan hati yang tension. Baca baki entri ini »
4 komen |
Seni Bina |
Pautan Kekal
Dikirim oleh Akmal Hakim
Jun 12, 2009
“Every great architect is – necessarily – a great poet. He must be a great original interpreter of his time, his day, his age” [Frank Lloyd Wright]

“Eh, apahal ko lukis gambar pokok warna biru? Tak logiklah!”, sindir Razali.
Abu teruskan warna tanpa menghiraukan gangguan Razali.
“Weh, pokok kalau tak hijau, macam mana nak buat fotosintesis?”, Razali tak mengalah dengki mengganggu si pelukis muda seorang ini.
Tamat.
Cerita di atas saya gambarkan antara dua watak yang memperlihatkan sifat orang yang saintifik dan orang yang prolifik. Kedua-dua ini berbeza penilaian masing-masing terhadap alam, kerana seorang menganggap lukisan alam sebagai seni, seorang lagi menganggap kejadian alam sebagai satu perkara yang perlu difikir secara saintifik.
Baca baki entri ini »
6 komen |
Seni Bina |
Pautan Kekal
Dikirim oleh Akmal Hakim
Mac 14, 2009
“Maka apakah orang-orang yang mendirikan mesjidnya di atas dasar taqwa kepada Allah dan keridhaan-(Nya) itu yang baik, ataukah orang-orang yang mendirikan bangunannya di tepi jurang yang runtuh, lalu bangunannya itu jatuh bersama-sama dengan dia ke dalam neraka Jahannam. Dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada orang- orang yang zalim.” (Surah At-Taubah : 109)

Kadang-kadang saya agak cemburu dengan sahabat-sahabat yang sedang meneruskan pengajian dalam bidang usuluddin, syariah, dirasat dan sebagainya. Dahulu, saya cuba mengalih cita-cita asal semata-mata kepingin nak mendalami bidang agama.
Sebolehnya, saya paksa diri saya untuk mengambil pengajian ini serentak dengan core course saya. Saya pernah meninjau-ninjau pengajian jarak jauh seperti di kolej UNITI. Tak dapat. Saya cuba mengambil program singkat, di UM, sama ada pengajian hadis atau usuluddin. Pengajian selama 12 bulan ini tak lah mahal, malah UM dekat sekali dengan kampus saya.Malangnya, keadaan dan situasi saya memang tidak mengizinkan.
Saya simpan keinginan ini terdalam di dalam hati.
Baca baki entri ini »
10 komen |
Kerjaya, Kesenian, Pengalaman, Seni Bina, Seni Hidupku |
Pautan Kekal
Dikirim oleh Akmal Hakim
Mac 13, 2009
“Allah menguji hambaNya dengan menimpakan musibah sebagaimana seorang menguji kemurnian emas dengan api (pembakaran). Ada yang ke luar emas murni. Itulah yang dilindungi Allah dari keragu-raguan. Ada juga yang kurang dari itu (mutunya) dan itulah yang selalu ragu. Ada yang ke luar seperti emas hitam dan itu yang memang ditimpa fitnah (musibah)” (HR. Ath-Thabrani)
“Aku bukannya minat melukis pun”, kata seorang rakan jurusan seni bina.
“Aku bukannya kreatif pun. Kalau kira-kira ni boleh la”, tambah seorang lagi.

Dalam keadaan suka duka menerima keputusan SPM, menjadi satu kebiasaan lepasan SPM konfius dengan pemilihan kerjaya. Barangkali terlalu banyak pilihan sehingga personaliti pun tidak nampak signifikannya setelah 11 tahun di alam persekolahan. Cita-cita lama entah hilang ke mana.
“Aku minat bidang seni ni. Apa ni.. Seni kulinari?”, kata seorang rakan yang sedang mengisi borang UPU.
“Ambil jelah. Asalkan ada seni”.
“Ey, tau tak seni kulinari tu apa?”, tanya saya tersenyum sinis.
“Seni kulinari ni seni masakanlah!”, dua-dua ketawa.
Baca baki entri ini »
19 komen |
Kerjaya, Pengalaman, Satu Hijrah |
Pautan Kekal
Dikirim oleh Akmal Hakim
November 8, 2008
Daripada Usamah bin Syarik berkata: Ketika aku bersama-sama Rasulullah SAW, datang sekumpulan orang-orang Badwi, bertanyakan Baginda, apakah boleh kami mengubati penyakit. Jawab Rasulullah SAW: “Ya, wahai hamba-hamba Allah berubatlah kamu sesungguhnya Allah SWT tidak menjadikan sesuatu penyakit itu melainkan dijadikannya juga untuknya penawar melainkan satu penyakit sahaja”. Mereka bertanya apakah penyakit itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab: “Tua”. (Riwayat Imam Ahmad)

Sekali-sekala waktu cuti ni ada waktu saya luangkan masa dengan mak on call di hospital pada waktu malam. Seronok rasanya atmosfera berada dalam dunia medik ni, walaupun saya tidak mengambil bidang ini. Lihat kiri kanan doktor yang berkot putih bersama dengan stetoskopnya. Berjalan dengan penuh confident.
Sewaktu saya berjalan bersama-sama dengan mak sebelum masuk dispensari farmasi, macam-macam department saya jumpa. Kadang-kadang pelik sangat nama tu.
“Oto..ri..no…langi..lari..lo”, saya cuba mengeja. Berkerut-kerut dahi.
“Otorinolaringologi!”, mak saya sebut dengan pantas. Ketawa saya. Panjang sangat perkataannya.
“Tu wad bahagian tekak, mulut & hidung”, mak beritahu.
Saya yang hanya berpakaian seperti orang lepas sembahyang berbangga berjalan dengan mak masuk satu kawasan ke satu kawasan yang dijaga oleh security guard, sedangkan orang lain tak boleh masuk, terlopong mereka melihat saya. Entah apalah dalam fikiran mereka agaknya. Special case!
Baca baki entri ini »
28 komen |
Kerjaya, Lain-lain |
Pautan Kekal
Dikirim oleh Akmal Hakim