Episod 173 : Pisau Bukan Hiasan

“Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan.” [Saidina Ali bin Abi Talib]

PISAU BUKAN HIASAN

Masih ingat lagi ketika kecil, mak sering menceritakan tentang anak-anak rakan sekerja yang sudah pandai membaca. 5 tahun sudah pandai baca surat khabar. 2 tahun sudah pandai mengeja.

Pernah saya bertanyakan signifikannya.

Mengapa ia menjadi kebanggaan ibu bapa?

Kemudian saya menyoal kembali keberadaan saya hari ini andai tidak reti membaca. Apatah lagi mampu menulis entri ini.

Soalan ini menyebabkan saya terfikir sejenak, saya telah benar-benar merugikan diri sendiri kerana terlalu banyak saya boleh belajar dengan membaca. Software membaca telah diinstall  sejak lama tetapi jarang digunakan, itu merugikan.

Ibarat pisau, namanya sahaja pisau, tetapi tidak memotong?

Pernah dicatatkan oleh satu statistik purata pembacaan dalam setahun dengan hanya 2 buah buku (2007) oleh rakyat Malaysia, kini meningkat 12 buah buku dalam setahun. Bayangkan, andai anda yang tidak pernah membaca sebuah buku pun,  dicatat dalam purata, menghabiskan 12 buah buku dalam setahun. Seolah-olah kita menghabiskan sebuah buku sebulan.

Bermakna, begitu ramai sekali pembaca.

Namun, harapnya majoriti ini adalah dalam kalangan umat Melayu Islam kita di Malaysia. Masih segar lagi khutbah Jumaat minggu lepas di Masjid Shah UIAM, “Like for engineering students, I don’t ask how many engineering books have you read. But how many books you read other than engineering books?”

Keperluan dalam membaca ini adalah harapan umat hari ini, insya-Allah mampu menyelesaikan situasi dan masalah hari ini. Bahkan mampu menulis untuk menyelamatkan umat ini. Tetapi yang menjadi masalahnya terlalu banyak perkara lain yang mendahului pembacaan dan waktu lapangnya untuk ini.

RUGI MEMBIARKAN PISAU BERKARAT

Mungkin kekangan yang berlaku adalah masa untuk membaca.

Saya sendiri jarang dapat membaca waktu biasa, kecuali membaca ketika dalam perjalanan, dan ketika makan. Waktu-waktu seperti itu adalah wajib untuk saya mempunyai sebuah buku dibawa bersama.

Ada juga yang cepat bosan dengan duduk dan membaca.

Bagi saya, ada mungkin ini sedikit sebanyak angkara cara seseorang itu memandang buku, dan kepentingannya tidak dirasa. Barangkali kesan seperti buku teks zaman sekolah itu membosankan (sepertimana sesetengah orang memilih untuk baca buku rujukan daripada buku teks) atau mungkin minat untuk membaca itu tidak dipupuk.

Maka untuk itu, saya cuba membezakan jenis bacaan.

SURAT KHABAR

Bacaan harian yang mengandungi isu-isu terkini. Surat khabar selalunya memberitakan ‘headline’ tentang isu-isu yang panas, kemalangan, dan pelbagai isu negatif sebagai attraction factor. Tidak ramai yang membuka ruangan intelektual atau ruangan yang memberi kefahaman.

MAJALAH

Majalah kebiasaannya bahan bacaan buat peminat. Ada yang berbentuk fotografi, bidang kepakaran, kecantikan perumahan, dan sebagainya. Ada juga majalah yang berbentuk hiburan, yang hanya sebagai hobi. Bacaan demikian kurang bermanfaat.

BUKU

Buku pula terbahagi kepada beberapa jenis. Secara ringkasnya saya memberi 3 jenis, buku rujukan, buku bacaan harian (leisure reading), dan kamus.

Buku rujukan, hanya digunakan sesekali, terutamanya untuk mengulangkaji, kajian dan sebagainya. Kamus, tidak dibaca, dan dirujuk untuk mencari bahasa.

Buat buku bacaan harian pula, inilah yang pentingnya dibaca. Dan buku-buku seperti ini bergantung pada minat pembaca samada novel, motivasi, buku agama dan lain-lain. Sebenarnya buku-buku seperti inilah yang paling banyak nilai tambah.

Ramai yang kata menganggap membaca itu seolah-olah sesuatu yang susah, bahkan susah lagi orang yang berusaha untuk menulis:  menyusun perkataan dan memberikan maklumat sepenuh-penuhnya.

Seperti mana seorang murid yang meminjam kitab Muwattho’ Imam Malik sebagai rujukan, berkatalah imam Malik

“Aku menulis buku ini selama 40 tahun, sedangkan kau hanya membacanya selama 40 hari”

Banyak lagi pengalaman kehidupan orang-orang yang berjaya, cerita-cerita yang bermanfaat, ilmu-ilmu baharu yang boleh dipelajari dengan hanya berusaha untuk membaca. Tidak sepatutnya buku itu dipandang sebagai satu objek biasa, sedang ia berbisa!

Di kedai-kedai buku seperti Popular dan MPH, buku berbahasa Melayu hanyalah 20% daripada keseluruhan buku-buku yang dijual, tetapi penjualannya mencatat sehingga 40% dari keseluruhan buku yang dijual. Popular merancang untuk memperbanyakkan jualan buku-buku bahasa Melayu dan ingin menukar warna asalnya merah (cina) ke warna yang lebih ‘Melayu’

BLOG

Ada yang pernah berkata, membaca blog lebih menarik dari surat khabar. Sehinggakan tak perlu membaca surat khabar, isu terkini segalanya boleh dicari dengan melayari blog.

Blog juga merupakan wadah ilmu buat pembaca yang inginkan ringan, yang sentiasa inginkan maklumat dan inspirasi-inspirasi. Sebenarnya blog juga adalah bacaan yang baik, kerana kebanyakannya penulisan-penulisannya tentu sekali adalah daripada pengalaman penulis.

YANG PENTING BACA

Sebenarnya, yang paling penting adalah sentiasa ‘paku’kan rasa untuk membaca. Mulalah dari mana rasa untuk membaca sehinggakan anda boleh merasakan membeli buku itu ibarat membeli makanan harian. Satu kata-kata yang dapat saya petik dari orang bijaksana;

“The more that you read, the more things you will know. The more that you learn, the more places you’ll go”

Lebih banyak anda membaca, lebih banyak anda tahu. Lebih banyak anda tahu, lebih banyaklah tempat yang anda akan kunjungi!

SEDIKIT PERKONGSIAN TIPS MEMBACA

1)      Cuba habiskan bacaan. Sebenarnya terlalu banyak buku yang sangat menarik diluar sana. Jadi sekiranya saya masih lambat menghabiskan buku, maka saya sebenarnya kerugian masa.

 

2)      Jangan lawan minat. Saya tahu ada juga sebahagian pembaca yang suka membaca pelbagai genre. Oleh sebab saya pun begitu, maka saya sendiri melayan ‘nafsu membaca’ saya untuk membeli apa yang disukai dan membaca bila-bila saya mahu. Ada sebahagian buku khusus saya baca ketika di dalam keretapi, dan ada juga ketika sebelum tidur. Akhirnya semua berjaya dibaca.

 

 

3)      Sentiasa bawa bahan bacaan. Tidak semestinya bawa buku. Mungkin juga boleh bawa artikel, keratan, majalah, atau edaran-edaran yang ada dipoket. Kadang-kadang promoter yang mengiklankan produknya melalui brochure ada sedikit sebanyak ilmu yang boleh dikutip

 

4)      Biarlah banyak buku menunggu. Walaupun anda masih tak menghabiskannya. Rasa sebegini kadang-kadang memaksa kita untuk menghabiskan sebuah buku, kerana buku-buku yang lain tak sabar menunggu gilirannya.

 

 

5)      Baca satu bab sehari bagi yang berat. Sebahagian buku yang begitu panjang penceritaan dan huraian, selalunya saya tetapkan membaca satu bab sehari. Walaupun kadang-kadang ini mengambil masa yang agak lama, tetapi ianya berbaloi, dan kefahaman (comprehension)  mungkin lebih banyak dapat cara begini, bergantung pada jenis pembaca

 

6)      Menulis atau berkongsi. Saya selalu menyimpan maklumat yang saya dapat, dan menulisnya. Pada saya cara begini lebih mengingatkan saya melalui apa yang saya baca. Boleh juga kalau apa yang dibaca, anda kongsikan bersama rakan yang lain.

 

Selamat membaca :)

One Response to Episod 173 : Pisau Bukan Hiasan

  1. Pakcik Napolean Bonaparte pernah berkata, “Read, you will conquer the world!~”

    Tapi minat membaca ni ikut oranglah. Sesetengah genre, kita rasa perlu dibaca, tapi akhirnya tewas menghadam kerana kita telah membaca dengan separuh hati. Jadi kena tanya diri “Adakah aku sudah merasai hakikat aku perlu membaca dengan sepenuh hati bukan separuh hati?”

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 95 other followers

%d bloggers like this: