Episod 162 : Seni Bina III : Arkitek Cinta Sejarah

“Dan apakah mereka tidak mengadakan perjalanan di muka bumi, lalu memperhatikan betapa kesudahan orang-orang yang sebelum mereka. Mereka itu adalah lebih hebat kekuatannya daripada mereka dan (lebih banyak) bekas-bekas mereka di muka bumi, maka Allah mengazab mereka disebabkan dosa-dosa mereka. Dan mereka tidak mempunyai seorang pelindung dari azab Allah” [Surah Al-Mu’min : 21]

“Dia bagi detail sangat. Padahal tak perlu pun nak tahu lagi mendalam, just focus tentang architecture”, kata seorang pelajar seni bina di dalam kelas History of Architecture.

Mungkin first impression terhadap subjek tersebut, kita menganggap subjek itu mengkhususkan soal seni bina zaman lampau, bagaimana struktur-struktur binaan dan proses perkembangan ilmu seni bina. Kita juga mungkin menganggap subjek demikian tiada unsur-unsur sosiologi, perihal undang-undang yang berkait dengan kronologi sejarah.

Nyata sekali itu adalah pemerhatian yang silap.

Meskipun subjek itu berbunyi ‘sejarah seni bina’, bermakna segala perkaitan yang melibatkan hal-hal seperti geografi, sosiologi, kerajaan itulah yang menentukan bagaimana pembandaran itu berkembang. Maka ia berkaitrapat dengan perbezaan ideologi iaitu mempengaruhi penghasilan seni bina.

Sepertimana yang diketahui seni bina adalah satu jurusan yang memerlukan kemahiran melibatkan pelbagai disiplin ilmu. Bukan setakat melukis dan merancang, tetapi seorang arkitek memerlukan ilmu yang luas dari banyak aspek, ini termasuklah pengetahuan yang mendalam tentang sejarah.

Sebenarnya menguasai sejarah bukan setakat mempengaruhi seseorang itu menambah nilai konsep binaannya. Seseorang yang mempelajari sejarah pasti mengetahui perkembangan sosiologi dan keadaan geografi sesebuah tempat itu. Ini adalah penting kerana seni bina berperanan penting dalam hal memberi daya tarikan terhadap masyarakat.

Dari situ juga kita dapat menilai perubahan pemikiran atau ideologi dengan mengkaji perbezaan unsur seni bina, contohnya seni bina pra-Hindu dibandingkan dengan seni bina pasca-merdeka, elemen-elemen asas seni bina cina ditransformasikan ke arah seni bina cina-islam ataupun cina-moden.

Dari situ juga kita dapat mengesan bagaimana Islam datang ke tanah melayu. Kemudian wujudlah teori Islam datang ke  tanah melayu dari Tanah Arab, Cina dan India.

Lihatlah, itu signifikannya sejarah dalam dunia seni bina ini.

Bukan senang.

Seorang arkitek terkenal, Ludwig Wittgenstein meninggalkan pelajarannya selama tiga tahun hanya semata-mata kerana bersusah payah membina rumah kakaknya.

“Kau ingat belajar falsafah itu susah?”, katanya.

“Aku beritahu di sini, falsafah itu tak ada apa-apa nak dibandingkan dengan betapa susahnya menjadi seorang arkitek yang bagus”

MENGANALISA SEJARAH MENERUSI SENI BINA


Kita memahami bahawa zaman dahulu tidak mempunyai teknologi yang canggih untuk membina bangunan yang besar. Mereka tiada backhoe, crane, trektor, bulldozer dan sebagainya. Tetapi bagaimana mereka mampu mencipta binaan megastruktur yang sangat menakjubkan?

Dibina sekitar tahun 600 BC, penggunaan teknologi apakah ini untuk memotong batu sehingga mampu menghasilkan bangunan ini?

Piramid pada zaman firaun 2560 B.C. Binaan ini dikatakan berhubung rapat dengan matahari

Masjid biru yang sangat indah

Memikirkan pembinaan struktur-struktur zaman dahulu mungkin mampu mempengaruhi kita mengolah idea terutamanya perkara berkaitrapat tentang fungsi.

Baik, mari kita ambil contoh.

Mungkin kita belajar tamadun Mesopotamia mempunyai seni bina yang mantap. Melihat pembinaan ziggurat, kita boleh menilai mengapa dinding tebal, mengapa hiasan bilik sangat sempit dan kenapa ziggurat dibina bertingkat-tingkat. Kita juga boleh menilai mengapa masjid dibina bersama kubah, mengapa perlu ada menara. Semua ini dibina kerana bersebab.

SEKILAS PANDANG AL-AQSA


Kemudian cuba lihat fakta hari ini di Palestin.

Apa yang saya dengar selama ini, ramai penceramah yang memberikan fakta tentang penggalian terowong di bawah Masjid Al-Aqsa memberikan kenyataan bahawa terowong itu dibina untuk melemahkan struktur Al-Aqsa.

Dari situ saya mula berasa keliru.

Jika anda pergi ke pantai sila cuba korek pasir dengan menggali dalam bentuk huruf U. Anda akan melihat bahawa sebenarnya ‘jambatan’ pasir di atas itu tidak roboh. Bermakna di sini, bukankah itu satu perkara yang kurang logik merobohkan Al-Aqsa dengan hanya membina terowong-terowong? Sedangkan al-Aqsa pernah rosak lantaran gempa bumi pada tahun 753.

Untuk hal yang itu saya cuba mengkaji dan merujuk banyak perkara, fokus rupa-rupanya adalah tentang freemason. Walaupun saya masih kurang dalam fakta, tetapi memahami taktikal, pengaruh, sosiologi ‘masyarakat’ freemason membawa saya kepada konklusi mereka menuju pembinaan tamadun yang tidak bertuhan, membina sistemnya.

Walaubagaimanapun, dari situ juga kita dapat tahu rupa-rupanya membina Kuil Nabi Sulaiman atau ‘Solomon’s Temple’ bukanlah mengagungkan Nabi Sulaiman atau upacara agama. Ia adalah satu sistem upacara penyembahan manusia.

Dalam hal ini, menurut Adnan Oktar (Harun Yahya) golongan freemason sering melakukan upacara mereka di tempat-tempat yang tersembunyi. Dan berkemungkinan besar mereka membina terowong itu untuk upacara mereka.

Lihat pada logo tersebut, simbol jelas freemason

Saya dapat gambaran yang lebih jelas menerusi filem National Treasure 2, yang memberi ‘hint’ ada harta yang tersimpan di bawah al-Aqsa. Menerusi fakta yang lain, kita tahu bahawa freemasonry ini berkembang sejak perang salib, kesatria templar (Knight Templars), yang lari dari barisan tentera salib. Bermakna usaha-usaha ini telah dilaksanakan sejak sekian lama.

BENTENG PEMISAH DI GAZA

Kadang-kadang puas saya berfikir bagaimana mereka mendapat idea membina tembok-tembok pemisah sekeliling Gaza? Adakah ini kesan pengaruh daripada Tembok China?

Apakah signifikannya mereka membina tembok itu sejauh 25 batu?

Tidak cukupkah kemampuan mereka yang dibantu oleh Amerika itu melenyapkan rakyat Palestin?

Bahkan dengan bantuan Mesir, mereka kini membina satu lagi tembok kalis bom untuk mengelakkan pembinaan terowong  tembus ke Mesir supaya potensi bekalan senjata kembali ke Gaza gagal.

Menurut Tuan Haji Norazman, yang pernah menyertai flotilla Mavi Marmara untuk bantuan kemanusiaan, Israel sekarang berada dalam keadaan yang sangat tertekan. Sekaligus menunjukkan bahawa memang sahlah, andai rakyat Palestin ‘dipenjara’ sedemikian, ditahan bekalan mereka, dimusnah rumah-rumah mereka, menunjukkan betapa sebenarnya itu petunjuk positif bahawa pengakhiran agenda zionis hampir tiba.

Mungkin mereka lupa bahawa satu ketika dahulu kota konstantinopel merupakan kota yang ‘tidak akan boleh ditembus’ telah berjaya dimusnahkan oleh bala tentera muslimin yang dipimpin oleh Sultan Muhammad Al-Fateh.

Dan itu terbukti, bahawa sejak tahun Januari 2008 cubaan untuk memusnahkan benteng di selatan Rafah oleh pejuang HAMAS berjaya.

Atas izin Allah.

KONKLUSI

Tidak dapat tidak, seorang pelajar seni bina mesti mempunyai ilmu yang mendalam tentang sejarah.

Sejarah adalah disiplin ilmu yang perlu dikuasai dalam hal mendidik arkitek itu perlu mempunyai penganalisaan yang mendalam dan terperinci.

Ada mungkinnya arkitek ini mampu membantu perancangan dalam menghasilkan identiti ummah kita, sepertimana yang berlaku di Sepanyol ketika pemerintahan Islam. Dari situ kita dapat lihat islam memberi pengaruh menuhu inovasi-inovasi unggul dari umat Islam. Berkembangnya tamadun Islam di sana, berkembang jualah identiti seni bina Islam yang penuh dengan seninya. Seni yang dikatakan menggerakkan hati mengingat Allah.

Kemudiannya berkembang dalam bentuk pembandaran. Wujudnya baitul hikmah, perpustakaan gergasi, wujudnya masjid yang sangat indah binaannya, struktur –struktur perumahan yang teratur, pengairan yang baik, siapa lagi kalau bukan dari arkitek muslim?

Mungkin kerana ini juga, sebagai satu dakwah, betapa arkitek-arkitek muslim ini mementingkan sifat-sifat binaan yang sangat berkaitrapat untuk mengabdikan diri pada Allah, melalui itu umat Islam dipandang tinggi oleh masyarakat dunia.

Atau, kenapa tidak kita mampu membina pertahanan atau strategi perang, sebagaimana Mimar Sinan, arkitek agung mampu lakukan untuk ketenteraan janissari pada zaman Turki Uthmaniyah dahulu?

Belajarlah.

About these ads

3 Responses to Episod 162 : Seni Bina III : Arkitek Cinta Sejarah

  1. Akmal Hakim berkata:

    Betulkan mana fakta yang silap~

  2. k yah berkata:

    “Kita juga boleh menilai mengapa masjid dibina bersama kubah,mengapa perlu ada menara. Semua ini dibina kerana bersebab.”

    Teringat saya filem The Arrival. Mulanya apabila diulas mengenai signifikan bentuk-bentuk yang digunakan pada bangunan, saya tidak dapat menerima. Tapi bila difikirkan kembali, mungkin itulah setitis fakta daripada lautan ilmu senibina yang tidak pernah saya temui.

    Sekadar lontaran.

    Boleh jadi suatu masa dahulu mesin-mesin canggih pernah wujud. Kecanggihan teknologi dan kepakaran yang ada mengatasi apa yang kita miliki hari ini. Oleh sebab itulah mereka mampu membina suatu senibina yang canggih seperti piramid Giza umpamanya.

    Namun kerana keingkaran mereka untuk bersyukur kepada Allah, mereka dilenyapkan tanpa meninggalkan apa-apa kesan pun buat kita hari ini.

    Dalam erti kata lain, sekiranya kita tidak mengambil pengajaran maka apa yang kita tempuhi hari ini mungkin adalah pengulangan sebuah sejarah..

    *kalau salah harap betulkan

  3. durakhyar berkata:

    artikel yang bagus tentang senibina.aplikasi dari sejarah yang barangkali bosan bagi sesetengah orang.Suka fakta yang dikaitkan banyak berkisar dari subjek history..keep its up..

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 93 other followers

%d bloggers like this: