“Seorang mukmin tidak akan digigit dua kali dari lubang yang satu (sama).” (Hadis Mutafaq’alaih)
Siapakah yang paling banyak dan cepat belajar?
Orang yang paling banyak kali tersilap dan selalu gagal sahaja menemuinya.
Mungkin hasil pada hari ini menjadi negatif. Tetapi pada jangka masa panjang, mereka sentiasa mendapatkan positif.
Usah marah dengan orang yang tersilap dan tersalah lantaran kurang pengalamannya.Betul kita sudah tahu, tetapi berilah ruang kepadanya untuk BELAJAR.
Pada yang tersalah dan tersilap, gembiralah kerana anda belajar sesuatu. Seorang pelajar belajar kerana dia akan salah. Seorang guru mengajar kerana dia membetulkan yang salah.
Ingatlah, manusia itu sentiasa melakukan kesalahan.
Sebab itu orang cipta pemadam bersama pensil.
Kenapa perlu bersedih?
Sekali salah bukan bererti selamanya bersalah. Sebab itu Allah ciptakan LUPA. Supaya jika kita ingin terus-menerus mengorak langkah kejayaan, kita tidak dihantui kesilapan dan kesalahan kita.
Ingat, kesalahan atau kesilapan, mahupun kecacatan bukan dicipta untuk menyusahkan seseorang. Tetapi di sebalik itu wujud HIKMAH yang menjadikan seseorang MENYEDARI bahawa manusia sukakan kesempurnaan.
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.” (Surah Ali Imran : 139)
Bersama menuju ke peringkat itu, insyaAllah.




Jun 21, 2009 at 4:23 am
Dari satu masalah, boleh dapat satu kesimpulan dan akhirnya, satu post yang berguna.. Syukran!
Jun 21, 2009 at 3:46 pm
she walk.
walk..
walk…
but then, stop.
see at da sun began to peep out,
but then dissapears.
dun cry.
only HE knows da best for you
=)
Jun 22, 2009 at 1:24 pm
yep2,
LUPA pun ada hikmah kan,
berpijak d bumi yg nyata,
Jun 24, 2009 at 6:04 pm
Try not to become a man of success but a man of value.
- Albert Einstein
dear, pic during the PFi Course already available?
Jun 26, 2009 at 12:33 pm
terima kasih..
ilmu utk saya
Jun 26, 2009 at 4:38 pm
ok dear. c u tomorrow.
Jun 27, 2009 at 3:13 am
Salam..terkesan di jiwa tatkala membaca artikel ini..
Jun 28, 2009 at 4:36 pm
Akmal, sekarang belajar di mana?