Episod 31 Ogos : Ramadhan Di Bumi Merdeka

Ogos 31, 2008

“Allah mengutuskan kami (orang Islam), untuk memerdekakan manusia daripada mengabdikan diri kepada Allah, daripada kezaliman agama kepada keadilan Islam serta daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat” (Rub’ie bin Amir ketika bertemu dengan Panglima Rom)

Hari ini Malaysia telah melakarkan angka 51 sinonim dengan tarikh kemerdekaan yang dicapai. Pada tahun ini, kemerdekaan lebih meriah dengan suasana Ahlan Ya Ramadhan seolah-olah kita merayakan 2 situasi kegembiraan yang dimpi-impikan. Tarikh sejarah yang menyebabkan kita bebas dari belenggu penjajah juga tarikh kita merdeka dari ancaman syaitan durjana. Namun, dari aspek ini bagaimanakah kita mensyukuri nikmatnya?

Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), Maka Sesungguhnya azab-Ku sangat pedih” (Surah Ibrahim : 7) Baca baki entri ini »


Episod 30 : Disebalik Selipar Yang Terputus

Ogos 29, 2008

“Hai manusia, Sesungguhnya kamu Telah bekerja dengan sungguh-sungguh menuju Tuhanmu, Maka pasti kamu akan menemui-Nya” (Surah Al-Insyiqaq : 6)

Tak sangka, tak sampai 1 bulan beli satu selipar yang baru, putus juga. Tahun ini sudah masuk 6 pasang sandal saya beli, putus, putus dan putus. Persoalan putus ini samada dua sahaja, keadaan selipar atau tabiat pengguna selipar. Untuk persoalan keadaan selipar, saya tidak beli yang mahal-mahal sangat. Sesuailah dengan harga yang saya beli. Begitu juga faktor lain, kekerapan selipar disimbah/dibasahi dengan air. Itulah yang abah selalu tegur kerap kali saya beli selipar menggantikan yang putus, mustahil akan putus tanpa sebab ini. Tak juga. Rupa-rupanya, pemilik selipar ini—pagi, petang, siang dan malam—seolah-olah tidak henti-henti guna. Tak hairanlah selipar terpaksa menerima ‘takdir’nya.

Apabila difikir-fikirkan kembali, sebenarnya seliparlah yang paling setia bersama pemiliknya berbanding dengan pakaian yang lain, tidak berganti-ganti. Naik turun tangga, menempuh onak duri, berlari, berjalan demi tanggungjawab, semuanya bersama selipar tercinta. Tetapi, akhirnya selipar itu putus, tak pernah-pernah sedar pun sang pemilik akan keadaan selipar yang terseksa. Akhirnya barulah prihatin tentang selipar yang hampir nazak.

Dalam kesibukan ada hikmahnya! Baca baki entri ini »


Episod 29 : Erti Hidup Bukan Hanya Pada Memberi Tapi Juga Dengan Membukti

Ogos 26, 2008

“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. sekiranya ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.” (Surah Ali-Imran : 110)

Hitam. Warna yang sangat misteri. Kegelapan yang membawa simbol pelik untuk diintepretasikan. Tradisi orang barat, pakaian hitam melambangkan satu penghormatan untuk seseorang yang mati ketika funeral procession.Bagi kumpulan gothik, hitam adalah warna kematian di sertai dengan warna merah dan putih. Melalui tafsiran orang ramai pula, hitam merupakan warna yang menakutkan, misteri dan kegelapan yang misteri. Mengikut kajian psikologi, orang-orang yang cenderung pada warna hitam mempunyai mood yang kurang baik, banyak rahsia. Tetapi, di sebalik warna hitam juga, terletak satu kekuatan sinergi antara semua warna, setelah campur aduk akhirnya semua warna itu akan menjadi hitam.

Saya tidak begitu gemar dengan warna hitam kerana ianya begitu jauh untuk serasi dengan minda separa sedar ketika berpakaian. Namun, disebabkan rakan-rakan lain telah memilih warna ini untuk grup dalam penyertaan IDEA’s Mahhabbah Day(Architecture Society), saya tiada pilihan lain. Cuma yang peliknya, mengapa dalam banyak-banyak pemuda arkitek CFS UIA, ‘Si Ketayap Merah’ dipilih menjadi ketua a.k.a mastermind untuk grup ini berperanan di padang bertanding dengan grup lain?

Baca baki entri ini »


Episod 28 : Pengorbanan Yang Disalah Erti

Ogos 17, 2008

“Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu- bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah- tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu” (Surah Luqman : 14)

Bayu pagi menghembus perlahan, masuk ke liang-liang surau yang sedang saya duduki. Fajar subuh menyusul. Kali ini, hanya bertemankan buku yang baru dibeli, Business Genius. Lapan rakan-rakan yang lain dibuai mimpi yang indah. Tak tahu apa yang saya gusarkan. Tak mampu untuk menemani mereka menjadi peneroka mimpi. Seolah-olah menyeksa diri, biarpun racun dan elektrisiti yang menghukum sang otak untuk tuma’ninah seketika. Gagal. Sambil membaca tajuk Marketing Growth – Operational and strategic growth, saya terhenti seketika, terbuka satu nasyid yang menusuk kalbu, merenung ke luar..

Baca baki entri ini »


Episod 27 : Diari Sehari Bersama SMKA Pedas

Ogos 10, 2008

“Mereka itu bersegera untuk mendapat kebaikan-kebaikan, dan merekalah orang-orang yang segera memperolehnya” (Surah Al-Mukminun : 61)

9 Ogos 2008

Jam tangan saya telah menunjukkan 7.00 malam. Penumpang sudah cukup ramai. Bas masih tidak bergerak. Saya sudah mula cemas, geram, takut-takut tak sempat untuk saya mengambil agenda pada waktu malam di SMKA Pedas. Saya menelefon ustaz Md Shah,

“Ustaz, malam ni siapa wardennya?”

“Allah, ustaz lupa pulak nak bagi tahu BADAR kamu nak datang.. Ustaz tak tahu pulak siapa warden hari ni..”

Bas mula gerak jam 7.10 malam. Tak sempat rasanya saya beri ceramah. Saya bertambah risau. Alang-alang ustaz Muaz sudah mengajak saya datang, tidur di asrama sejak hari beliau bertugas, saya rasa mungkin saya bermalam sahaja malam itu. Rupa-rupanya, malam itu warden yang bertugas, cikgu Zamzan, guru yang paling tegas bab-bab protokol! Resah dan gelisah saya rasa, seolah-olah melakukan kesalahan, fatwa hati saya. Keizinan dari ustaz-ustaz lain belum tentu boleh mematahkan hujah protokol. Huh.

Baca baki entri ini »


Episod 26 : Bangunlah Dari Lenamu Adik-Adikku!

Ogos 9, 2008

“Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku” (Surah Ibrahim : 40 )

Hari ini saya berpogram di sebuah sekolah rendah. Agak terpencil. SK Sendayan namanya. Tapi suasana di sini agak berbeza berbanding dengan sekolah-sekolah rendah di kampung. Murid-muridnya tidak begitu nakal. Pada saya, bila sebut sahaja Khemah Ibadah, SMART Solat dan sebagainya untuk menjadi fasilitator, paling saya khuatir mengajar budak-budak sekolah rendah, takut-takut mereka ni sudahlah tak faham, main-main pula. Tapi, kali ini agak berbeza. Saya mendapat semangat untuk mengajar murid-murid ini. Mudah untuk dibentuk, malahan, ramai yang sudah pandai segenap perkara dalam solat dengan begitu baik.

Menyebut tentang program, sebati sungguh dalam hidup saya. Saya selalu turun ke Negeri Sembilan untuk tujuan ini daripada UIAM. Penat? Tak terasa, malah memuaskan hati. Mana tidaknya, kita berhempas pulas untuk membentuk adik-adik, akhirnya ia membuahkan hasil. Bukankah ianya satu kepuasan yang melupakan penat lelah?

“Easy to solat, solat tooooo easy!!!” Jerit murid-murid SK Sendayan seraya mematuhi arahan akhi Luqman sambil bergaya sebagai trademark dalam program ini.

Program ini begitu memuaskan. Pada fikiran kami, murid-murid pelajar darjah 6 ini masih lagi kurang faham tentang pelajaran-pelajaran fardu ain. Rupa-rupanya sangkaan kami silap. Seronok rasanya mengajar mereka dalam masa yang sama mereka sudah faham. Melalui kumpulan saya, walaupun separuh dari murid-murid ini agak bijak, terdapat seorang di antara mereka yang lambat faham. Hal ini berlaku kerana kegagalan dalam membaca. Apatah lagi disuruh menulis. Saya tidak putus asa. Adik-adik tetap bawah usaha saya!

Baca baki entri ini »


Episod 25 : Mak-Angkat | MakAnan

Ogos 7, 2008

“Maka makanlah yang halal lagi baik dari rezki yang telah diberikan Allah kepadamu; dan syukurilah nikmat Allah, jika kamu hanya kepada-Nya saja menyembah.” (Surah An-Nahl : 114)

Mee Sup 10x Pedas adalah yang paling melazatkan

Hari ini satu-satunya waktu lapang saya di waktu cuti satu minggu, cuti pertengahan semester UIAM. Pada hari inilah waktunya saya meluangkan masa untuk bertemu dengan keluarga angkat saya, bekas pihak kantin SMKA Pedas. Selepas puas berpesta dengan buah semalam, saya beralih untuk pergi bertemu dengan keluarga angkat saya di Linggi, yang begitu berjasa dan sangat memelihara saya ketika saya di bangku sekolah, tinggal di asrama. Terfikir saya hari ini untuk menulis satu entri tentang makanan.

Baca baki entri ini »


Episod 24 : Buah-Buahan Sedang Berpesta!

Ogos 6, 2008

“kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dipermudahkan (bagimu)..” (Surah An-Nahl : 62)

“Gedebuk!” Buah manggis yang diambil di atas terjatuh dari bakul, melambak-lambak.

“Adoi…Saya dah cakap dah.. Abang la yang cabutkan(tali).. Saya ni cuai sikit” kata saya kepada akhi Luqman. Nasib baiklah saya sempat pegang tali bakul sebelum habis terburai manggis di dalam bakul itu, hampir-hampir terjatuh kerana tidak stabil. Sebahagian daripada manggis yang kami kutip di atas pokok jatuh, kami biarkan tanpa mengambil kembali kerana khuatir isinya rosak. Meskipun tali itu dapat saya sambut, melecet tangan saya. “Allah, pedihnya..” Kami teruskan mengutip apa yang masih ada di atas. “Adoi, enta ni..” kata akhi Luqman sambil tersengih melihat gelagat saya yang sedikit gelabah.

tak lupa bawa camera sekali

Beginilah kami, dua orang gara-gara neomaskulin memeras keringat di kampung Akhi Luqman alang-alang musim buah-buahan berpesta. Alangkah nikmatnya makan buah manggis dengan usaha sendiri berbanding makan manggis yang tersedia dijual di pasar. Daripada zuhur kami bermula sehingga asar, tanpa henti sehinggalah bakul, kotak dan baldi terisi. Keadaan ini mengingatkan saya kembali suasana di kampung dahulu.

Baca baki entri ini »


Sambungan Cerita Kumbang Episod 22 & 23 : Inilah kata kuncinya

Ogos 5, 2008

“Duhai anakku, aku sebenarnya seekor perantau. Aku sentiasa tercari-cari kewujudan aku di dunia ini. Aku tidak suka bersama dengan kumbang-kumbang yang lain kerana mereka cukup berbeza denganku. Aku merasakan hidup bersendiri adalah lebih layak buatku.”

“Tahu tak anakku, hingga sekaranglah hakikatnya aku masih bersendiri?”

Aku bertanya, “habis tu kenapa pak cik terima kedatangan saya ini?”

“Kan aku dah kata, raut wajahmu aku kenal. Aku hanya menunggu masa untuk menemui ajalku. Jadi, tak salah untuk aku menunaikan sedikit tanggungjawabku untuk kumbang-kumbang yang lain agar tidak menjadi sepertiku”Jawab kumbang tua.

Kumbang tua menyambung dengan nada yang hiba,

“Sebagai seekor perantau, sudah tentu aku tahu matlamatku. Aku telah terbang merata tempat. Namun aku masih tak jumpa apa yang aku kehendaki. Sehingga satu saat, aku…”

Baca baki entri ini »