Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, -“Aku hendak menjadikan khalifah di muka bumi”. Mereka berkata, “adakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?” Dia berfirman, “Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui”. (Surah Al-Baqarah : 30)
Bicara politik kontemporari ini,
Saya terimbas kembali satu kisah sahabat Rasulullah S.A.W, seperti yang disabdakan nabi, seorang yang berjalan sebatang kara, meninggal sebatang kara, dan dibangkitkan sebatang kara. Beliaulah Abu Dzar Al-Ghifari, sahabat yang berasal dari suku kaum yang dinamakan Ghifar1, kemudian bersendirian mencari penyuluh cahaya sebelum datangnya cahaya yang dibawa oleh Rasulullah.
Beliau yang asalnya beragama Nasrani berhijrah dari satu tempat ke suatu tempat untuk mencari petunjuk, seorang demi seorang pendeta, akhirnya peroleh klu seorang pendeta yang terakhir bahawa akan adanya seorang manusia yang akan mengubah dunia sebagai seorang pemimpin, seorang nabi yang membela dan membimbing ummah kearah jalan yang benar. Akhirnya, bertemu juga Abu Dzar dengan orang yang disebut-sebutkan itu, Muhammad, utusan terakhir.
Abu Dzar al-Ghifari sebenarnya adalah seorang yang mempunyai kepercayaan tentang ketuhanan serta iman kepada Tuhan yang Maha Besar lagi Maha Pencipta. Kerana itulah sebaik sahaja ia mendengar ada seorang nabi telah dibangkitkan yang mencela berhala-berhala serta pemuja-pemujanya, dan menyeru agar beribadah kepada Allah yang Maha Esa lagi Maha Perkasa maka ia pun tanpa lengah menyiapkan bekal dan melangkah mendapatkan di mana Nabi s.a.w tersebut berada. Subhanallah, ia termasuk juga dalam golongan As-Sabiqun Al-Awwalin, antara golongan yang mula-mula memeluk Islam.
Sahabat yang berjiwa radikal dan revolusioner ini begitu tegas dalam hal-hal yang haq, dan ia begitu benci dengan setiap perkara yang batil. Pernah diriwayatkan suatu hari datang 2 orang wanita yang bertawaf keliling berhala sambil memohon kepadanya, Abu Dzar segera berdiri menghalang, dan di hadapan berhala-berhala itu dihina sepuas hatinya. Maka memekiklah 2 orang wanita itu hingga datang orang ramai menghujani Abu Dzar, ‘burger’, belasah dan memukul Abu Dzar hingga tidak sedarkan diri. Begitulah keadaannya, orang yang berpegang “bahawa tiada tuhan yang haq untuk disembah selain Allah, dan bahawa Muhammad adalah utusan Allah”, Abu Dzar tetap bertegas.
Satu perkara yang ingin saya highlight, Rasulullah bertanya kepada Abu Dzar;
“Wahai Abu Dzar, bagaimana pendapatmu apabila menjumpai para pembesar yang mengambil barang rakyat untuk diri mereka sendiri?”

Dikirim oleh Akmal Hakim 

