Episod 23 : Mulakan Persiapan, Bersedialah!

Julai 26, 2008

 Minggu peperiksaan (sekadar gambar hiasan)

“Dan persiapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu dan orang orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah niscaya akan dibalasi dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan).” (Surah Al-Anfaal : 60 ) 

Andainya seorang isteri yang baru sahaja dapat keputusan positif dalam pregnancy test, pastinya antara pasangan ini begitu gembira kerana mendapat satu kurniaan yang teramat berharga, hadiah daripada Allah lantaran cinta yang halal iaitu qurratul ain yang dinanti-nantikan bagi setiap pasangan yang berkahwin. Maka, dengan sebab ini, mulalah bakal ibu dan ayah memulakan persediaan menyambut kedatangan ahli baru dalam keluarga mereka dengan mengkaji, bertanya dan lain-lain. Artikel-artikel kesihatan dari surat khabar, majalah dan buku telah mula diberi perhatian.

 

“Bang, tengok surat khabar ni, ‘dia’ kata orang pregnant elok makan kismis banyak-banyak, nanti insya-Allah anak kita boleh jadi pandai, abang beli la kismis banyak-banyak”

 

Maka si suami pun bersetuju tanpa banyak soal. Tak sabar-sabar rasanya nak membelai timangan dalam perut itu. Nasihatlah apa pun, mereka pasti akan lakukan demi persediaan menantikan cahaya mata ini, yang terbaik secara pastinya.

 

Anda akan melihat, mereka telah mula prihatin dari sudut kesihatan untuk orang yang mengandung, sekalipun buku nama-nama bayi pun, habis ditelaahnya.

 

Begitu juga pasangan yang BAKAL berkahwin, dalam erti kata lain, bertunang. Ada yang bertunang dalam jangkamasa yang tidak lama, hanya berbulan-bulan, ada juga yang yang mengambil masa yang agak lama hingga ada yang sehingga 4-5 tahun. Maka masa-masa yang inilah pastinya digunakan untuk mengasah diri masing-masing kononnya bakal menjadi hero dan heroin dalam rumah tangga. Pada ketika ini juga mulalah berjinak-jinak membaca buku-buku best seller untuk kemahiran dalam berpasangan. Antara yang dibeli, Law of Attraction(Michael J. Losier), Men are from Mars, Women are from Venus(John Gray), Aku Terima Nikahnya(Ustaz Hasrizal), Maskahwin yang Hilang(Suhaimy Othman) dan sebagainya.

 

Semua ini adalah satu contoh buku-buku persediaan sebelum menempuhi gerbang perkahwinan supaya dapat melaksanakan sepenuhnya tanggungjawab sebagai seorang isteri atau suami yang romantis, dalam masa yang sama sebuah keluarga yang baik dapat dibentuk. Samada dari aspek ekonomi, tanggungjawab, komunikasi dan psikologi, sesebuah pasangan pastinya akan prihatin. Secara pastinya, dalam kursus perkahwinan juga mereka selalunya memberikan komitmen yang sangat memberangsangkan!

 

Eh,eh? Bagaimana saya tahu ya? J Main taram je?

  Baca baki entri ini »


Episod 22 : Sebuah Cerita; Seni Hidupku, Generasi Harapan

Julai 14, 2008

“Apakah mereka tidak memperhatikan berapa banyak generasi yang Telah kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) Telah kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, yaitu keteguhan yang belum pernah kami berikan kepadamu, dan kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, Kemudian kami binasakan mereka Karena dosa mereka sendiri, dan kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain.”

(Surah An’am : 6)

 

 

Kelmarin saya balik ke rumah, atas seruan tanggungjawab. Saya SMS mak.

 

“Dear my beloved mom. I’m on journey 2 home. I’m at Seremban, in bus. It will depart after several minutes..Sry about da banking.. I’m here bcoz da call of responsibility.. See you after dis =)”

 

Mak balas:

 

“Thank you my son. At least u keep me a company”

 

Dengan menghabiskan sisa-sisa sen di dalam dompet sehingga yang tinggal dalam dompet hanyalah kad pengenalan dan kad-kad ahli kedai buku, akhirnya saya sampai ke rumah.

  Baca baki entri ini »


Episod 21 : Sejarah Menjawab Politik Hari Ini

Julai 8, 2008

Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, -“Aku hendak menjadikan khalifah di muka bumi”. Mereka berkata, “adakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?” Dia berfirman, “Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui”. (Surah Al-Baqarah : 30)

 

Bicara politik kontemporari ini,

 

Saya terimbas kembali satu kisah sahabat Rasulullah S.A.W, seperti yang disabdakan nabi, seorang yang berjalan sebatang kara, meninggal sebatang kara, dan dibangkitkan sebatang kara. Beliaulah Abu Dzar Al-Ghifari, sahabat yang berasal dari suku kaum yang dinamakan Ghifar1, kemudian bersendirian mencari penyuluh cahaya sebelum datangnya cahaya yang dibawa oleh Rasulullah.

 

Beliau yang asalnya beragama Nasrani berhijrah dari satu tempat ke suatu tempat untuk mencari petunjuk, seorang demi seorang pendeta, akhirnya peroleh klu  seorang pendeta yang terakhir bahawa akan adanya seorang manusia yang akan mengubah dunia sebagai seorang pemimpin, seorang nabi yang membela dan membimbing ummah kearah jalan yang benar. Akhirnya, bertemu  juga Abu Dzar dengan orang yang disebut-sebutkan itu, Muhammad, utusan terakhir.

 

Abu Dzar al-Ghifari sebenarnya adalah seorang yang mempunyai kepercayaan tentang ketuhanan serta iman kepada Tuhan yang Maha Besar lagi Maha Pencipta. Kerana itulah sebaik sahaja ia mendengar ada seorang nabi telah dibangkitkan yang mencela berhala-berhala serta pemuja-pemujanya, dan menyeru agar beribadah kepada Allah yang Maha Esa lagi Maha Perkasa maka ia pun tanpa lengah menyiapkan bekal dan melangkah mendapatkan di mana Nabi s.a.w tersebut berada. Subhanallah, ia termasuk juga dalam golongan As-Sabiqun Al-Awwalin, antara golongan yang mula-mula memeluk Islam.

 

Sahabat yang berjiwa radikal dan revolusioner ini begitu tegas dalam hal-hal yang haq, dan ia begitu benci dengan setiap perkara yang batil. Pernah diriwayatkan suatu hari datang 2 orang wanita yang bertawaf keliling berhala sambil memohon kepadanya, Abu Dzar segera berdiri menghalang, dan di hadapan berhala-berhala itu dihina sepuas hatinya. Maka memekiklah 2 orang wanita itu hingga datang orang ramai menghujani Abu Dzar, ‘burger’, belasah dan memukul Abu Dzar hingga tidak sedarkan diri. Begitulah keadaannya, orang yang berpegang “bahawa tiada tuhan yang haq untuk disembah selain Allah, dan bahawa Muhammad adalah utusan Allah”, Abu Dzar tetap bertegas.

 

Satu perkara yang ingin saya highlight, Rasulullah bertanya kepada Abu Dzar;

 

“Wahai Abu Dzar, bagaimana pendapatmu apabila menjumpai para pembesar yang mengambil barang rakyat untuk diri mereka sendiri?”

  Baca baki entri ini »