Episod 8 : Perancangan Allah adalah lebih baik

“Dan Dia telah menciptakan segala sesuatu, dan Dia menetapkan ukurannya dengan serapi-rapinya” (Surah Al-Furqan : 2)

 

 

 ibn nafis

Sekembalinya Ibnu Nafis daripada pembelajarannya, sinar harapan penduduk kampung halamannya tahu, pasti Ibnu Nafis akan menjadi seorang Ulama untuk kampungnya. Akan tetapi, jawapan yang diberikan adalah sebaliknya, beliau menyatakan kepada ayahandanya, beliau ingin menjadi doktor!

 

Sarjana Islam yang pernah menuntut ilmu fiqah ini memilih jalan untuk menjadi doktor, satu tuntutan fardu kifayah kerana pada ketika itu (zaman Abasiyyah) masih kekurangan doktor. Gurunya, Dakhwar sangat percaya bahawa Ibnu Nafis pasti akan mengatasi kehebatan yang ada seperti Ibnu Sina yang begitu terkenal pada ketika itu.

 

“Kamu memiliki kehebatan lebih daripada doktor-doktor yang ada pada ketika ini kerana kamu mempunyai ilmu agama yang cukup kuat”

  

 

Kalau kita rujuk, buku teks ‘Sejarah Tingkatan 4’, pada bab 6, yang menceritakan kehebatan umat Islam ketika itu, salah satunya Ibnu Nafis ini sendiri telah memperbetul peredaran darah yang telah dikaji oleh Galen, ahli falsafah dan doktor Yunani dahulu.

 

Disini saya ingin kaitkan dengan diri saya, sebagai seorang pelajar yang ambil bidang agama tapi sebagai satu persoalan, mengapa saya memilih jalan, saya ambil ilmu fardu kifayah? Bukan syariah, usuluddin, feqah dan sebagainya?

 

“Sesungguhnya yang takut kepada Allah itu (adalah) dari hamba-hambaNya yang berilmu”

 

Keputusan IQ daripada MIAT hari tu, saya fikir, cukup tinggi untuk saya ambil bidang agama, yang mana pada ketika ini, kita perlu ulama’ yang sangat bijak. Itu yang berlaku pada Syeikh Yusuf Al-Qardhawi. Saya sendiri juga sangat berminat untuk menghafal hadis-hadis Rasulullah tercinta. Tapi, bagi saya, saya berdiri ditengah umat, para daie, yang memegang ilmu multimedia setakat ini, diperlukan bagi memikul tanggungjawab ini. Satu jalan, saya memilih bakal isteri saya seorang ustazah!=)

 

Inilah semua, perancangan Allah itu begitu dahsyat. Kita hanya mampu merancang, tetapi rupa-rupanya Allah beri lebih keuntungan pada mereka yang mencintai-Nya. Begitulah telah dinyatakan dalam surah Furqan ayat 2. Saya pilih UIAM, bidang senibina, cita-cita saya sejak dahulu, tawaran ini berjaya. Saya juga dapat UniKL MIAT untuk Aircraft Maintanence Engineering, ini pula yang saya pilih. Bukan arkitek. Insya-Allah, saya tahu apa yang saya buat ini.

 

Ada juga persoalan, mengapa saya tidak meneruskan kemahiran dalam bidang multimedia? Sebolehnya saya teringin, tetapi sekurang-kurangnya saya mempunyai kelebihan yang telah ada, seolah-olah saya membuang masa dengan belajar kembali pelajaran yang saya telah tahu. Sudah tentu saya tidak pilih, kerana, ada pewaris, merekalah anak-anak usrah saya, yang saya latih multimedia sejak dahulu. Insya-Allah saya akan gilapkan lagi mereka. Sampai suatu masa, akan ada ramai programmer, software engineer, computer architect, dan sebagainya, sebagai seorang yang beriman. Insya-Allah.

About these ads

6 Responses to Episod 8 : Perancangan Allah adalah lebih baik

  1. amiratul nadiah berkata:

    salam..akmal..aku da faham nape ko pilih miat..bgus la kalo niat ko cmtu..papepun ko mmg have a different way of thinking..always think for islam..congratsss.keep it up,fren!tapi…aku x bleh la masuk senarai calon bini ko kan.hahaha…juz joking..

  2. kang4roo berkata:


    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

    KALAU NAK BUAT BLOG, JANGAN LUPA MASUK LAMAN WEB “Leoxa.com”
    (Themenya Terlampau Cantik Sangat & Boleh Pula Letak Adsense)

    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

  3. amierwan berkata:

    1.”Dan orang mukmin dan mukminah itu saling menguatkan antara satu sama lain”

    2.”Sesungguhnya Allah suka pada orang-orang yang berjuang di jalanNya dalam keadaan yang bersaf-saf seolah-olah mereka sebuah bangunan yang kukuh”.

    2 terjemahan ayat dari Al Qur’an yg menjadi inspirasi =)

    Kita menceburi bidang dan kursus apepun yg penting niatkanlah untuk membantu menegakkan Islam agama yang tercinta. Bukan untuk kepentingan duniawi atau peribadi.

    Teruskan usaha kita dengan mendalami ilmu fardhu ain di tambah nilai ilmu fardhu kifayah, semoga kita menjadi role model terbaik kepada umat moden hari ini.

    Buktikan walaupun kita mempunyai background sek.agama, tetapi kita juga boleh bersaing dengan bangsa lain dan mempunyai kelayakan profesional yang baik.

    Sama-sama kita hilangkan prejudis dan prasangka buruk golongan yang melihat Islam sebagai agama yang ethopia, backwards dan ortodoks. Hakikatnya umat Islam bukan seperti yang mereka selalu sangkakan. Kita umat yang maju dan sentiasa melihat ke hadapan.

    Akhirnya, ingatlah kita semua ibarat satu tubuh. Saling menguatkan dan berkait antara satu sama lain. Sungguhpun kita tak berada di satu bidang itu tetapi orang lain yang sefikrah dengan kita berada di bidang itu. Ibarat sms dan handphone saling berkait antara satu sama lain =)

    anyway, all the best bro !

  4. nuurhakeem berkata:

    hakim,
    careful sket bab2 isteri tu
    abg hakim tau la akim excited….

  5. senikehidupan berkata:

    eiii..abg hakim ni.. excited2 plak.. nede la..

  6. mohammad firdaus bin muhammad berkata:

    eh?akmal xctd ke????”xde la”…….hahahaha!!!!grau je mal,jgn marah….huhu..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 95 other followers

%d bloggers like this: